Ralph Wanger, Ikon Pelaburan Syarikat Kecil

Kita ada ramai ikon pelaburan saham yang pakar dalam membuat pelaburan melalui syarikat-syarikat kecil, salah satunya adalah legenda Ralph Wanger.

Jika anda melabur USD10,000 ke dalam dana pelaburannya pada tahun 1970, kemudiannya dana tersebut akan meningkat menjadi USD618,000 pada tahun 1996. Kenaikan 6,080% dalam masa 26 tahun, atau secara puratanya 233.85% setahun.

Sebuah badan pelaburan swasta di Amerika Syarikat telah membuat kajian khusus dengan menemubual sekumpulan pakar pelabur dan mendapati bahawa Ralph Wanger berada di tempat teratas, mengalahkan ikon pelabur seperti Warren Buffett.

Menurut beliau, adalah lebih menguntungkan untuk melabur ke dalam sesebuah syarikat yang mempunyai margin yang lebih besar. Sebagai contoh, adalah lebih elok jika kita melabur ke dalam syarikat yang membangunkan perisian permainan video, berbanding melabur ke dalam syarikat yang membangunkan mesin permainan video.

Tambah beliau lagi, contoh yang paling jelas bagi menggambarkan idea pelaburan beliau adalah Bill Gates. Ini disebabkan Bill Gates mencipta kekayaan kerana hasil beliau melabur ke dalam syarikat Microsoft yang menjadi tunjang utama sistem operasi komputer di seluruh dunia.

Jika Bill Gates hanya menumpukan kepada pembinaan komputer sahaja, beliau tidak akan sampai di tahap yang beliau ada hari ini.

Memilih Syarikat Kecil Dengan Potensi Tinggi Untuk Berjaya

Kunci utama kejayaan Ralph Wagner adalah dengan memilih syarikat kecil yang mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya.

Contohnya beliau akan memilih syarikat kecil yang lebih ke hadapan berbanding pesaingnya daripada segi strategi pemasaran. Menurut beliau lagi, walaupun beliau mempunyai minat tinggi terhadap pelaburan ke dalam syarikat-syarikat kecil, namun syarikat tersebut seharusnya tidak terlalu kecil daripada sudut modal dan kewangan.

Selain daripada itu, kepimpinan yang tinggi juga merupakan kriteria utama untuk beliau melabur ke dalam syarikat kecil.

Beliau turut berpendapat bahawa syarikat kecil mempunyai potensi untuk berjaya yang lebih besar berbanding syarikat besar.

Contohnya syarikat perisian komputer mampu memperolehi 3 kali ganda keuntungan pada tahun akan datang, tetapi syarikat permotoran gergasi sangat sukar untuk menggandakan hasil jualan mereka pada tahun yang akan datang.

Kredit Gambar: Amazon

Dalam karya penulisan beliau yang bertajuk A Zebra in Lion Country, Ralph Wanger membuat rumusan mengenai keseluruhan pandangan atau idea peribadi beliau berkaitan pelaburan, iaitu melabur ke dalam syarikat kecil adalah cara yang paling pantas untuk meningkatkan potensi kejayaan pelaburan.

Dalam sejarah negara Amerika Syarikat ketika mula-mula membangun dulu, syarikat-syarikat gergasi yang membina landasan kereta api telah menghadapi masalah kewangan sehingga menyebabkan kebanyakannya daripada mereka hampir muflis.

Pelabur yang melabur ke dalam syarikat hartanah contohnya di Chicago pula, akan meraih keuntungan yang tidak terhingga. Bayangkan jika kita melabur ke dalam syarikat gergasi pembinaan landasan kereta api tersebut, semestinya kita juga akan mengalami kerugian yang sama dengan mereka.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.