Kisah Roti Gardenia Yang Dah Lama Bertapak Dalam Industri Makanan

Zaman berganti zaman, jenama roti Gardenia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Roti lain memang takkan sama dengan Gardenia yang mempunyai rasa yang sedap dan unik.

Sesuai dengan taglinenya, ‘Sungguh enak dimakan begitu saja’.

Roti ini dikatakan merupakan resepi daripada ‘Pak Cik Slocum’ atau ‘Uncle Slocum’. Pasti ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Uncle Slocum ini kan?

Kisah Sejarah Roti Gardenia Dan Siapa Di Sebalik Jenama Ini

Roti Gardenia bermula di Sabah pada tahun 1969 dan kini roti Gardenia amat popular di Semenanjung Malaysia. Nak tahu sejarah penuh Gardenia, kita kena berkenalan dengan IESC terlebih dahulu.

IESC merupakan singkatan kepada International Executive Service Corporation yang merupakan sebuah badan pembangunan ekonomi. IESC berpusat di Amerika Syarikat dan telah diasaskan oleh David Rockefeller.

Penubuhannya bertujuan untuk membangunkan firma perniagaan milik persendirian di seluruh dunia. Ia untuk membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat dunia.

Salah satu idea mereka adalah untuk membina atau membangunkan cabang perniagaan roti di Malaysia pada tahun 1969. Bagi memulakan hasrat tersebut, seorang tukang roti yang berpengalaman telah dihantar ke Malaysia.

Beliau adalah Horatio Sye Slocum iaitu pakar pembuat roti dan pastri.

Slocum sampai di Malaysia dengan dana bantuan IESC dalam memulakan perniagaannya. Di Malaysia, Slocum telah menjalinkan kerjasama dengan ahli perniagaan terkenal di Sabah iaitu Wong Tze Fatt.

Selepas itu Slocum memanggil seorang lagi rakannya iaitu Jim Humphries iaitu pakar pembuat krim pastri. Jadi pengasas asal Gardenia adalah mereka bertiga.

Resepi roti tersebut menjadi kekuatan utama syarikat. Selepas beberapa tahun, mereka telah berkembang dan telah membuka syarikat di Singapura yang dikenali sebagai Gardenia International Pty. Ltd.

Pada ketika itu, mereka mengharapkan pembukaan syarikat di Singapura dapat membantu memperbesarkan pasaran mereka ke seluruh Asia Tenggara. Selepas 2 tahun dibangunkan di Singapura, jenama roti Gardenia ini berjaya mencuri hati warga Singapura.

Pada tahun 1991, Gardenia Bakery milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah membuka perniagaannya di Semenanjung Malaysia. Kalau masuk area Shah Alam, mesti perasan kilang besar tepi highway tu kan?

Kesimpulannya, tanpa Uncle Slocum kita semua takkan dapat menikmati roti yang cukup enak ini. Untuk berjaya seperti Gardenia, kita memerlukan produk atau resepi yang unik dan lain daripada yang lain.

Selepas ini, bila makan roti Gardenia jangan lupa Uncle Slocum ya!

Sumber Rujukan:

  1. https://iluminasi.com
  2. http://suamiisterianak.blogspot.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.