6 Cara Nak Kenalpasti Sesuatu Pinjaman Itu Adalah Skim Penipuan

Mana ada orang diri sendiri kena tipu? Terutama sekali dalam hal yang berkaitan dengan duit.

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 6 tips untuk kenalpasti adakah wujud unsur penipuan dalam pinjaman yang ingin anda pohon tersebut.

1. Kena Bayar Wang Pendahuluan

Hati-hati jika ejen atau pegawai daripada agensi kewangan itu meminta kita bayar apa-apa wang pendahuluan dalam proses mendapatkan pinjaman. Ini bermakna kita sedang ditipu.

Institusi pinjaman wang yang sah tidak akan meminta peminjam untuk membayar apa-apa yuran permohonan. Dan menjadi satu kesalahan sekiranya mereka berbuat demikian.

Selalunya mereka akan beri alasan bahawa bayaran ini adalah disebabkan rekod CCRIS kita yang kurang cantik. Sekiranya memang terdapat bayaran yang perlu anda lakukan untuk proses pinjaman, bayaran itu sepatutnya akan dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman yang kita pohon. Jadi secara logiknya, kita tak perlu bayar duit kepada mereka sewaktu proses permohonan pinjaman dibuat.

2. Perlu Beri Kad ATM / Kad Debit

Ini lagi bahaya! Mereka ini mungkin akan meminta duit daripada kita sebaik sahaja pinjaman diluluskan. Kad ATM/ Debit kita pula diserahkan dan berada di tangan mereka, jadi senanglah mereka untuk mengeluarkan duit daripada akaun kita sesuka hati.

Selagi bayaran pinjaman tidak habis dilunaskan, selagi itulah kad bank kita berada dalam tangan mereka.

3. Jumlah Pinjaman Lebih Daripada Yang Dipohon

Satu lagi taktik popular yang dilakukan para penipu ini adalah menghubungi kita melalui emel atau panggilan telefon. Mereka cuba menarik minat kita dengan tawaran pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.

Bagi yang memang ingin memohon pinjaman pula, berhati-hati sekiranya mereka menawarkan jumlah pinjaman lebih daripada apa yang kita pohon. Pastikan kesahihan tawaran ini sebelum kita meneruskan dengan proses pinjaman.

4. Tawaran Terlalu Bagus

Setiap orang pasti akan tertarik dengan tawaran kadar faedah yang rendah, jaminan wang tunai dan juga kelulusan 100%. Tetapi kita perlu ingat, semua pemberi pinjaman mahukan kembali wang mereka. Sebab itulah bank amat berhati-hati untuk meluluskan sesuatu pinjaman.

Mereka akan menilai pelbagai aspek seperti kemampuan pemohon untuk membayar balik pinjaman dan juga skor kredit pemohon pinjaman. Kalaulah pemberi pinjaman itu beriya-iya ingin memberikan pinjaman kepada kita tanpa menilai rekod kredit dan juga kemampuan kita untuk membayat balik pinjaman, maksudnya ada benda yang tak kenalah tu.

5. Now Or Never

Ada juga penipu yang menggunakan taktik ‘tawaran istimewa’ untuk menarik minat kita sebagai bakal peminjam. Kemudian mereka akan memujuk kita untuk segera bersetuju untuk menjadi bakal peminjam, kononnya jika kita lambat bertindak ‘tawaran istimewa’ tersebut akan berakhir.

Abaikan mereka! Loan merupakan satu komitmen kewangan yang tinggi. Kita tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat sebarang keputusan. Pastikan duli dengan siapa yang kita sedang berurusan itu.

6. Pihak Yang Mencurigakan Ingin Meminta Maklumat Peribadi

Bukan semua penipu ini mahukan duit kita. Ada yang menyamar sebagai wakil bank atau syarikat pinjaman terkemuka yang menghubungi anda melalui telefon, emel atau media sosial untuk meminta maklumat peribadi kita.

Jika kita pernah menerima panggilan seperti ini, jangan layan! Mereka cuma mahu mencuri identiti kita untuk digunakan bagi tujuan tertentu.

Jadi jangan mudah terpedaya dengan memberikan salinan kad pengenalan, lesen memandu atau maklumat mengenai akaun bank kita kecuali kita tahu untuk apa dan kepada siapa maklumat peribadi tersebut akan diberikan.

Jika kita dapati terdapat ciri-ciri di atas semasa ingin membuat permohonan pinjaman dengan mana-mana syarikat pinjaman, lebih baik kita batalkan saja niat tersebut. Lebih baik berwaspada takut nanti menyesal pula di kemudian hari.

Sumber Rujukan: Direct Lending

Kalau dah terdesak sangat dan perlukan pinjaman segera, baca dulu 5 Situasi Yang Membenarkan Anda Mengambil Pinjaman Peribadi dan 7 Kesilapan Biasa Anda Perlu Elakkan Semasa Memohon Pinjaman Peribadi.

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA