Kereta Yang Sesuai Dibeli Mengikut Gaji

Pasti ramai dalam kalangan kita yang tengah mencari kereta untuk dibeli. Lagi-lagi anak muda lepaskan universiti yang baru berjinak-jinak dalam dunia pekerjaan. Mungkin ada yang rasa “lebih naik public transport dapat jimat sikit duit.” Tapi bukan semua orang bernasib baik dapat lokasi kerja yang senang dan dekat dengan kenderaan awam.

Oleh itu, bagi anda yang bercadang nak beli kereta tapi tak tahu nak mula dari mana. Kali ini, kami nak kongsi tips ideal untuk bantu anda beli kereta mampu milik yang sesuai dengan gaji bulanan.

1. Gaji Tahunan

Kebiasaannya bila nak beli kereta, mesti ramai yang mula imagine kereta idaman mereka. Teringin nak pakai Honda, pakai Mercedes dan mungkin ada juga yang awal-awal lagi dah set dalam kepala nak pakai Myvi sahaja sebab “Myvi lejen atas jalan”. 

Apapun jenis kereta idaman anda, tak menjadi masalah sebab ianya adalah satu idaman setiap orang. Cuma anda perlu berpijak dibumi yang nyata dan sedar dengan kemampuan diri sendiri. Untuk langkah selamat, anda disarankan untuk membeli kereta yang harganya tidak lebih dari jumlah angka gaji setahun anda.

Sebagai contoh, gaji anda sebulan RM3000;

RM3000 x 12 bulan = RM36,000

Jadi, anda disarankan untuk mencari kereta yang nilainya bawah daripada RM36,000. Zaman sekarang banyak kereta yang harga dibawah RM36,000. Tapi, jika anda hedak beli kereta yang harganya agak mahal seperti Honda Civic, mungkin ikut pada kelayakan ada mampu, tapi anda perlu fikir juga komitmen hidup yang lain. 

Cuba bayangkan jika anda beli kereta jenis Honda Civic, sebulan anda perlu bayar lebih kurang RM1200. Harga tersebut hanyalah untuk ansuran kereta belum termasuk kos minyak petrol, tol, parking, servis kereta dan lain-lain. Ditambah pula dengan komitmen lain.

2. Ansuran Bulanan 15% Dari Gaji Bersih

Selain itu, cara ideal yang boleh bantu untuk anda berjimat untuk membeli kereta adalah dengan memastikan anda bayar duit kereta bulan-bulan tidak lebih daripada 15% gaji bersih. 

Contohnya, gaji anda RM3000;

15% daripada RM3000 = RM450

Maksudnya di sini, bayaran ansuran kereta bulanan anda tidak lebih daripada RM450. Kenapa 15% sahaja? Sebab anda perlu ingat beli kereta bukan seperti beli baju secara dalam talian, sekali bayar sudah selesai. Bila anda dah tetapkan di minda nak beli kereta, anda perlu sedar terdapat kos tambahan yang perlu diambil kira setiap bulan.

Apa kos tersebut? Ini senarai kos tambahan tersebut:

1. Petrol

2. Tambang Tol

3. Parking kereta

4. Roadtax/ takaful

5. Cuci kereta

6. Servis

*jumlah kos tambahan adalah berbeza bagi setiap individu bergantung kepada penggunaan tersendiri.

Sebagai contoh, anda pakai kereta Perodua Myvi 1.5;

1. Bayaran ansuran bulanan

Kos bayaran ansuran bulanan: RM642.84
Kos bayaran ansuran setahun: RM642.84 x 12 bulan =  RM7,714.08

2. Bersihkan kereta


Kos bayaran cuci kereta sebulan: RM30

3. Insuran dan cukai jalan kereta
(roadtax)

Kos insuran dan cukai jalan kereta setahun: RM1,680 + RM120 + RM1,800
Kos insuran dan cukai jalan kereta sebulan: RM150

4. Petrol

Kos penggunaan petrol kereta dalam sebulan: RM73.80 x 4 minggu = RM295.20

5. Servis kereta

1. Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 4L: RM162.00
2. Drain Plug Gasket – Engine Oil: RM3.80
3. Engine Oil Filter: RM11.90       
    = RM177.70 (tiap 6 bulan)
 

Kos servis kereta sebulan: RM177.70 / 6 bulan = RM29.61

Keseluruhannya, jumlah kos penyelenggaraan kereta yang anda perlu tanggung dalam sebulan adalah sebanyak RM1,147.65.

