Kisah Instafamous Antarabangsa Didakwa Melakukan Pengubahan Wang Haram (Money Laundering)

Sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua…

Itulah pepatah sesuai yang menggambarkan tentang penangkapan besar-besaran kumpulan sindiket Macau Scam yang sangat licik dalam sejarah penipuan di Malaysia. Kumpulan ini dipercayai telah menipu sebanyak RM400 juta duit mangsanya yang terdiri daripada warga emas dan juga golongan pesara.

Kumpulan ini dipercayai menggunakan artis popular di tanah air untuk meyembunyikan kegiatan haram mereka. Mereka berselindung di sebalik perniagaan sah milik artis terkenal untuk mencuci duit haram mereka.

Kredit Gambar: Astro Awani

Jika Macau Scam merupakan tangkapan terbesar bagi penjanayah penipuan di negara kita pada tahun ini, kisah Ramon Abbas pula boleh dikatakan kisah penangkapan terbesar bagi scammer di peringkat antarabangsa.

Kisah Ramon Abbas ini sama seperti Macau Scam tetapi melibatkan jenayah di peringkat antarabangsa yang telah menipu pelbagai mangsa di seluruh dunia. Beliau juga dikenali sebagai Ray Hushpuppi di kalangan pengikut media sosialnya.

Ramon Abbas merupakan warganegara Nigeria yang dilahirkan di dalam keluarga miskin di Lagos. Bapanya merupakan seorang pemandu teksi manakala ibunya seorang penjual roti. Beliau yang bosan dengan kehidupannya yang miskin itu dan mula berjinak-jinak dengan dunia jenayah ketika usianya masih lagi remaja.

Kredit Gambar: CNN

Disebabkan Nigeria merupakan negara yang terkenal dengan jenayah siber, ianya telah memudahkan Ramon Abbas untuk belajar daripada penjenayah senior mereka. Beliau turut menjadikan Afrika Selatan sebagai markas untuk kegiatannya.

Beliau kemudiannya telah melebarkan lagi empayarnya ke benua lain. Di antara negara yang terlibat adalah negara Amerika Syarikat, England, Romania dan Emiriah Arab Bersatu.

Beliau ditangkap oleh pihak berkuasa FBI dengan kerjasama polis Dubai pada bulan Julai tahun ini dengan rampasan yang sangat besar. Ramon Abbas dipercayai merancang untuk menipu di dalam Liga Perdana Inggeris dengan penipuan berjumlah $124 juta tetapi tidak berjaya kerana telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Bagaimana Ramon Abbas Tertangkap?

Sama seperti pengasas Macau Scam di Malaysia, kehidupan Ramon Abbas ini seperti seorang selebriti di benua Afrika. Beliau yang mempunyai pengikut seramai 2.5 juta orang di Instagram dan sering menunjukkan kemewahan yang luar biasa. Beliau selalu memakai pakaian jenama mewah seperti Louis Vuitton, Fendi dan Gucci.

Beliau juga sering bersantai menggunakan bot mewah dan tinggal di Hotel Palazzo Versace Dubai yang merupakan hotel kegemaran para jutawan. Kemewahan yang ditonjolkan oleh Ramon Abbas ini telah menarik perhatian pihak FBI untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai dirinya.

Ramon Abbas yang mendakwa beliau seorang ejen hartanah mewah walaupun dia tidak pernah menunjukkan syarikatnya dengan jelas.

Kredit Gambar: Daily Mail UK

Pihak FBI yang melakukan siastan terperinci tentang kewangan Ramon Abbas akhirnya mendapati beliau merupakan seorang scammer di peringkat antarabangsa. Setelah ditangkap pada bulan Julai yang lalu, beliau bakal didakwa di atas kesalahan melakukan money laundering. Beliau juga telah berjaya mencuri wang daripada Bank Valletta sebanyak $14.7 juta pada tahun lepas.

Peguam yang mewakili Ramon Abbas, Gal Pissetzky telah menafikan dakwaan pihak berkuasa mengenai jenayah yang dilakukan oleh anak guamya itu. Beliau turut mengatakan bahawa anak guamnya itu merupakan seorang duta untuk produk terkenal seperti Louis Vuitton dan Gucci.

Pihak berkuasa telah merampas wang sebanyak $41 juta, 13 buah kereta mewah yang bernilai $6.8 juta, komputer dan telefon pintar yang mengandungi bukti 100,000 failjenayah serta sebanyak 2 juta alamat yang dipercayai mangsa yang bakal ditipu.

Kredit Gambar: Sky News

Jika disabit kesalahan, Ramon Abbas boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun. Kini, Ramon Abbas telah ditahan oleh  pihak berkuasa Amerika Syarikat dan bakal dibicara di negara tersebut. Kes ini masih lagi di dalam perbicaraan.

Sumber Rujukan:

Baca juga Kisah Cuci Duit (Money Laundering) Di Malaysia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA