Jauhi Dosa Riba Yang Merupakan Salah Satu Daripada Tujuh Dosa Besar

Riba merupakan perbuatan dosa besar dengan ijma’ Ulama, berdasarkan kepada al-Qur`ân dan as-Sunnah. Dalil daripada al-Qur`ân di antaranya adalah firman Allâh Azza wa Jalla :

Allâh menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. [al-Baqarah/2:275]

Nabi Muhammad SAW telah melarang umatnya daripada riba dan memberitakan bahawa riba termasuk dalam tujuh perbuatan yang menghancurkan. Sebagaimana disebutkan dalam hadis:

Dari Abu Hurairah Radhiyallahuanhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , Beliau bersabda, “Jauhilah tujuh (dosa) yang membinasakan!” Mereka (para sahabat) bertanya, “Wahai Rasûlullâh! Apakah itu?” Beliau n menjawab, “Syirik kepada Allâh, sihir, membunuh jiwa yang Allâh haramkan kecuali dengan haq, memakan riba, memakan harta anak yatim, berpaling dari perang yang berkecamuk, menuduh zina terhadap wanita-wanita merdeka yang menjaga kehormatan, yang beriman, dan yang bersih dari zina”. [HR. al-Bukhâri, no. 3456; Muslim, no. 2669]

Para Ulama sepakat bahawa riba adalah HARAM dan termasuk DOSA BESAR!!!

Imam Nawawi rahimahullah berkata, “Kaum Muslimin telah sepakat akan haramnya riba. Riba itu termasuk kabâir (dosa-dosa besar). Ada yang mengatakan bahawa riba diharamkan dalam semua syari’at (Nabi-Nabi), di antara yang menyatakannya adalah al-Mawardi”. [al-Majmû’ Syarhul Muhadzdzab, 9/391]

Jenis-Jenis Riba

Definisi riba ini akan lebih jelas apabila kita kenali jenis-jenis riba seperti berikut:

1. Riba an-Nasî’ah (Riba Karena Mengakhirkan Tempo)

Iaitu: tambahan nilai hutang sebagai imbalan dari tempo yang diundurkan. Dinamakan riba an-nasî’ah (mengakhirkan), karena tambahan ini sebagai imbalan dari tempo hutang yang diundurkan. Hutang tersebut bisa kerana penjualan barang atau hutang (wang).

Riba ini juga disebut riba al-Qur’an, karena diharamkan di dalam Al-Qur’an. Allâh berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allâh dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allâh dan Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. [al-Baqarah/2: 278-279]

Ayat ini merupakan nas yang tegas bahawa yang menjadi hak orang yang berpiutang adalah pokok hartanya saja, tanpa tambahan. Dan tambahan dari pokok harta itu disebut sebagai riba.

Jika tambahan itu atas kemahuan dan inisiatif orang yang berhutang ketika dia hendak melunasi hutangnya, tanpa disyaratkan maka sebagian ahli fiqih membolehkannya. Namun orang yang berhati-hati tidak mahu menerima tambahan tersebut karena khawatir itu termasuk pintu-pintu riba, wallahu a’lam.

Kemudian Nabi Muhammad SAW menegaskan larangan ini dalam khutbah wada’ dan hadits-hadits lainnya. Sehingga kaum Muslimin bersepakat tentang keharaman riba an-nasîah ini.

Riba ini juga disebut riba al-jahiliyyah, karena riba ini yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah.

Riba ini juga disebut riba jali (nyata) sebagaimana dikatakan oleh imam Ibnul Qayyim dalam kitab I’lâmul Muwaqqi’in, 2/154.

[al-Mausû’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 22/57]

Riba ini juga disebut dengan riba dain/duyun (riba pada hutang), karena terjadi pada hutang piutang.

Imam Ahmad Rahimahullah ditanya tentang riba yang diragukan, beliau menjawab:

“Riba itu adalah seseorang memiliki piutang, lalu dia berkata kepada orang yang berhutang, “Engkau bayar (sekarang) atau (pembayarannya ditunda tapi dengan) memberi tambahan (riba)?” Jika dia tidak membayar, maka orang yang berhutang memberikan tambahan harta (saat pembayaran), dan pemilik piutang memberikan tambahan tempoh.

Imam Ibnul ‘Arabi al-Maliki Rahimahullah berkata:

“Orang-orang jahiliyyah dahulu biasa berniaga dan melakukan riba. Riba di kalangan mereka telah terkenal, iaitu seseorang menjual kepada orang lain dengan hutang. Jika waktu pembayaran telah tiba, orang yang memberi hutang berkata, “Engkau membayar atau memberi riba (tambahan)? Engkau memberikan tambahan hartaku, dan aku bersabar dengan waktu yang lain. Maka Allahmengharamkan riba iaitu tambahan.”

Dengan penjelasan di atas kita sekarang tahu bahawa riba jahiliyyah yang dilarang dengan keras oleh Allah dan Rasul adalah tambahan nilai ke atas hutang asal.

