Bayar Hutang Atau Buat Simpanan, Mana Lebih Penting?

Membayar hutang dan membuat simpanan sememangnya sangat penting bagi setiap individu. Mungkin ia boleh bergantung kepada situasi masing-masing, tetapi mana satu yang lebih penting? 

Mungkin kita akan menerima pelbagai jawapan yang berbeza dari pihak penasihat kewangan mengenai hutang dan simpanan.

Kebanyakan daripada kita akan melakukan kedua-duanya, bayar hutang dan menyimpan.  Tetapi terdapat beberapa faktor untuk dipertimbangkan apabila memutuskan yang mana lebih penting. 

Tidak dapat dinafikan bahawa ia merupakan salah satu cabaran yang besar untuk memilih antara membayar hutang dan membuat simpanan. Baiklah, dalam entri kali ini kami akan kongsikan mengenai bayar hutang atau buat simpanan, mana lebih penting?

1. Kebaikan Membayar Hutang

Sebelum kita masuk kepada topik utama, harus kita fahami kenapa perlu membayar hutang dan apa kebaikannya. Ia penting kerana dapat mengurangkan jumlah faedah yang dibayar dari masa ke semasa. Justeru dengan membayar hutang juga dapat membantu masalah kewangan yang besar seperti kad kredit dengan faedah tinggi. Selain itu, skor kredit kita juga akan meningkat.

Kebaikan membayar hutang yang kedua pula adalah ia dapat menghilangkan beban yang terpaksa ditanggung. Perlu diketahui, emosi juga akan menjadi lebih stabil kerana beban hutang sudah hilang. Selain itu, tahap kesihatan mental kita juga tidak akan terganggu.

Kebaikan terakhir dalam membayar hutang adalah anda boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada matlamat kewangan yang lain. Jadi, segala perancangan dan impian anda dapat direalisasikan dengan ketiadaan hutang.

2. Kebaikan Membuat Simpanan

Anda juga perlu ketahui tentang kebaikan membuat simpanan sebelum kita beralih kepada topik utama. Kebaikan yang diperoleh dalam membuat simpanan adalah dapat membantu menyelesaikan masalah kewangan jika terjadi situasi yang tidak dapat dijangka. 

Antara situasi yang tidak dapat dijangka adalah kemalangan, kerosakan harta benda dan juga masalah kesihatan. Apabila mempunyai wang simpanan, anda tak pening kepala fikirkan bagaimana cara mendapatkan wang lagi untuk tampung hal yang sepatutnya.

Selain itu, membuat simpanan juga dapat membawa anda berusaha dalam mencapai matlamat yang diingini. Jadi, matlamat ini dapat direalisasikan tanpa perlu berhutang ataupun membuat hutang yang baru. Perlu diingatkan juga, semakin banyak anda membuat simpanan, maka semakin baik kehidupan anda kelak.

Bayar Hutang Atau Buat Simpanan, Mana Lebih Penting?

Dalam memilih untuk membayar hutang atau membuat simpanan, boleh dikatakan kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing dalam kehidupan kita. Mungkin ada dalam kalangan kita memerlukan untuk membayar hutang terlebih dahulu dan ada juga yang memerlukan untuk membuat simpanan terlebih dahulu.

Namun, untuk membantu anda dalam memilih yang mana lebih penting, cuba lihat beberapa point ini:

1. Fikir Mengenai Situasi Pekerjaan Yang Dilakukan

Jika pekerjaan anda tidak memberikan keselesaan kepada anda, anda harus mengutamakan simpanan kecemasan. Ini kerana jika anda membayar hutang secara agresif, kemudian kehilangan pekerjaan. Anda tidak akan mempunyai simpanan walaupun anda tidak mempunyai hutang. 

Sekiranya anda mempunyai simpanan, ia boleh membantu anda mengelakkan daripada terjerumus dalam hutang sekiranya berlaku penutupan tempat kerja atau jika diberhentikan kerja.

2. Tentukan Jumlah Simpanan Yang Perlu Dibuat

Bagi menentukan jumlah yang diperlukan dalam membuat simpanan, biasanya simpanan tersebut haruslah mampu menampung 6 bulan kehidupan anda tanpa gaji. Jika ia tidak dapat menampung 6 bulan kehidupan anda, maka teruskan lagi untuk membuat simpanan. Apabila cukup jumlahnya, barulah anda boleh membayar hutang yang ada secara agresif. 

