Inovasi Teknologi Yang Berkembang Pesat Di Era Pandemik

Tiada siapa sangka bahawa Covid-19 boleh melumpuhkan ekonomi dunia dan banyak kerajaan terpaksa mengambil tindakan campur tangan bagi menyelamatkan ekonomi negara masing-masing.

Ramai rakyat yang dulunya hidup senang kini terpaksa menukar gaya hidup bagi meneruskan kehidupan yang serba mencabar.

Walaupun Covid-19 memberi banyak kesan negatif kepada sektor ekonomi dan kesihatan, ada juga perkara yang baik kesan daripada penularan wabak ini.

Walaupun ianya telah membunuh lebih daripada sejuta orang di seluruh dunia tetapi perkara yang baik yang dimaksudkan adalah inovasi yang berlaku bagi berdepan dengan situasi yang tidak dijangka ini.

Disebabkan oleh pandemik ini, ianya telah menjadikan manusia lebih kreatif. Sektor yang paling berinovasi adalah sektor teknologi, terutamanya dalam teknologi perubatan.

1. Teknologi Imunisasi

Ketika Covid-19 melanda dunia, teknologi perubatan telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Di antara teknologi yang paling terkehadapan dalam dunia perubatan adalah bioteknologi.

Dalam masa yang singkat sahaja, banyak syarikat farmaseutikal telah berjaya menemui vaksin untuk virus Covid-19 ini dalam tempoh kurang daripada setahun.

Jika sebelum ini, penyakit baru yang melibatkan virus mengambil masa lebih kurang lima dekad untuk berjaya menemui vaksinnya seperti polio.

Kredit Gambar: Science Mag

Penemuan vaksin ini bukan saja dipelopori oleh syarikat farmaseutikal di Barat tetapi juga syarikat dari Asia. Yang lebih menariknya, terdapat kaedah teknologi yang baru dalam imunisasi yang menggunakan mRNA yang merupakan penemuan terbaru dalam dunia vaksinasi.

Sebelum ini, vaksin dihasilkan menggunakan kaedah melemahkan virus dan dimasukan ke dalam tubuh manusia untuk mengaktifkan antibodi manusia bagi melawan virus terbabit.

Kaedah ini merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh mana-mana syarikat farmaseutikal untuk menghasilkan vaksin.

Kini dengan adanya teknologi mRNA, ianya menggunakan kaedah protein yang terdapat di dalam Covid-19 bagi mengaktifkan antibodi manusia melawan virus.

Teknologi baru dalam dunia perubatan ini bakal digunakan di dalam  merawat pesakit kanser di masa hadapan.

2. Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Kredit Gambar: Market Watch

Selain itu juga, teknologi yang melibatkan pembangunan aplikasi penghantaran makanan menjadi begitu popular dalam tempoh sekelip mata.

Ada di antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan mendapat dua kali ganda revenue dalam tempoh yang sama berbanding dengan tahun sebelumnya.

Perkara ini berlaku disebabkan kerajaan menghadkan orang ramai untuk berkumpul di restoran kerana dikhuatiri akan menyebabkan penularan wabak ini.

Pemilik restoran terpaksa menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan bagi meneruskan operasi perniagaan milik mereka dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini mendapat durian runtuh hasil dari berlakunya Covid-19.

Saham syarikat yang berkaitan dengan penghantaran makanan juga menjadi pilihan para pelabur.

3. Video Online Untuk Mesyuarat

Aplikasi video streaming secara live untuk mesyuarat turut menjadi popular di kalangan pekerja kolar putih. Syarikat yang terkenal dalam menyediakan perkhidmatan video conference online ini adalah Zoom.

Aplikasi seperti Zoom telah menjadi popular dalam sekelip mata sahaja selepas WHO mengisytiharkan Covid-19 ini sebagai virus pandemik yang menjadikan work from home satu kewajipan bagi kebanyakan orang.

BACA: Aplikasi Zoom Menjadikan Pengasasnya Bertambah Kaya Sebanyak USD4 Bilion Dalam Masa 3 Bulan

Kredit Gambar: Statista

Dalam tempoh beberapa bulan sahaja, Zoom telah menjadi syarikat yang bernilai berbilion dollar dan menjadikan pengasas syarikat itu bertaraf bilionaire.

Begitulah inovasi yang terjadi di dalam keadaan yang tidak menentu. Walaupun pahit untuk ditelan, terdapat juga kemanisan di sebalik musibah yang melanda.

Sumber Rujukan:

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti FacebookGoogleTesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
 Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Ada Gaji Tetap Tapi Buat Side Income? Jangan Terkejut Jika Terima Notis CP500 Dari LHDN

Ramai yang mempunyai gaji tetap beranggapan urusan cukai mereka telah selesai kerana majikan sudah membuat potongan cukai bulanan (PCB) setiap bulan. Namun, keadaan berbeza apabila seseorang individu mempunyai pendapatan tambahan selain gaji.

Antara pendapatan sampingan yang sering diterima rakyat Malaysia termasuk:

  • Pendapatan sewa rumah/homestay
  • Bisnes online
  • Grab/Food Panda rider
  • Content creator
  • Komisen jualan
  • Ejen insurans/takaful
  • Ejen hartanah

Jika anda mempunyai pendapatan seperti ini, anda mungkin akan menerima Notis CP500 daripada LHDN.

Apa Itu CP500?

CP500 ialah arahan bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN kepada individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian.