Jadi, anda dah sedia ke nak beli kereta? Kalau dah sedia, ini cadangan kami untuk kereta idaman.

Cadangan Kereta Mengikut Gaji Sebulan Anda

Jom semak senarai di bawah untuk tahu kereta apa yang sesuai dibeli berdasarkan gaji bulanan anda.

RM2,000 Dan Ke Bawah

Buat anda yang bergaji dalam lingkungan sebegini, disarankan untuk membeli kereta yang bajet dalam linkungan RM20,000 – RM35,000. Antara kereta yang okay untuk anda beli adalah Perodua Axia.

Perodua Axia (RM23,367 – RM33,940) 

Sumber: Perodua

Bagusnya beli kereta Axia ini dapat menjimatkan minyak serta kabin yang cukup luas untuk saiznya. Sesuai sangat untuk kegunaan harian.

RM3,000 Dan Ke Bawah

Jika gaji sebulan anda RM3,000, anda boleh beli kereta yang bajetnya dalam lingkungan RM40,000 – RM60,000. Sebagai contoh, ini 3 jenis kereta yang sesuai dengan gaji sebegini:

Proton Iriz (RM40,800 – RM54,800)

Sumber: Proton

Mempunyai kendalian pemanduan yang mantap kerana stereng kereta ini mempunyai berat yang sesuai dan memberikan respons yang banyak walaupun menggunakan stereng kuasa elektrik (EPS).

Perodua Myvi (RM41,292 – RM52,697)

Sumber: Perodua

Selain menjimatkan minyak, kereta ini juga murah dari segi kos maintenance. Myvi juga terkenal dengan ruangan yang luas jika dibandingkan dengan kereta kompak yang lain termasuklah Suzuki Swift.

Perodua Bezza (RM33,456 – RM48,356)

Sumber: Perodua

Antara kelebihan yang ada pada kereta ini adalah jimat minyak, mempunyai lampu hadapan LED bagi semua varian dan merupakan kereta sedan paling murah yang menawarkan AEB (Autonomous Emergency Braking).

RM3,500 Dan Ke Atas

Sekiranya pendapatan bulanan anda RM3,500 dan ke atas, tak perlu nak risau sangat kereta apa yang sesuai untuk dibeli kerana banyak kereta yang menarik boleh anda pilih. Boleh dikatakan yang anda sudah layak untuk beli kereta yang berharga linkungan RM70,000 – RM90,000.

Antara kereta yang boleh dipilih adalah:

Honda City (RM74,191.27 – RM86,561.45)

Sumber: Honda

Banyak kelebihan kereta ini, antaranya pemanduan yang lancar, mempunyai kabin yang luas malah, Honda City 1.5V dilengkapi dengan sistem Honda LaneWatch iaitu menggunakan kamera di cermin sisi kiri untuk paparkan imej buta di skrin infotainment. Bukan itu sahaja, kereta ini boleh dikatakan jimat minyak juga ya!

Toyota Vios (RM77,600.00- RM85,600.00)

Sumber: Toyota

Boleh dikatakan kereta ini merupakan salah sebuah kereta keluarga yang memberi keselesaan kepada pemandu dan juga penumpang.

So agak-agak anda sudah nampak ke bayangan kereta yang mampu dimiliki? Ingat ya, ukur baju di badan sendiri kalau tidak merana la hidup.

Artikel asal adalah daripada Loanstreet

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.