Mengapa Pelaburan Menggunakan Aplikasi Robo-Pintar Lebih Mudah dan Selamat

BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”), anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad telahpun mengumumkan pelancaran aplikasi BEST Invest, sebuah platform pelaburan atas talian patuh Shariah oleh BIMB Investment yang mampan dengan kegunaan kepintaran robotik.

BEST Invest menyediakan kemudahan buat para pelabur untuk melabur dalam dana unit amanah Shariah-ESG (alam sekitar, sosial, dan pentadbiran) di pasaran global dan domestik. Keunikan aplikasi ini berbanding aplikasi pelaburan digital di Malaysia pada masa ini adalah pelabur boleh mula melabur dengan pelaburan permulaan serendah RM10 termasuk caj jualan sifar ke atas setiap transaksi pembelian unit, penjualan dan penukaran dana unit amanah.

Pelabur-pelabur juga mempunyai kelonggaran untuk melabur dan menjual dana unit amanah pada bila-bila masa.

BEST Invest amat sesuai untuk individu yang berhajat untuk mula melabur dalam dana unit amanah. Segmen yang disasarkan termasuk siswazah, penjawat awam, golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan pertama mereka dengan matlamat pelaburan jangka masa sederhana sehinggalah ke jangka masa panjang, sekitar tiga hingga lima tahun.

Sebagai contoh, pelabur-pelabur hanya perlu menetapkan jumlah dan matlamat pelaburan mereka, antara lainnya, pendidikan anak-anak mereka, perkahwinan atau merancang untuk aktiviti umrah, haji atau percutian bersama keluarga. BEST Invest akan memilih dan mencadangkan  kombinasi dana unit amanah yang sesuai untuk pelabur berdasarkan tahap toleransi risiko pelaburan mereka serta mencadangkan jumlah amaun pelaburan bulanan yang diperlukan bagi memenuhi matlamat pelaburan mereka. Selepas ini, pelabur tidak perlu lagi bimbang tentang pelaburan mereka.

BEST Invest akan mengambil alih tanggungjawab menguruskan  pelaburan mereka dengan menggunakan teknologi kepintaran robotik yang unik bagi mencapai matlamat pelaburan yang telah ditetapkan melalui kaedah “Do it Myself”.

Melalui aplikasi robo-pintar BEST Invest ini, rakyat Malaysia kini mempunyai peluang untuk terlibat secara langsung dan lebih yakin untuk melabur disamping mengelakkan diri mereka dari sindiket penipuan “SCAM” dan terjebak dalam penipuan kewangan yang kini semakin berleluasa. Kini dengan, BEST Invest, ia menyediakan kemudahan atas talian untuk pemegang unit amanah sedia ada dan pelabur-pelabur baru yang berhasrat untuk melabur dalam dana unit amanah, secara elektronik dengan pendaftaran yang pantas dan mudah, sehinggalah kepada melakukan transaksi pelaburan dan penebusan. Persoalan berkaitan nilai pelaburan, transaksi dan maklumat akaun pelaburan mereka dalam dana unit amanah BIMB Investment kini tersedia di dalam satu aplikasi pintar BEST Invest.

Pelaburan yang dahulunya sentiasa dilihat sebagai komitmen yang besar oleh seseorang individu, kini melalui BEST Invest, ianya boleh diakses dengan mudah dan fleksibel serta mampu dimulakan dengan pelaburan serendah RM10, tanpa caj transaksi. Dengan adanya sebuah platform khusus pelaburan seperti BEST Invest, lebih ramai pelabur akan mendapat faedah daripada melabur di dalam unit amanah atas talian yang mudah, diurus selia oleh institusi kewangan islam yang berdaftar serta mempunyai tahap  keselamatan yang dipantau untuk keselesaan penggunanya.