Secara mudahnya, LHDN menganggarkan cukai yang perlu dibayar berdasarkan rekod tahun-tahun terdahulu dan membenarkan bayaran dibuat secara ansuran setiap dua bulan.

Daripada menunggu sehingga hujung tahun dan membayar sekaligus, sistem CP500 membantu menyebarkan beban pembayaran sepanjang tahun.

Kenapa Pekerja Bergaji Tetap Boleh Terima Notis CP500?

Ramai menyangka CP500 hanya untuk peniaga sepenuh masa.

Hakikatnya, seorang pekerja bergaji juga boleh menerima CP500 jika mempunyai pendapatan sampingan yang signifikan.

Sebagai contoh:

Ahmad bekerja sebagai jurutera dan menerima gaji RM8,000 sebulan. Pada masa sama, beliau memperoleh RM3,000 sebulan daripada sewaan sebuah apartmen. Walaupun PCB telah dipotong daripada gajinya, pendapatan sewa tersebut tidak tertakluk kepada PCB. Oleh itu, LHDN boleh mengeluarkan CP500 bagi memastikan cukai ke atas pendapatan sewa itu dibayar secara berperingkat.

CP500 Bukan Cukai Tambahan

Salah faham yang sering berlaku ialah ramai menganggap CP500 sebagai cukai tambahan.

Sebenarnya tidak.

Bayaran CP500 hanyalah bayaran pendahuluan terhadap cukai yang bakal dikira apabila anda mengemukakan borang cukai pendapatan.

Jika jumlah CP500 yang dibayar melebihi cukai sebenar, lebihan tersebut boleh dituntut semula. Jika tidak mencukupi, baki cukai perlu dijelaskan.

Musim Borang B: Semak Jika Anda Ada CP500

Bersempena musim penghantaran Borang B, individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian disarankan untuk menyemak MyTax masing-masing.

Ramai pembayar cukai hanya menyedari kewujudan CP500 selepas menerima peringatan atau notis tunggakan.

Lebih baik mengetahui lebih awal dan merancang aliran tunai berbanding berdepan cukai yang besar secara mengejut.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Menerima Notis CP500?

Apabila menerima notis CP500, anda perlu memberi perhatian kepada tiga perkara utama:

  • Membuat bayaran cukai secara ansuran setiap dua bulan.
  • Membayar jumlah yang dinyatakan dalam notis CP500.
  • Memastikan bayaran dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Ramai pembayar cukai menyimpan notis tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan kerana menyangka ia sekadar makluman biasa. Hakikatnya, CP500 adalah jadual bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN dan memerlukan tindakan daripada penerima notis.

Jika anda tidak bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan atau menjangkakan pendapatan anda jauh berbeza daripada tahun sebelumnya, anda boleh menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau membuat semakan yang bersesuaian.

Bagaimana LHDN mengetahui anda mempunyai pendapatan tambahan? Secara umumnya, CP500 ditentukan berdasarkan maklumat yang telah dilaporkan dalam borang cukai tahun-tahun terdahulu. Dengan pelaksanaan e-Invois yang semakin meluas, data transaksi yang direkodkan juga dijangka membantu meningkatkan ketepatan maklumat percukaian pada masa hadapan.

Terlepas Bayar CP500, Ada Penalti?

Ya. Jika bayaran CP500 tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti lewat bayar boleh dikenakan oleh LHDN.

Namun bagi Tahun Taksiran 2026, LHDN memberikan pengecualian penalti kepada individu yang mempunyai pendapatan penggajian serta pendapatan bukan penggajian yang menyebabkan notis CP500 dikeluarkan, termasuk pendapatan seperti sewa, faedah dan royalti.

Artikel The Star juga menekankan bahawa kelayakan bergantung kepada jenis pendapatan dan profil pembayar cukai, bukan sama ada penerima CP500 kali pertama atau tidak.

Langkah ini diperkenalkan bagi membantu kumpulan tersebut menyesuaikan diri dengan pelaksanaan sistem CP500 sepanjang tempoh peralihan.

Contoh:

Ahmad bekerja makan gaji dan PCB dipotong setiap bulan. Pada masa sama, beliau menerima pendapatan sewa rumah. Oleh sebab pendapatan sewa tidak tertakluk kepada PCB, Ahmad menerima notis CP500.

Sekiranya Ahmad tidak membuat bayaran ansuran CP500 pada Tahun Taksiran 2026, beliau tidak akan dikenakan penalti 10% di bawah Seksyen 107B(3) Akta Cukai Pendapatan.

Namun begitu, cukai yang masih belum dibayar tetap perlu dijelaskan apabila beliau mengemukakan borang cukai pendapatan kelak.

Ringkasnya, yang dikecualikan adalah penalti, bukannya cukai.

Baca lagi KONSESI PENGENAAN PENALTI KE ATAS NOTIS BAYARAN ANSURAN (CP500) BAGI INDIVIDU YANG MENERIMA PENDAPATAN PENGGAJIAN

Kesimpulan

Mempunyai pendapatan sampingan sememangnya satu perkara yang baik kerana ia membantu meningkatkan pendapatan. Namun begitu, jangan lupa bahawa setiap pendapatan juga datang bersama tanggungjawab percukaian.

Jika anda mempunyai pendapatan selain gaji, luangkan sedikit masa untuk memahami CP500. Ia bukan hukuman, bukan juga cukai tambahan, tetapi mekanisma yang membantu pembayar cukai mengurus bayaran cukai dengan lebih teratur sepanjang tahun.