3. Kenal Pasti Jenis Hutang Yang Ada

Sesetengah hutang mempunyai kadar faedah yang sangat tinggi. Bagi anda yang mempunyai hutang dengan faedah yang tinggi perlu mengutamakan membayarnya. Namun, sekiranya jumlah hutang tersebut agak kecil, maka anda boleh mempertimbangkan untuk tidak terlalu mendesak membayarnya jika simpanan bulanan anda rendah. Jadi, simpanan bulanan juga perlu diteruskan walaupun jumlahnya RM5 sebulan.

Akhir kata, mempunyai hutang dalam jangka masa yang panjang adalah tidak wajar, kerana ia boleh menghalang kemajuan anda ke arah matlamat kewangan. 

Pada masa yang sama, anda juga tidak perlu melengahkan masa untuk membuat simpanan. Fikir dengan bijak dalam menentukan mana satu lebih penting dalam meningkatkan tahap kewangan anda untuk lebih baik lagi.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

LHDN Kenal Pasti 14,858 Pemastautin Cukai Malaysia Dengan Baki Akaun Kewangan Luar Negara Lebih RM10 bilion

Dalam dunia hari ini, duit boleh bergerak ke mana-mana. Akaun bank di luar negara, pelaburan offshore, simpanan di lokasi yang orang selalu anggap “selamat” dan eksklusif seperti Cayman Islands, Bahamas dan Bermuda… semua itu bukan lagi perkara pelik untuk golongan tertentu.

Ada yang simpan cash dalam akaun luar negara.
Ada yang “park” dalam pelaburan (saham, bon, unit trust, kripto).
Ada juga yang beli rumah atau hartanah di luar negara.
Dan ada yang lebih “kemas” tak guna nama sendiri pun, sebaliknya pegang melalui akaun syarikat atau jadi pemegang amanah (trustee/nominee) untuk akaun orang lain.

Namun, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) kini mendedahkan satu dapatan besar.


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengenal pasti 14,858 orang pemastautin cukai Malaysia dengan jumlah keseluruhan baki akaun kewangan luar negara melebihi RM10 bilion, namun tidak mengemukakan pelaporan cukai melalui Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Dalam kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan pengesanan itu dibuat hasil pertukaran maklumat akaun kewangan antarabangsa melibatkan kerjasama dengan lebih 100 negara, sejajar usaha memperkukuh pematuhan cukai serta menangani isu pelarian cukai rentas sempadan.

Lebih menarik, akaun kewangan luar negara yang dikenal pasti ini bukan berada di satu dua lokasi biasa, sebaliknya tertumpu di pusat kewangan utama dunia seperti Luxembourg, Hong Kong, Guernsey, Cayman Islands, Bahamas dan Bermuda. Nama-nama yang sering dikaitkan dengan akaun luar pesisir dan simpanan bernilai tinggi.

LHDN turut menasihatkan pemastautin cukai Malaysia yang mempunyai pendapatan belum dilaporkan, termasuk pendapatan yang berkait akaun kewangan luar negara, supaya segera tampil secara sukarela bagi membuat pelaporan dan pematuhan sewajarnya.

Ini kerana kegagalan melaporkan pendapatan boleh mengundang penalti serta tindakan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

“LHDN komited untuk terus mentadbir sistem percukaian negara secara telus, berintegriti dan profesional, selaras dengan piawaian percukaian antarabangsa.

“Dengan pendekatan berstrategi dan kerjasama semua pihak, LHDN akan terus memperkukuh tadbir urus percukaian negara demi kepentingan rakyat dan pembangunan negara,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas mengenai perkara itu boleh hubungi HASiL contact centre menerusi talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (luar negara), HASiL live chat dan borang maklum balas menerusi laman rasmi https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/.

Sumber: BERNAMA

Sebenarnya isu ini bukan perkara baharu. LHDN sebelum ini juga pernah melaporkan dapatan berkaitan pemilikan akaun kewangan luar negara, termasuk sekitar tahun 2019 dan 2024. Namun kali ini, pendedahan terbaharu menunjukkan skala yang lebih jelas melibatkan ribuan individu dan jumlah keseluruhan baki akaun berjumlah melebihi RM10 bilion.