Falsafah Pelaburan BEST Invest

Apa yang membuatkan BEST Invest berbeza dengan aplikasi pelaburan lain adalah peluang pelaburan yang ditawarkan dengan menggabungkan pelaburan patuh Syariah, ESG dan pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab. Pelaburan yang mampan adalah pendekatan pelaburan proaktif yang melangkaui analisis kewangan tradisional termasuk analisa amalan alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) sesebuah syarikat serta langkah seterusnya bagi memastikan ianya mematuhi prinsip Syariah. Data ESG menunjukkan bahawa prestasi kemampanan sebuah syarikat berkaitan rapat dengan kejayaan pengurusan kewangan jangka masa panjang dengan nilai ekonomi dan sosial yang positif.

Berikutan dengan peningkatan kes wabak COVID-19 di Malaysia dan status pasaran saham global yang mengalami kemerosotan, ini telah menjadi satu pengajaran buat mereka yang melabur di dalam pasaran dan mencetuskan kegusaran terutama sekali buat para pelabur yang baru.

Dari perspektif alam sekitar, kita dapat melihat krisis ini memberikan perhatian yang lebih besar terhadap kesan perubahan iklim. COVID-19 telah membuktikan bahawa ketika peperangan antara manusia dan alam semula jadi,  alam semula jadi akan sentiasa menang. Ramai syarikat akan mula memandang serius terhadap masalah alam sekitar dan mula melihat kearah kaedah untuk memperbaiki situasi secara kolektif untuk pembangunan sejagat.

Wabak COVID-19 telah meninggalkan impak besar terhadap cabaran ekonomi dan sosial yang pastinya meningalkan kesan pada generasi masa depan. Kini pelabur mengambil lebih perhatian terhadap peristiwa yang menentukan isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Walaupun rakyat Malaysia berada di rumah kerana perintah kawalan pergerakan, kini mereka mempunyai peluang untuk mula mencapai matlamat atau objektif pelaburan serendah RM10 ke dalam BEST Invest melalui pelaburan terhadap syarikat-syarikat seluruh dunia yang mengambil berat faktor faktor ESG (alam sekitar, sosial, dan pentadbiran).

Dengan menggunakan aplikasi BEST Invest, rakyat Malaysia dapat melabur secara berjadual dengan pelaburan minimum RM10 atau dengan amaun lain yang mereka ingini dan mempelbagaikan dana yang dipilih yang seterusnya memberikan mereka pendedahan kepada peluang pelaburan di serantau mahupun global.

BIMB Investment merupakan pengurus aset Islamik yang didukung sepenuhnya oleh institusi perbankan Islam pertama di rantau Asia yang menjadi penandatangan Prinsip Pelaburan yang Bertanggungjawab yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPRI).

Syarikat ini juga telah dianugerahkan Pengurus Aset ESG Terbaik pada tahun 2019 oleh Anugerah Kewangan The Asset Triple A Islamic 2019, sebuah anugerah dengan pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian pentingnya dalam ESG, pengurusan kemampanan dan aset di Asia.

Untuk memuat turun aplikasi BEST Invest, sila lawati www.bimbinvestment.com.my

Pernyataan Penafian

Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami prospektus dan risalah keterangan produk (PHS), termasuk prospektus tambahan jika ada, sebelum melabur. Jika ada sebarang keraguan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional sebelum melakukan transaksi atas talian.

Mengenai BIMB Investment Management Berhad

BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”), pemateri UNPRI, adalah syarikat pengurusan pelaburan Shariah-ESG yang terkemuka, menyediakan penyelesaian pelaburan Shariah-ESG yang komprehensif merentas pelbagai kelas aset kepada pelabur individu dan korporat di Malaysia dan rantau ini. Anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad dan ahli Kumpulan Syarikat Tabung Haji, BIMB Investment adalah syarikat pengurusan dana Islam berlesen yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan beribu pejabat di Kuala Lumpur dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam pengurusan dana.

Nombor bebas tol: 1-800-88-1196 Laman web: www.bimbinvestment.com.my

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.