Zakat & Mentaliti ‘Acah-Acah’ Prihatin Masyarakat Kita

Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran, surah at-Taubah ayat 60 yang maksudnya:

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus (amil) zakat, para mu’allaf yang dipujuk hatinya, untuk hamba-hamba sahaya yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang untuk jalan Allah dan orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Kesilapan besar yang perlu diperbetulkan oleh rakyat Malaysia adalah persepsi orang miskin yang terima zakat akan terus hidup senang. Institusi zakat ni bertujuan meringankan kemiskinan hidup bukan untuk membasmi kemiskinan sepenuhnya. Institusi zakat ada peranannya, masyarakat pun ada peranan juga. Sama-sama berganding bahu atasi kemiskinan.

Bila nampak saja orang miskin duduk bawah jambatan, terus dituduhnya pusat zakat tak buat kerja, makan gaji buta, tangkap gambar kasi viral dalam Facebook tetapi akhirnya bila diperiksa, rupanya si polan tu dah bertahun dapat bantuan!

Kalau bijak dan betul-betul prihatin, telefon Pusat Zakat, beri maklumat orang miskin tu untuk mereka bertindak. Mereka bukannya ada mata macam Superman.

1. Ambil nama & no kad pengenalan
2. Ambil alamat
3. Ambil phone no
4. Ambil gambar mereka

Confirmkan cerita mereka dengan pusat zakat negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat samada mereka sudah menerima bantuan atau belum. Ambil kira juga ada asnaf yang berpindah rumah dan tidak mengemaskini alamat terbaru mereka. Nombor telefon pun bertukar.

Bila nampak orang susah berniaga, juga nak salahkan pusat zakat. Seolah-olah mereka perlu dibantu sehingga tidak perlu bekerja dan berniaga lagi. Bila dapat bantuan zakat, dia masih lagi perlu bekerja. Bukan kena goyang kaki dan bergantung sepenuhnya hidup dengan duit zakat. Jadi misalnya kita tahu dia berniaga, kita bantu dengan cara membeli dan bersedekah.

 

Kenapa Agihan Bantuan Zakat Tak Tular?

Kami biasa nampak di Facebook page pusat-pusat zakat dalam masa sehari kadang-kadang lebih 10 entri tentang bantuan yang diberikan kepada yang memerlukan dan kadar LIKE tak sampai 100. SHARE? Kosong pun ada.

Tiada ‘sensational value’ untuk group WhatsApp dan sewaktu dengannya kan?
Cuba kalau status pasal kutuk institusi zakat, sampai beribu like, beribu share.

Yang ini jumlah share agak tinggi

“Benda-benda macam ni tak perlu nak sebarkan katanya… dah memang tugas.”

Pulak dah.

Banyak posting yang dikongsikan page seperti Kisah Zakat Malaysia yang patut disebarkan. Sepatutnya kita sebagai netizen yang beragama Islam tolong war-warkan demi imej baik Islam itu sendiri.

Pusat Zakat Ada Pelbagai Skim Bantuan Zakat

Jom kita ambil contoh jenis bantuan Pusat Zakat / Baitulmal MAIWP:

Pembangunan Asnaf
• Bantuan Kewangan Bulanan
• Bantuan Aidilfitri
• Bantuan Takaful Asnaf
• Bantuan Perubatan
• Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
• Bantuan Perkahwinan
• Bantuan Ibnu Sabil
• Bantuan Kecemasan
• Bantuan Guaman Syarie
• Bantuan Musibah

Tempat Tinggal
• Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
• Bantuan Membina / Membaiki Rumah
• Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah

Pembangunan Ummah
• Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan (NGO) & Institusi Pendidikan
• Bantuan Ar-Riqab

Pendidikan
• Bantuan Am Persekolahan
• Bantuan Am Pelajaran IPT
• Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan
• Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang Dalam dan Luar Negara
• Bantuan Persediaan IPT
• Bantuan Tuisyen
• Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)
• Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal
• Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran

Berdikari
• Bantuan Perniagaan
• Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
• Bantuan Deposit Van/ Bas Sekolah
• Bantuan Pertanian
• Bantuan Membeli Motorsikal Orang Kurang Upaya (OKU)

Sumber : Pusat Zakat, MAIWP

Mesti ramai tak pernah dengar pun jenis-jenis bantuan dekat atas tu kan?

