Penambahbaikan SST Dijangka Jana Hasil RM51.7 Billion Pada 2025 – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Penambahbaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Mei, 2025, dianggar menjana hasil sebanyak RM51.7 billion pada 2025, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata unjuran itu menunjukkan peningkatan jangkaan sebanyak RM5 billion daripada unjuran kutipan SST semasa sebanyak RM46.7 billion.

“Daripada jangkaan tambahan RM5 bilion tersebut, RM2.2 bilion adalah daripada kutipan cukai jualan, manakala RM2.8 bilion daripada kutipan cukai perkhidmatan.

“Tambahan hasil ini memadai untuk menampung keperluan kerajaan sekarang dan dalam masa yang sama tidak membebankan rakyat berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Amir Hamzah berkata skop cukai perkhidmatan pula akan diperluas bagi meliputi pembekalan perkhidmatan komersial antara perniagaan atau perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang pada masa ini tidak dikenakan cukai.

Katanya, peluasan SST adalah lebih progresif kerana struktur dan kaedah peluasan SST mengambil kira kemampuan ekonomi rakyat serta kesan terhadap golongan berpendapatan rendah.

“Peluasan SST memberi fokus kepada kenaan cukai ke atas barang dan perkhidmatan tertentu supaya makanan dan perkhidmatan asas yang tidak tertakluk kepada kenaan SST.

“Oleh itu, ia tidak memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada barang dan perkhidmatan asas,” katanya.

Menurutnya, peluasan skop kenaan cukai dan semakan semula kadar SST dengan pendekatan secara progresif ini sejajar dengan pengukuhan kedudukan fiskal.

“Sebahagian hasil cukai tambahan daripada langkah penambahbaikan SST akan dimanfaat untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak serta meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan,” katanya.

— BERNAMA

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama korang. Bila faham isi kandungan buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain!

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak ketenangan, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini. Misi kami agar dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat dalam bidang kewangan dan pelaburan.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Sistem e-Invois LHDN Capai 106,000 Pengguna, Nilai Transaksi Lebih RM675 Juta

PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) – — Pelaksanaan Sistem e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus menunjukkan pencapaian memberangsangkan apabila merekodkan lebih 106,000 pembayar cukai dengan transaksi berjumlah lebih RM675 juta, setakat ini.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata sistem itu merupakan langkah besar ke arah pendigitalan menyeluruh yang bukan sahaja meningkatkan kecekapan, tetapi turut memperkukuh ketelusan dan integriti sistem percukaian negara.

“Pelaksanaan e-Invois adalah satu langkah besar ke arah digitalisasi menyeluruh. Ia bukan sekadar memodenkan proses percukaian, tetapi juga membina keyakinan rakyat terhadap kecekapan serta ketelusan pentadbiran hasil negara,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Sambutan Hari Inovasi dan Integriti 2025 LHDN di Menara Hasil Cyberjaya, Selangor, yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Pada masa sama, Lim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga LHDN atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan sistem percukaian negara terus berfungsi dengan cekap serta berintegriti.

Selain itu, beliau menyifatkan kejayaan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri (STS) duti setem yang akan bermula 1 Januari 2026 sebagai satu lagi bukti inovasi progresif LHDN.

Melalui sistem itu, pembayar duti diberi kepercayaan menaksir sendiri kadar dan amaun duti, sekali gus mempercepat urusan serta menjimatkan masa pelanggan.

Beliau juga menekankan bahawa nilai inovasi dan integriti perlu sentiasa digerakkan seiring bagi membentuk perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi dan dipercayai oleh rakyat.

“Inovasi tanpa integriti boleh membawa kepada penyalahgunaan manakala integriti tanpa inovasi boleh menyebabkan kita ketinggalan. LHDN telah membuktikan kedua-duanya boleh bergerak seiring dan berani mencuba perkara baharu sambil kekal berpaksikan nilai amanah dan tanggungjawab,” katanya.
— BERNAMA