Apa Itu Transit Oriented Development (TOD)? Jom Tengok 6 Contoh Projek TOD

Transit Oriented Development (TOD) atau Pembangunan Berorientasikan Transit merupakan solusi dalam mengurangkan kebergantungan terhadap kereta dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan berjalan kaki sebagai satu gaya hidup di bandar.

Sebenarnya, konsep ini bukanlah baru di Malaysia sebaliknya telah mula popular seawal tahun 2010 lagi di mana konsep TOD ini perlu diketengahkan di kawasan bandar sebagai satu inisiatif penggunaan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, BRT, KTM dan Monorail ke paras maksimum.

Baca : Harga Hartanah Di 24 Kawasan Ini Akan Melonjak Menjelang 2021

“Konsep TOD dalam hartanah mengurangkan kesesakan trafik pada waktu puncak dan meningkatkan harga rumah dalam radius 1KM dari stesen MRT, LRT, Monorail dan KTM. “

Hari ini, terdapat banyak projek perumahan baru yang dibina berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam dan juga ruang pejalan kaki yang selesa untuk pejalan kaki yang menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama mereka ke pusat bandar atau pinggir bandar.

Transit Oriented Development ini mestilah terletak kurang dari 1KM dari stesen MRT, LRT, Monorail atau KTM. Skala yang tepat adalah 400 meter hingga 800 meter satu jarak yang sesuai untuk pejalan kaki.

Dengan frekuensi kekerapan 3.5 minit sehingga 5 minit, gerabak MRT mampu memuatkan 1,200 penumpang pada setiap tren yang mempunyai 4 gerabak.

Baca : Pelancaran MRT Fasa 2, Pelabur Hartanah Rebut Peluang Baik Ini!

Konsep TOD kini terdapat di hampir setiap benua di dunia. Di benua Amerika, bandar seperti Curitiba, Mexico City, Montreal, Toronto, New Jersey, San Fransisco dan Pittsburgh telah melaksanakan konsep TOD di bawah tanah.

Di benua Asia pula, Hong Kong, Singapura, Sydney dan Melbourne telah lama menggunakan konsep TOD samada di permukaan mahupun bawah tanah. Transit dari lapangan terbang juga hanya mengambil masa kurang dari 1 jam untuk ke kawasan pinggir bandar menggunakan pengangkutan awam.

 Yang terbaru adalah Indonesia kini sedang membangunkan konsep TOD di bawah pelan Greater Jakarta, dan juga di bandar lain seperti Surabaya, Medan dan Palembang.

Asas Transit Oriented Development Dalam Hartanah

Standard yang telah ditetapkan untuk Transit Oriented Development yang baik adalah dengan membangunkan projek perumahan / kediaman yang menggalakkan penduduk sekitar berjalan kaki berbanding menggunakan kereta.

Baca : 12 Lokasi Hotspot Pelaburan Hartanah di Malaysia

Selain daripada itu, keutamaan adalah dalam penggunaan pengangkutan awam berbanding kenderaan peribadi dengan kewujudan infrastruktur pejalan kaki yang kondusif.

Pembangunan komersial dan kediaman ataupun bercampur mestilah berada berhampiran dengan pengangkutan awam dengan fasiliti parkir kereta dan kawalan seliaan jalan yang efisien.

Kelebihan Transit Oriented Development Kepada Hartanah

1. Mengurangkan Penggunaan Kereta

Masalah kesesakan lalu lintas yang kronik pada waktu puncak dan hujung minggu mampu diatasi dengan penggunaan maksimum pengangkutan awam yang terbukti lebih jimat dan praktikal.

2. Tingkatkan Harga Hartanah

Wujud permintaan terhadap sewaan dan pembelian hartanah komersial dan kediaman dalam radius 1KM dari kawasan TOD tersebut.

Ini jelas membantu meningkatkan harga hartanah di kawasan pinggir bandar seperti Sungai Buloh, Seri Kembangan dan Gombak.

3. Pembangunan Kawasan Sekitar TOD

Kewujudan TOD sebagai booster hartanah menarik minat banyak syarikat dan perniagaan dalam merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat.

Baca : Harga Median Rumah Teres Di 8 Kawasan Lembah Klang Sepanjang Tahun 2019

Kedai serbaneka seperti 7 Eleven, KK Mart mahupun kedai makan dan minuman tumbuh bak cendawan di sekitar kawasan TOD.

4. Galak Aktiviti Sosial Komuniti

Hartanah TOD menjadikan aktiviti riadah dan sukan bersama keluarga dan teman menjadi lebih mudah.

Trend riadah atau jalan – jalan hujung minggu menggunakan pengangkutan awam kini semakin popular di kalangan penduduk Lembah Klang.

Contoh Projek Hartanah TOD Di Lembah Klang

1. LRT PWTC – Sunway Putra Mall

Kredit Gambar: Sunway REIT

2. MRT Kampung Selamat – D’Sara Sentral by Mah Sing

Kredit Gambar: YouTube

3. MRT Kwasa Sentral – Kwasa Damansara City Centre by MRCB

Kredit Gambar: Kwasa Damansara

4. MRT Tun Razak Exchange – TRX

Kredit Gambar: TRX

5. MRT Cochrane – Sunway Velocity & IKEA Cheras

Kredit Gambar: Big Kuala Lumpur

6. BRT Bandar Sunway – Greenfield Residence

Kredit Gambar: Greenfield Residence

Konsep Transit Oriented Development ini memberi banyak faedah kepada rakyat dan tidak terbatas kepada golongan muda dan tua sahaja tetapi juga kepada pelancong asing yang melancong atau bermastautin di Malaysia.

Baca : “Booster” Yang Meningkatkan Nilai Hartanah

Selain alternatif kepada penggunaan kenderaan peribadi, konsep Transit Oriented Development ini juga menggalakkan pembangunan hartanah dan meningkatkan transaksi urusan perniagaan di kawasan tersebut.

Semoga konsep ini menjadi tunjang kepada perancangan pembangunan di kawasan bandar moden di negeri – negeri lain yang berpotensi tinggi seperti Georgetown, Kuantan,  Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Sumber Rujukan:

This image has an empty alt attribute; its file name is faizu-ridzuan-webinar-6.6.2021-700x394.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 25 Julai 2021, jam 9 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.