2. Riba al-Fadhl

Ianya merupakan riba dengan sebab adanya kelebihan pada barang-barang riba yang sejenis, saat ditukarkan.

Barang-barang ribawi ada enam menurut hadis di bawah ini:

Dari Abu Sa’id al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Emas ditukar dengan emas, perak ditukar dengan perak, gandum ditukar dengan gandum, barli ditukar dengan barli, kurma ditukar dengan kurma, garam ditukar dengan garam, (mestilah) sama timbangannya dan serah terima langsung (tunai). Barangsiapa melebihkan atau meminta lebih, maka ia telah melakukan amalan riba, yang mengambil atau yang memberi hukumnya sama.”
[Hadis Riwayat Muslim, no. 4148]

Bahaya Riba Ketika Hidup

Ada banyak ancaman riba yang mengancam para pelakunya di dunia dan di akhirat:

1. Laknat Bagi Pelaku Riba

Dari Jabir RA, beliau berkata:

“Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi makan riba, penulisnya dan dua saksinya”, dan beliau bersabda, “Mereka itu sama.”
[Hadis Riwayat Muslim, no. 4177]

2. Perang Dari Allah Dan Rasul

Barangsiapa nekad melakukan riba padahal larangan sudah sampai kepadanya, maka hendaklah dia bersiap sedia mendapat peperangan dari Allah dan Rasul. Siapa yang akan menang melawan Allâh?

Allal berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.”
[Surah Al-Baqarah Ayat 278-279]

Bahaya Riba Di Akhirat

Selaindi dunia, riba juga mengakibatkan kesan yang mengerikan di akhirat,:

1. Bangkit Dari Kubur Dirasuki Syaitan

“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
(Surah Al-Baqarah Ayat 275)

2. Akan Berenang Di Sungai Darah

Dari Samurah bin Jundub, beliau berkata Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tadi malam aku bermimpi ada dua laki-laki yang mendatangiku, keduanya membawaku ke kota yang disucikan. Kami berangkat sehingga kami mendatangi sungai darah. Di dalam sungai itu ada seorang laki-laki yang berdiri. Dan di pinggir sungai ada seorang laki-laki yang di depannya terdapat batu-batu. Laki-laki yang di sungai itu mendekat, jika dia hendak keluar, laki-laki yang di pinggir sungai itu melemparkan batu ke dalam mulutnya sehingga dia kembali ke tempat semula. Setiap kali laki-laki yang di sungai itu datang hendak keluar, laki-laki yang di pinggir sungai itu melemparkan batu ke dalam mulutnya sehingga dia kembali ke tempat semula. Aku bertanya, “Apa ini?” Dia menjawab, “Orang yang engkau lihat di dalam sungai itu adalah pemakan riba”.
[Hadis Riwayat al-Bukhari]

3. Nekad Melakukan Riba Padahal Sudah Sampai Larangan, Diancam Dengan Neraka

Allah berfirman :

“Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.”
[Surah al-Baqarah Ayat 275]

Inilah berbagai ancaman mengerikan bagi pelaku riba. Alangkah baiknya sekiranya kita sempat bertaubat sebelum terlambat. Sesungguhnya nikmat maksiat hanya sesaat, namun akan membawa celaka di dunia dan di akhirat. Hanya Allah tempat memohon pertolongan. Walluahalam.

Dapatkan penyelesaian DOSA RIBA dengan Pembiayaan Islam dari link EBOOK ini segera: http://www.pejuangusahawan.com/e-book-islamic-financing-formula/

Sumber: AhmadZairul.com

Ahmad Zairul merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat AZ GROUP of Companies. Beliau juga merupakan Pengasas Komuniti Pejuang Usahawan (Nasihat Usahawan) dan Presiden Komuniti International Maqasid Syariah Fighter (Memperjuangkan Ilmu Maqasid Syariah di Peringkat Antarabangsa)

Beliau mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam bidang keusahawanan dan pelaburan dan kepakaran beliau adalah di dalam menawarkan perkhidmatan Perunding Kewangan, Penasihat Cukai, Penasihat Pelaburan, Pengurusan Hartanah, Perakaunan & Audit dan Setiausaha Syarikat.

Banyak ilmu berkaitan dikongsi di laman web Pejuang Usahawan dan Ahmad Zairul.com. Sila follow beliau di Facebook.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Adakah Bapa Wajib Membayar Zakat Fitrah Untuk Anak Yang Masih Bersekolah Tetapi Mempunyai Sumber Pendapatan Sendiri?

Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya ada persoalan. Saya mempunyai seorang anak yang masih bersekolah, tetapi dia sudah pandai mencari pendapatan sendiri menggunakan kemudahan teknologi sekarang dan kadangkala pendapatan yang diperolehi tersebut melebihi pendapatan saya. Soalan saya adalah, adakah saya wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya atas dasar dia di bawah tanggungan saya atau dia perlu keluarkan sendiri zakat tersebut?

