Mampukah Media Sosial Milik Donald Trump Bersaing Dengan Media Sosial Sedia Ada?

Media sosial merupakan salah satu platform yang wajib seseorang memlikinya pada kurun ini. Sesiapa yang tidak mempunyai sebarang akaun media sosial, ia akan diberi gelaran tidak up to date dan mungkin mereka merupakan golongan berusia atau golongan yang tidak suka kepada teknologi. Ini disebabkan media sosial merupakan satu-satunya cara atau keadah yang paling popular untuk manusia bersosial pada ketika ini.

Bagi orang yang berpengaruh seperti ahli politik, mereka menggunakan media sosial sebagai salah satu alat untuk berkomunikasi dengan pengikut mereka selain menyebarkan ideologi politik kepada orang awam. Disebabkan perkara tersebut, media sosial kini merupakan alat propaganda ahli politik untuk mereka kekal berkuasa dalam karier mereka. Cuba bayangkan bagaimana jika seseorang ahli politik itu dihalang dari menggunakan media sosial untuk tempoh tertentu dan kesanya akan memberi impak yang sangat negatif kepada perjalanan politik mereka.

Perkara ini telah terjadi kepada bekas presiden Amerika Syarikat yang paling kontroversi iaitu Donald Trump. Beliau yang terkenal dengann kelantangan mengkritik isu-isu sensitif di negara tersebut dan juga seorang yang sangat kurang mesra dengan pihak wartawan dan sering bergaduh dengan pengamal media di negara tersebut atas tuduhan sering membawa berita palsu terutamanya apabila melibatkan dirinya.

Disebabkan perkara tersebut, Donald Trump sering menggunakan media sosialnya untuk berinteraksi dengan para penyokongnya. Dan kini penyedia platform media sosial terbesar dunia Facebook dan Twitter telah mengharamkan Donold Trump dari menggunakan platform mereka. Perkara ini disebabkan oleh Donald Trump telah dituduh memberi ancaman kepada keselamatan dalam negara di Amerika Syarikat.I ni terbukti apabila Donald Trump telah menggunakan media sosial untuk menggalakkan penyokongnya di Amerika Syarikat melakukan rusuhan pada akhir penggal pemerintahanya pada tahun lepas.

Sumber: NBC News

Beliau menggunakan platform tersebut dengan menghasut para penyokong melakukan rampasan kuasa di United States Capitol di mana Donald Trump telah menuduh kemenangannya telah dirompak oleh Jeo Biden. Beliau tidak berpuas hati dengan kemenangan yang berpihak kepada Jeo Biden telah menyeru penyokongnya berkumpul di United States Capitol.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila sebahagian kecil penyokong beliau bertindak ganas memecah masuk ke dalam ibu pejabat United States Capitol dan akhirnya pihak keselamatan terpaksa bertindak menghalang kejadian yang tidak diingini berlaku dengan lebih dasyat lagi. Kejadian itu berjaya dikawal dan disebabkan perkara tersebut, Donald Trump akhirnya dibekukan daripada mengguna media sosial Facebook dan Instagram selama 2 tahun.

Beliau tidak berdiam diri terus bertindak balas atas tindakan media sosial popular tersebut dengan melancarkan media sosialnya sendiri yang diberi nama Truth Social. Tujuan utama Donald Trump melancarkan media sosial ini adalah untuk bersaing dengan media sosial yang sedia ada selain ingin menyuarakan pandanganya tanpa disekat oleh mana-mana pihak.

Sumber: Tech Crunch

Disebabkan kebanyakan media sosial yang popular mempunyai ramai pengguna, mereka telah melaksanakan peraturan yang mana para pengguna tidak boleh menyakiti antara satu sama lain atau menyebarkan kebencian antara mereka. Perkara tersebut berpaksikan kebenaran disebabkan ia boleh membawa kemudaratan kepada masayarakat, syarikat yang menyediakan platform media sosial ini akan menghalang perkara tersebut daripada terjadi. Disebabkan perkara tersebut, Donald Trump bertekad untuk membangunkan media sosialnya sendiri.

Jika dilihat dari segi pengaruh yang dimiliki oleh Donald Trump di media sosial sebelum ini, aplikasi yang bakal dibangunkan ini akan memberi saingan kepada media sosial yang sedia ada di Amerika Syarikat walaupun tidak berjaya memonopoli pasaran di sana. Ini kerana, jika kita lihat jumlah pengikut di semua media sosial yang dimiliki oleh Donald Trump melebihi daripada 100 juta pengikut. Jika semua pengikutnya menyokong media sosial tersebut, ia akan memberi impak yang lebih besar kepada aplikasi tersebut.

Disebabkan perkara tersebut, aplikasi yang dikenali Truth Social ini bakal ke IPO melalui keadah SPAC. Ia bakal memberi pulangan yang lumayan kepada para pelaburnyanya. Kini syarikat tersebut telah bernilai sebanyak $2 billion USD. Walaupun jumlah pengguna tidak sampai 1 juta orang. Para pelabur yakin dengan perjalanan syarikat ini yang akan memberi saingan kepada media sosial sedia ada pada masa kini.

Baca juga:

Bila Timing Cantik Nak Beli Saham? Ketahui ‘Sweet Entry’ Sebelum Tekan Butang Beli

E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.

Barulah boleh maksimakan KEUNTUNGAN, minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?

  1. Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
  2. Cari Fasa Paling Selamat
  3. Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
  4. Dan banyak lagi !

Nak tahu cara beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.

