Rumah Atau Kereta, Mana Satu Patut Beli Dulu?

Salah satu dilema anak muda sekarang adalah nak pilih antara beli rumah atau kereta. Bukan apa, rumah dan kereta pada zaman ini sudah menjadi perkara wajib. Tapi dengan gaji yang ada, tak mampu nak beli dua tu sekali gus. Jadi mana satu yang patut anda dahulukan?

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara untuk anda pilih antara beli rumah atau kereta.

1. Mana Satu Yang Lebih Penting?

Sebenarnya, isu keperluan ini subjektif. Ia bergantung kepada gaya hidup dan persekitaran kerja anda. Jadi, anda sendiri perlu nilai mana satu lebih penting.

Rumah lebih penting untuk beli bila:

Sebagai contoh, anda ada tempat kerja yang tetap dan memang tidak akan berpindah tempat tinggal atau tukar tempat kerja. Nak pergi ke tempat kerja pula mudah sebab ada banyak kemudahan pengangkutan awam. Kalau beli kereta mungkin akan malas nnak bawa sebab tak nak tersangkut dalam kesesakan jalan raya.

Kalau anda betul-betul mampu dan boleh tanggung komitmen beli rumah daripada bayar sewa. Atau lagi bagus sewakan kepada orang lain untuk dapat income tambahan. Anda perlu kaji juga kelebihan dan kekurangan bila beli rumah, dari segi gaji dan komitmen anda.

Kereta boleh jadi penting bila:

Kereta boleh jadi penting bila pekerjaan anda memerlukan anda bergerak ke banyak tempat. Rumah pula akan jadi tempat persinggahan masa cuti. Yang ini kalau kereta sahaja satu-satunya menjadi keutamaan untuk anda bergerak ke tempat kerja.

2. Beli Kerana Keperluan, Bukan Sebab Gaya

Sebenarnya, tiada siapa yang marah jika anda beli kereta mahal atau rumah yang besar. Namun, yang menjadi masalahnya apabila harga yang dibeli tak padan dengan gaji anda.

Jangan dengan alasan kononnya itu adalah satu keperluan, anda beli rumah yang besar atau kereta berjenama mahal sebab nak menunjuk dan bergaya. Yang itu salah. Tak kira rumah atau kereta, beli mengikut keperluan dan kemampuan bukannya sebab gaya.

3. Buat Pengiraan Kos

Tak kiralah anda nak beli kereta atau rumah, buat pengiraan kos bagi setiap pilihan ini. Dengan setiap pilihan, anda perlu tahu kos tambahan bagi kenderaan, malah rumah jugak ada kos tambahan.

Contoh kos tambahan bagi kenderaan ialah insurans, cukai jalan, minyak petrol, dan kos servis kereta. Seterusnya, bagi rumah pula anda akan berdepan dengan risiko seperti cukai tanah atau pintu, insurans, kos baiki rumah dan sebagainya.

Sebenarnya, kos memiliki rumah memang akan mahal dari kereta tetapi jika anda bijak, anda boleh tukarkan ia menjadi satu pelaburan. Anda boleh sewakan rumah tersebut untuk dapat income tambahan pula.

Nak buat anggaran kos yang anda perlu tanggung masa buat pinjaman perumahan? Jom guna kalkulator pinjaman perumahan dan duti setem ini. Jika anda nak bandingkan pinjaman perumahan terbaik pula, jom guna kalkulator ini.

Nak lebih jelas, anda buat cara ini:

  • Tulis senarai anggaran kos bagi rumah dan kereta di atas kertas
  • Lihat jumlah kos tambahan yang mungkin anda perlu tanggung setiap bulan atau tahun
  • Nilaikan dengan tahap kewangan anda. Yang mana satu anda rasa mampu untuk beri komitmen

4. Buat Pengiraan Dengan Kemampuan Anda

Bila dah tahu semua kos, ini masanya untuk anda buat pengiraan ikut kemampuan. Banding dan nilaikan setiap kos dan komitmen bulanan. Tengok berdasarkan pengiraan, kereta apa yang layak dibeli dengan gaji anda dan rumah apa yang anda mampu.

Ramai yang ingat bila sudah layak buat pinjaman, mereka mampu untuk milikinya. Terus anda buat pinjaman kereta atau rumah tanpa memikirkan komitmen bulanan yang besar dan kos tambahan yang perlu ditanggung. Bila gaji cukup-cukup makan, ditambah pula dengan komitmen ansuran bulanan yang besar, mulalah stress dengan kewangan anda sendiri.

Ingat sekali lagi, layak tidak semestinya mampu. Kalau anda sudah layak untuk buat pinjaman, nilai balik sama ada anda mampu untuk memberi komitmen atau tidak. Tidak kira apa pun pilihan yang dilakukan jangan sampai terjerat.

5. Nilai Pada Masa Akan Datang

Sekarang, anda buat penilaian pula dari segi harga pada masa akan datang. Nilai ini hendak tengok jika pada masa depan yang mana satu akan memberi lebih manfaat kepada anda. 