Berdasarkan kepada IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-607: ADAKAH BAPA WAJIB MEMBAYAR ZAKAT FITRAH UNTUK ANAK YANG MASIH BERSEKOLAH TETAPI MEMPUNYAI SUMBER PENDAPATAN SENDIRI? yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Jawapan Ringkas

Tidak wajib bagi seorang bapa untuk membayar zakat fitrah bagi anaknya yang telah mempunyai kemampuan untuk menjana sumber pendapatan sendiri sekalipun masih bersekolah kerana keadaan tersebut menyebabkan terputusnya kewajipan bagi seorang bapa untuk menafkahinya. Oleh itu, bapa tersebut perlu menerangkan kepada anaknya tentang kewajipan dirinya itu yang perlu ditunaikan. Namun begitu, seorang bapa boleh membayarkan zakat fitrah bagi pihak anaknya atas dasar belas ihsan dengan syarat telah mendapat keizinan daripada anaknya.

Huraian Jawapan

Zakat fitrah adalah zakat yang dikenakan pada individu. Seseorang yang telah cukup syarat wajib bayar zakat perlu segera menunaikannya. Kewajipan untuk membayar zakat fitrah tidak meletakkan syarat seseorang itu mestilah seorang dewasa. Syarat wajib zakat fitrah adalah sebagaimana berikut:

1. Islam

2. Waktu (Malam hari raya dan siangnya)

3. Mempunyai kemampuan

(Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie 97-98)

Ini bermakna, seorang kanak-kanak yang mencukupi syarat-syarat wajib tersebut diwajibkan untuk menunaikan kewajipan membayar zakat tersebut. Lazimnya, bagi individu yang berkeluarga, orang yang bertanggungjawab untuk membayar zakat fitrah bagi orang yang berada di bawah tanggungannya adalah bapa/suami.

Bagi konteks seorang bapa dan anak, seorang bapa perlu membayar zakat fitrah bagi anaknya sekiranya masih lagi di bawah tanggungannya. Sekiranya anak tersebut telah mempunyai kemampuan untuk bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri maka bapa tidak boleh membayar zakat fitrah untuknya melainkan mendapat keizinan daripada anaknya. (Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie h.99)

Keadaan ini dapat dilihat melalui apa yang dinyatakan oleh Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Asna al-Matalib:

أَمَّا مَنْ ‌لَا ‌تَجِبُ عَلَيْهِ نَفَقَتُهُ فَلَا تَجِبُ عَلَيْهِ فِطْرَتُهُ

Maksudnya:Bagi sesiapa yang tidak diwajibkan nafkah ke atasnya maka tidak wajib zakat fitrah untuk anaknya itu. (Rujuk Asna al-Matalib 388/1)

Oleh kerana itu, seorang kanak-kanak yang mempunyai kemampuan untuk menjana sumber pendapatan sendiri termasuk juga dalam perbincangan yang dinyatakan. Seorang bapa tidak wajib membayar zakat fitrah untuk anaknya itu kerana telah terputus tanggungjawab memberi nafkah kepada anak tersebut disebabkan dia sudah mampu untuk menjana sumber pendapatan sendiri. Perbahasan ini dapat dilihat melalui kenyataan Imam Ibn Hajar al-Haitami dan Syeikh Zakaria al-Ansari berikut:

لَا تَجِبُ عَلَى الْأَبِ فِطْرَةُ وَلَدٍ لَهُ مَلَكَ قُوتَ يَوْمِ الْعِيدِ وَلَيْلَتِهِ فَقَطْ أَوْ قَدَرَ عَلَى كَسْبِهِ وَلَوْ صَغِيرًا لِسُقُوطِ نَفَقَتِهِ عَنْهُ

Maksudnya: Tidak wajib bagi seorang bapa untuk membayar zakat fitrah untuk anaknya yang mempunyai makanan asasi yang mencukupi untuk siang hari raya dan malamnya sahaja atau dia mampu untuk mencari sumber pendapatan sendiri walaupun masih kecil kerana situasi itu menyebabkan terputusnya tanggungjawab nafkah bapa terhadap anaknya itu. (Rujuk Tuhfah al-Muhtaj 314/3; Asna al-Matalib 388/1)

Bahkan dalam keadaan ini, tidak sah zakat fitrah yang dibayar oleh seorang bapa untuk anaknya yang sudah mempunyai kemampuan untuk menjana sumber pendapatan sendiri. (Rujuk Tuhfah al-Muhtaj 314/3; al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie h.99)

Kesimpulan

Tidak wajib bagi seorang bapa untuk membayar zakat fitrah bagi anaknya yang telah mempunyai kemampuan untuk menjana sumber pendapatan sendiri sekalipun masih bersekolah kerana keadaan tersebut menyebabkan terputusnya kewajipan bagi seorang bapa untuk menafkahinya. Oleh itu, bapa tersebut perlu menerangkan kepada anaknya tentang kewajipan dirinya itu yang perlu ditunaikan. Namun begitu, seorang bapa boleh membayarkan zakat fitrah bagi pihak anaknya atas dasar belas ihsan dengan syarat telah mendapat keizinan daripadanya anaknya tersebut.

Wallahualam.