Kita suka kritik pusat zakat bila tular kisah asnaf tak terbela, tapi kita tak pernah ambil tahu berapa banyak bantuan dan berapa ramai asnaf yang telah dibantu pusat zakat hingga keluar dari kepompong kemiskinan tegar. Elok kita teliti laporan tahunan setiap pusat zakat ini agar tidak lagi berulang tohmahan terhadap institusi zakat yang kerap kali diulang tular (recycle isu viral) apabila menjelang Ramadan.

Mesti terkejut bila tahu betapa berjuta-juta RM telah diagihkan hanya bagi salah satu skim bantuan sahaja.

Skim Bantuan Kewangan Bulanan Bagi Tahun 2016

  1. RM106.7 JUTA kepada 24,658 asnaf – Pusat Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
  2. RM68.3 JUTA – Pusat Zakat Selangor
  3. RM58.1 JUTA kepada 13,801 asnaf – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)
  4. RM34.9 JUTA kepada 5,498 asnaf – Pusat Zakat Negeri Sembilan
  5. RM32.3 JUTA kepada 5,799 asnaf – Lembaga Zakat Negeri Kedah
  6. RM27.7 JUTA kepada 8,927 asnaf – Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPk)
  7. RM23.9 JUTA kepada 8,353 asnaf – Pusat Zakat Sabah
  8. RM11 JUTA kepada 3,054 asnaf – Pusat Kutipan Zakat Pahang
  9. RM13 JUTA kepada 3,271 asnaf – Zakat Pulau Pinang

*Kami masih dalam proses mendapatkan maklumat dari pusat zakat negeri-negeri lain

Acah-Acah Nak Sampaikan Zakat Sendiri

Kepada yang tak tahu, Jadual 9 Senarai ke 2, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya adalah terletak di bawah bidangkuasa NEGERI. Bermaksud, urusan kutipan dan agihan zakat terletak di bawah kuasa raja dan sultan setiap NEGERI. Itu sebabnya dasar kutipan dan agihan berbeza setiap negeri.

Kepada yang hebat berkempen untuk bayar zakat pada asnaf sendiri, teruskan jika anda yakin itu adalah langkah yang baik. Jangan sibuk melenting bila kutipan zakat semakin berkurang disebabkan ramai yang nak bayar kepada asnaf sendiri. Pastikan tahu kadar dan had kifayah yang diperlukan oleh asnaf tu. Pastikan yang benar-benar berhak dan berhajat dan bukan hanya yang layak saja. Ada 8 jenis asnaf, tahu ke tak tu? Boleh berlaku adil ke pada 8 asnaf tu tadi?

Tugas kita yang WAJIB sebagai umat Islam adalah membayar zakat. Jika zakat itu tak sampai, biarlah orang yang rembat duit tu jawab di akhirat nanti. Kita dah selesaikan tugas kita. Selebihnya barulah kita tambah dengan amalan sunat iaitu sedekah.

Dari Anas bin Malik r,a. katanya: Seorang daripada Bani Tamim datang mengadap Rasulullah SAW, lalu meminta penjelasan, Katanya: ”Ya! Rasulullah, cukupkah apabila saya membayar zakat kepada utusan tuan(Amil) maka dengan yang demikian terlepaslah tanggungan saya di sisi hukum Allah dan Rasul-Nya, mengenai zakat saya itu?”

Maka jawab Rasulullah SAW.: ”Ya(benar), apabila engkau membayar kepada utusanku(Amil) maka terlepaslah tanggunganmu mengenainya, selain itu engkau mendapat pahalanya, dan (kalau ada pemungut zakat) yang menyelewengkannya maka dialah yang menanggung dosanya” [Hadis Riwayat Muslim]

Sumber hadis : JAKIM

Harapan kami agar Institusi Zakat terus tabah menghadapi segala nista dan kecaman. Macam Goku dalam kartun Dragon Ball. Orang Saiyan ni setiap kali dia pulih dari kecederaan, dia akan jadi lebih kuat sampai jadi Super Saiyan!

Akhir kata, ingatlah bahawa zakat bukan sekadar zakat fitrah. Rujuk insititusi Zakat negeri masing-masing. Mana tahu dah sampai seru untuk berzakat.

Wallahualam

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.