Kebiasaannya, nilai kenderaan lebih cenderung untuk jatuh dan mengalami susut nilai. Namun, kelebihan dari segi rumah, sekiranya anda beli rumah pada lokasi yang betul dan ada permintaan yang tinggi, harga rumah tersebut boleh naik semakin tinggi. Dan jika anda beli rumah dilokasi yang tidak strategik dan rumah ada kerosakan teruk, ia boleh mengalami susut nilai.

6. Pilihan Lain Yang Anda Boleh Cuba

Sebenarnya, boleh sahaja nak beli rumah dengan kereta sekali gus tanpa bebanan dua hutang. Caranya, anda perlu ada duit yang cukup untuk  beli kereta secondhand. Kalau kena dengan caranya, kereta secondhand ini tak memerlukan banyak kos.

Selain itu, jika anda nak rumah yang murah, tidak menjadi masalah. Anda boleh buat pilihan rumah kecil atau rumah lelong. Anda juga boleh membuat permohonan skim bantuan perumahan yang kerajaan sediakan untuk pembeli rumah. Apa yang penting adalah, anda perlu kaji dan survey skim rumah terbaru yang disediakan oleh kerajaan dari masa ke semasa supaya tidak terlepas peluang.

Sebenarnya tak kira mana-mana pilihan, keputusan yang terbaik ada di tangan anda. Hanya anda yang tahu apa anda perlukan dan nilai sama ada itu satu keperluan atau hanya sekadar kehendak. Agak-agak apa yang anda rasa lagi penting? Good luck dalam membuat pilihan!

Artikel asal adalah daripada Loanstreet

Jom baca lagi:

Banyak perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum memiliki rumah. 


InshaAllah, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu yang kami ada mengenai hartanah kepada pembaca setia Majalah Labur.

Kunci pertama sebelum beli rumah adalah ilmu, ilmu dan ilmu. 

Lebih awal belajar, lebih cepat dapat menilai sesebuah rumah.Jika berminat boleh isi borang .

ILMU PREMIUM HARTANAHSEKARANG!

Previous ArticleNext Article

TP-Link Dan UiTM Bekerjasama Tangani Jurang Bakat Rangkaian Enterprise

SHAH ALAM – TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. (“TP-Link Malaysia”) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran rangkaian yang relevan dengan industri, pengalaman praktikal enterprise serta pensijilan bertaraf global.

Kerjasama selama tiga tahun ini direka untuk merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dan keperluan sebenar industri, membolehkan pelajar UiTM menamatkan pengajian dengan keupayaan praktikal yang selari dengan keperluan semasa enterprise, sekali gus mengukuhkan kolaborasi antara industri dan institusi pendidikan.

Di teras kerjasama ini ialah pelaksanaan penyelesaian rangkaian enterprise Omada oleh TP-Link di makmal UiTM, yang memberikan pendedahan langsung kepada pelajar terhadap infrastruktur yang sama digunakan dalam persekitaran perniagaan. Inisiatif ini turut disokong dengan program latihan berstruktur, bengkel teknikal serta akses kepada laluan pensijilan Omada Certified Network Administrator (OCNA).

Pelajar juga akan mendapat manfaat daripada peluang latihan industri dan praktikal bersama TP-Link, sekali gus membuka laluan yang lebih jelas daripada universiti ke alam pekerjaan dalam ekonomi digital Malaysia yang semakin berkembang.

Inisiatif ini membina kerjasama terdahulu TP-Link Malaysia dengan Universiti Malaya, di mana lebih 500 pelajar telah menyertai program pensijilan pada tahun 2025, menunjukkan permintaan tinggi terhadap kemahiran rangkaian dan pensijilan yang selari dengan kehendak industri.

Hugo Cai, Pengarah Serantau TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. berkata, “Dalam pelbagai industri, organisasi sedang memperluaskan infrastruktur digital mereka, namun ketersediaan profesional dengan kepakaran rangkaian enterprise tidak berkembang seiring. Kerjasama ini bertujuan merapatkan jurang tersebut dengan melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal yang disokong pensijilan dan relevan dengan keperluan industri sejak hari pertama.”

“Memastikan graduan kami dilengkapi dengan pengetahuan akademik serta kemahiran praktikal yang relevan dengan industri adalah sangat penting dalam landskap digital yang berkembang pesat hari ini. Kerjasama seperti ini membolehkan kami menyelaraskan program dengan lebih dekat kepada kemajuan teknologi dan jangkaan industri,” tambah Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA.

Selain pembangunan bakat, kedua-dua organisasi juga akan meneroka inisiatif bersama dalam penyelidikan, perundingan dan perkongsian ilmu, sekali gus mengukuhkan kerjasama antara jurutera TP-Link dan tenaga pengajar UiTM.

Seiring Malaysia terus memperkukuh aspirasi ekonomi digital, inisiatif yang menghubungkan pendidikan dengan keperluan industri secara langsung akan memainkan peranan penting dalam memastikan negara kekal kompetitif dalam membangunkan serta mengekalkan infrastruktur digital moden.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian rangkaian enterprise Omada oleh TP-Link, sila layari:
https://www.omadanetworks.com/us/business-networking/consult/