CEO Telekom Malaysia dan Astro Umum Letak Jawatan

Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly mulai 6 Jun 2018. Tempat beliau akan dipangku oleh Timbalan CEO TM, Datuk Bazlan Osman berkuatkuasa serta merta. Bagaimanapun, TM tidak menyatakan sebab beliau meletak jawatan.

Shazalli yang baru sahaja memegang jawatan CEO TM menggantikan tempat Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa pada pada 1 Mei 2017 lalu, mencatat sejarah sebagai CEO paling singkat mengemudi syarikat berkenaan.

Sebelum itu, beliau adalah CEO Serantau dan Naib Presiden Eksekutif Korporat (EVP) operasi Asia Tenggara Axiata Group Berhad, selepas dinaikkan pangkat daripada jawatannya sebelum itu sebagai CEO dan Pengarah Celcom Axiata Berhad (Celcom), sejak 1 September 2005 hingga 31 Ogos 2016.

Sebelum perlantikannya di Celcom, beliau adalah CEO NTV7, stesen televisyen tempatan, jawatan dipegangnya selama lapan tahun sejak pelancaran pada 1998.

Semenjak 12 bulan yang lepas, saham TM mengalami kejatuhan lebih 43% dengan nilai pasaran sebanyak RM 13.9 bilion. Pendapatan Telekom Malaysia pada suku pertama 2018 pula dilaporkan jatuh 32 peratus iaitu RM157.2 juta Walau bagaimanapun setelah pengumuman peletakan jawatan Shazalli, saham TM hari ini melonjak tinggi sehingga 7% dan merupakan antara top gainer dalam pasaran Bursa.

CEO Astro Dah 7 Tahun

Pada masa yang sama syarikat yang memonopoli perkhidmatan tv satelit berbayar, Astro Malaysia Holdings Bhd Group hari ini mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Rohana Rozhan yang akan berkuat kuasa pada 31 Januari 2019, namun beliau akan kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah.

Rozana telah bersama Astro sejak 1995 dan merupakan CEO sejak April 2011. Sepanjang tempoh 7 tahun kepimipinan beliau, jumlah pelanggan Astro meningkat daripada 2.0 juta kepada 5.5 juta orang manakala perolehan pula berkembang RM1.79 bilion kepada RM5.53 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2018.

Baru-baru ini portal lowyat.net melaporkan bahawa lebih 50,000 pelanggan Astro menjadi mangsa setelah maklumat peribadi mereka tersebar. Walaubagaimana pun, Pengerusi Astro Tun Zaki Azmi menegaskan bahawa peletakan jawatan tiada kaitan isu kebocoran data

Jawatan beliau akan diambil alih oleh Ketua Pegawai Kandungan dan Pelanggan Kumpulan Astro, Henry Tan, yang berkhidmat lebih 10 tahun dengan pengendali stesen berbayar itu.

Apa Pula Kesannya Kepada Saham TM & Astro?

Sumber: Bursa Marketplace

Saham Telekom Malaysia memang sedang membuat downtrend, dan nampak seperti ada kesan sedikit ekoran daripada pengumuman perletakan jawatan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly. Kena tunggu confirmation betul-betul, baru boleh beli saham TM ni.

Sumber: Bursa Marketplace

Manakala saham Astro pula sedang membuat rebound, tetapi ianya lebih disebabkan oleh desas-desus Tan Sri Ananda Krishnan berkenaan Astro Nak Dinyahsenaraikan Dari Bursa Malaysia (Delisted)? Apa Kesannya Kepada Pelabur. Tapi saham Astro tak patuh Syariah tau, jangan suka-suka pergi beli pula.

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CIMB Securities Kekal Saranan ‘Neutral’ Ke Atas Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saran an ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

CIMB Securities dalam nota penyelidikannya hari ini memaklumkan bahawa ia termasuk pengumuman rasmi pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada suku keempat 2026, dengan sokongan daripada kerajaan perpaduan persekutuan.

Bank pelaburan itu juga menjangkakan pelancaran projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor Bahru bernilai RM7 bilion pada separuh kedua 2026, berikutan pemberian surat hasrat kepada konsortium DOM Industries-MMC Engineering-Nylex- BTS Group Holdings.

Bagaimanapun, projek infrastruktur rentas sempadan yang lain, termasuk cadangan Laluan Link 2 Sistem Transit Rapid (RTS) Tuas-Iskandar Puteri dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, masih menunggu kejelasan dasar yang lebih lanjut.

“Walaupun kami mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, pelan tindakan JS-SEZ yang akan datang dan permulaan Laluan Link RTS pada suku pertama 2027 akan menyokong permintaan bagi hartanah kediaman bertanah dan perindustrian di Johor, dengan kesan limpahan faedah kepada aset komersial dan runcit di koridor pertumbuhan utama,” menurut nota penyelidikan itu.

Nilai tanah industri utama dilaporkan telah meningkat dua kali ganda kepada RM150 bagi setiap kaki persegi daripada RM 70-RM80 bagi setiap kaki persegi pada 2024, didorong oleh permintaan berterusan berkaitan pusat data, dengan pencarian tanah semakin beralih ke luar Johor Bahru disebabkan oleh kekangan bekalan tenaga dan air.

Namun, CIMB Securities memberi amaran mengenai segmen kediaman bertingkat tinggi di Johor Bahru, di mana data suku pertama 2026 daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) menunjukkan stok sedia ada sebanyak 108,863 unit pangsapuri perkhidmatan, serta bekalan masuk dan dalam perancangan masing-masing sebanyak 41,832 dan 18,712 unit sehingga 2030/2031.

Ia meningkatkan risiko lambakan bekalan sekiranya permintaan gagal seiring dengan bekalan tambahan tersebut.

Dalam senarai analisisnya, UEM Sunrise kekal sebagai pilihan utama bagi peningkatan semula nilai tanah Johor, memandangkan simpanan tanah Iskandar Puteri yang luas dan pelan induk perindustrian Gerbang Nusajaya yang akan datang pada suku pertama
2027.

Pemaju lain yang mempunyai pendedahan ketara kepada kawasan sekitar Laluan Link R’TS termasuk Eco World, Mah Sing Sunway, SP Setia dan KSL Holdings.

Sementara itu, Perkhidmatan Tren Elektrik Kuala Lumpur-JB Sentral yang baharu telah meningkatkan ketersambungan dalam negeri dan membuka peluang pembangunan di daerah sekitar, sekali gus memberi manfaat kepada Matrix Concepts menerusi perbandaran Bandar Seri Impian miliknya di Kluang.

Dalam PRN diadakan pada 11 Julai, 2026, Barisan Nasional mengekalkan penguasaan di Johor dengan majoriti dua pertiga yang besar, selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi dipertandingkan.

BERNAMA