Previous ArticleNext Article

ATLAS Vending Lancar ‘Nutri-Aid’ Sebagai Penyelesaian Berasaskan Teknologi Untuk Menangani Ketidaksamaan Pemakanan di Sekolah Malaysia

KUALA LUMPUR – Sempena Hari Susu Sedunia, ATLAS Vending, cabang mesin layan diri milik Etika Sdn Bhd, hari ini melancarkan ATLAS Nutri Aid di Kilang Susu Goodday di Petaling Jaya. Dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bertujuan menangani ketidaksamaan pemakanan dalam kalangan murid sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan.

ATLAS Nutri Aid memanfaatkan teknologi mesin layan diri pintar untuk menyediakan akses harian yang konsisten kepada susu berkualiti tinggi secara percuma kepada pelajar yang memerlukan. Bagi ramai kanak-kanak dalam komuniti B40 di Malaysia, akses kepada pemakanan harian masih merupakan cabaran yang senyap tetapi kritikal. Inisiatif ini memastikan nutrisi tenusu asas bukan sahaja tersedia, malah boleh diakses secara berterusan di persekitaran sekolah dan komuniti.

Pelancaran rasmi ini menyusuli kejayaan program perintis di beberapa sekolah terpilih yang mencatatkan penglibatan pelajar yang tinggi serta peningkatan konsistensi transaksi. Susulan keputusan positif tersebut, program ini akan diperluaskan melalui pemasangan 10 mesin layan diri ATLAS Nutri Aid di sekolah-sekolah terpilih.

Inisiatif ini turut disokong oleh YRMS yang memainkan peranan penting dalam pembiayaan, penyelarasan komuniti dan mengenal pasti penerima yang layak, bagi memastikan program ini sampai kepada kanak-kanak yang paling memerlukan.

ATLAS Nutri Aid berteraskan komitmen untuk menangani cabaran kesihatan kompleks yang dihadapi belia Malaysia, khususnya isu “kelaparan tersembunyi” (hidden hunger) dan krisis terbantut (stunting) yang semakin membimbangkan. Tidak seperti negara jiran yang menunjukkan kemajuan sejak tahun 2000, kadar stunting kanak-kanak di Malaysia terus meningkat dan mencapai 24% pada tahun 2024, mengatasi Indonesia (23%), Kemboja (22%), Vietnam (19%), Thailand (12%) dan Singapura (3%). Ini menunjukkan satu kebimbangan kesihatan awam yang serius, ditambah pula dengan dapatan kajian SEANUTS II yang menunjukkan lebih 70% kanak-kanak tidak mencapai pengambilan harian yang disyorkan bagi Kalsium dan Vitamin D.

Dengan peningkatan kos sara hidup, ramai keluarga B40 menghadapi cabaran besar untuk menyediakan makanan seimbang, dengan kadar kelaparan kanak-kanak dilaporkan mencecah 58.4% di beberapa kawasan bandar berpendapatan rendah. ATLAS Nutri Aid menangani isu ini dengan membekalkan susu Goodday Charge Milk secara percuma melalui mesin layan diri. Produk susu di bawah portfolio Etika ini diformulasikan khusus untuk meningkatkan tenaga, menyokong kesihatan tulang dan memperbaiki fungsi kognitif menerusi gabungan 10 nutrien penting yang membantu perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak.

“Bagi ramai keluarga, menyediakan pemakanan harian bukanlah sesuatu yang sentiasa terjamin dan itu tidak sepatutnya menjadi halangan kepada tumbesaran kanak-kanak,” kata Hemalatha Ragavan, Ketua Pegawai Eksekutif Etika & International Exports. “Melalui ATLAS Nutri Aid, kami memastikan setiap kanak-kanak mempunyai akses kepada sesuatu yang asas seperti susu pada setiap hari persekolahan. Dengan menggabungkan teknologi dan tujuan, kami dapat menyampaikan nutrisi secara konsisten, bermaruah dan berimpak. Ini juga akan membantu meningkatkan kehadiran ke sekolah supaya generasi masa depan kita tidak terlepas peluang pembelajaran.”

Memperluaskan kerangka Hygiene Aid, ATLAS Nutri Aid menggunakan mesin layan diri pintar proprietari dan sistem kad “tap-and-go” yang lancar untuk memberikan akses pemakanan harian secara telus dan bersasar kepada pelajar. Dengan menyelaraskan kad dengan kalendar sekolah, sistem ini memastikan pengagihan yang konsisten pada hari persekolahan sambil mengelakkan penyalahgunaan dan ketirisan. Mekanisme berasaskan data ini membolehkan ATLAS Vending memantau impak program dengan berkesan, sambil memberikan pengalaman yang bermaruah dan berdikari kepada kanak-kanak.

Muhammad Syazwan Bin Mohd Daut, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) berkata, “Misi YRMS sentiasa tertumpu kepada membangunkan potensi belia. Pemakanan yang baik adalah asas kepada keupayaan kanak-kanak untuk belajar, memberi tumpuan dan berjaya di sekolah. Melalui ATLAS Nutri Aid, kami bukan sekadar menyediakan nutrisi harian, tetapi menghapuskan halangan penting kepada pendidikan dan memberikan tenaga serta peluang yang sewajarnya untuk mereka mencapai impian.”

Inisiatif ATLAS Nutri Aid mencerminkan komitmen jangka panjang untuk meningkatkan tumpuan di dalam kelas dan perkembangan fizikal generasi akan datang. Dengan menyediakan sumber nutrisi yang boleh dipercayai, program ini membantu merapatkan jurang penting dalam kesihatan kanak-kanak sambil menyokong keluarga kurang mendapat perhatian yang berdepan tekanan ekonomi.

Pada terasnya, ATLAS Nutri Aid dibina atas satu kepercayaan mudah: setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk membesar, belajar dan berkembang maju, bermula dengan pemakanan yang baik.