6 Sebab Anak Muda Terlibat Dengan Forex Trading Online

“Balik balik isu forex haram…forex halal…itu je pusing pusing…”

Ketika musim PKP ini, banyak iklan yang mempromosikan Forex Trading Online berlegar di media sosial terutamanya Facebook. Lebih parah, majoriti merupakan broker CFD.

Mereka mengajak orang ramai untuk membuat side income bagi menampung kehidupan mereka ketika ramai yang terjejas daripada segi pendapatan.

Sepertimana kita tahu, Forex Trading Online secara rasminya telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2012.

Menurut pakar kewangan Islam, Prof. Madya Dr. Aznan Hasan, “Kebanyakan online broker adalah tidak betul (tidak real), hanya 10% je yang betul, 90% sekadar spekulasi dan tiada mata wang/emas yang wujud untuk transaksi tersebut.“. Boleh baca lagi di Garis Panduan Syariah dalam Perdagangan Forex.

Jadi di sini jual beli matawang adalah harus asalkan mengikut syarat-syarat kontrak jual beli matawang yang dibenarkan syariah. Nak berforex perlulah mengikut syarat-syarat Bay’ al-Sarf betul-betul.

Sama juga dengan gold trading. XAU/USD adalah cara baru broker-broker forex mempromosikan platform mereka. Mereka memujuk anak muda untuk trade gold sebab ramai telah sedar bahawa forex trading itu haram. Emas juga barang ribawi, tiada beza dengan matawang.

Namun malangnya masih ramai di kalangan anak muda yang terlibat.

Mungkin mereka tidak tahu. Maka kita yang tahu bertanggungjawab untuk menyampaikannya.

Jom kita ketahui sebab-sebab kenapa golongan muda ini boleh bergelumang dengan Forex Trading Online.

1. Iklan Besar-Besaran Oleh Broker

Broker Forex memang sangat aktif membuat promosi.

Pastinya pernah terlihat iklan-iklan di Facebook atau YouTube yang menceritakan betapa mudahnya kita boleh buat duit dengan forex trading online. Dalam masa beberapa saat atau beberapa minit, dah boleh buat duit dengan turun naik pasaran mata wang dunia.

Ada juga iklan yang menawarkan sistem robot dan copy trading. Cuma masuk modal dan goyang kaki saja, tak perlu belajar Analisis Teknikal dan tak perlu tengok chart.

Sedikit sebanyak ramai yang terpengaruh dengan cara mudah untuk buat duit dengan forex trading ini.

Baca: 10 Broker CFD Yang Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia

2. Pengaruh Influencer

Ada juga yang terpengaruh dengan selebriti atau influencer terkenal yang dah hidup senang dengan duit hasil daripada Forex Trading Online ini.

Bila iklan-iklan tunjuk income dalam USD, tunjuk stereng kereta Pak Mustape, tunjuk tabur duit atas katil, memang cair anak muda kita dibuatnya.

Follower yang tidak tahu hujung pangkal pastinya terpesona, maka ramailah yang berpusu-pusu mengikut.

Ingatlah, jika ternampak Ustaz sekalipun yang trade forex, itu tidak menjadikan instrumen itu halal.

3. Tidak Faham Instrumen Kewangan

Majoriti yang berdarah muda ini, nak buat duit cepat. Tak kisah sekiranya ambil risiko tinggi sekalipun. Nak pula dengan hanya guna smartphone.

Tetapi mereka tidak tahu yang adat pelaburan atau perniagaan, pastinya ada masa kita untung dan ada ketika kita rugi. Bila ditunjuk yang indah-indah belaka, yang profit semata-mata; maka sanggup buat apa saja untuk mendapatkannya.

4. Taqwa

Rata-rata mereka yang join Forex Trading Online ini, mereka tahu hukumnya adalah haram. Tetapi akibat termakan nasihat ‘abang-abang’ mereka yang lebih lama dalam bidang ini maka sanggup ketepikan dan perlekehkan fatwa.

Mereka merasakan lebih arif dan up to date daripada para mufti dan pakar berautoriti seluruh dunia.

“Ulamak makan gaji”…”Double standard”…”Ulamak bukan maksum, mereka juga boleh silap”

Apa yang kita dapat bila memerli para ulamak ini sebagai tanda tidak setuju? Dapat tarik lebih ramai orang membenci ahli ulama?

Tanpa taqwa, fatwa hanya akan dianggap sebagai ‘pendapat ulama’.

Baca: FOREX Trading Online – Fatwa Mana Yang Kata Harus?

5. Tarikan USD

Perkara utama bagi anak muda biasanya memang pasal duit. Itu normal.

Bila tahu ada peluang buat duit dalam mata wang antrabangsa, lebih-lebih lagi US Dolar; maka dalam kepala dah set keuntungan pun pasti berganda-ganda. Bila untung nanti convert ke Ringgit, kan dah empat kali ganda jadinya.

Jika nak sangat buat duit dalam USD, boleh berhijrah kepada pelaburan saham global, contohnya pasaran saham US. Tapi pilih lah saham-saham yang patuh syariah.

6. Modal Kecil / Tanpa Modal

Jangan terkejut sekiranya Forex Trading Online ini membolehkan kita buka akaun dan mula berdagang tanpa sebarang modal. Macam-macam kemudahan biasanya diberikan oleh broker.

Di antaranya margin, leverage, buying power dan bermacam-macam lagi. Jadi anak muda yang ghairah melihat akaun trading mereka ada banyak duit (sedangkan bukan duit mereka), maka semakin seronok nak trade.

Insha-Allah tidak jatuh miskin jika menjauhkan diri dari Forex Trading Online.

Ini adalah ujian untuk mereka yang masih terlibat. Semoga kita semua memperoleh rezeki yang halal dan berkat serta diselamatkan Allah dari seksaan api neraka.

Previous ArticleNext Article

Apa Hukum Trade Gold?

https://www.facebook.com/arhammerican

Perkara utama bagi anak muda biasanya memang pasal duit. Itu normal.

Bila tahu ada peluang buat duit dalam mata wang antrabangsa, lebih-lebih lagi US Dolar; maka dalam kepala dah set keuntungan pun pasti berganda-ganda. Bila untung nanti convert ke Ringgit, kan dah empat kali ganda jadinya.

Sebagai orang Islam, memilih instrumen pelaburan yang patuh syariah adalah wajib. Tahniah kerana sampai ke sini. Dengan mengikuti cara yang benar, bukan sahaja kita dapat bebas dari riba tetapi juga harta kita akan membawa berkat.

Trade gold menggunakan platform online yang berasaskan CFD ini ulamak sepakat kata HARAM. Kami pasti anda pernah dengar tentang Contract For Difference atau lebih dikenali sebagai CFD? Paling popular ada CFD untuk komoditi (crude oil, gold) dan forex.

Antara broker CFD yang iklan mereka selalu lalu lalang adalah MetaTrader MT4, eToro, FXTM, XM, PLUS500, ICM dan banyak lagi.

Dengarkan penjelasan daripada cendekiawan tersohor, Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) tentang hukum CFD ini.

Kupasan lanjut tentang kenapa trading gold ini haram, boleh dengar panjang lebar di video ini.

Haram Ke Trade Gold/ Futures?

Ini adalah ujian untuk mereka yang masih terlibat. Semoga kita semua memperoleh rezeki yang halal dan berkat serta diselamatkan Allah dari seksaan api neraka.