Majikan Gagal Mencarum KWSP? Apa Nak Buat?

Majikan diwajibkan untuk membuat bayaran caruman KWSP mengikut kadar semasa yang telah dinyatakan di dalam Akta KWSP 1991 dan Peraturan Dan Kaedah KWSP 1991. Jika anda gagal berbuat demikian anda tertakluk kepada penalti yang disenaraikan di bawah.

KesalahanPenalti
1. Kegagalan mendaftar dengan KWSP sebagai majikan dalam masa 7 hari setelah mengambil pekerja.

2. Kegagalan membayar caruman KWSP pada atau sebelum 15hb.

3. Kesalahan memberi penyataan palsu secara lisan atau bertulis.
Penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.
4. Memotong caruman syer pekerja daripada gaji pekerja dan gagal membayar kepada KWSP.Penjara tidak lebih 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
5. Kegagalan memaklumkan KWSP dalam tempoh 30 hari dari tarikh tiada pekerja.

6. Kegagalan menyedia dan memberikan slip gaji kepada pekerja.
Penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.
Sumber : Pematuhan & Penguatkuasaan KWSP

KWSP harus mengemukakan nama pengarah syarikat kepada Jabatan imigresen untuk menghalang mereka daripada meninggalkan negara sebelum menjelaskan tunggakan caruman KWSP sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991.

Ahli KWSP juga dinasihatkan supaya sentiasa menyemak akaun KWSP bagi memastikan caruman KWSP dibuat dan sekiranya terdapat sebarang keraguan dalam akaun itu mereka perlu melaporkan segera kepada mana-mana pejabat KWSP terdekat. Baca juga Belum Sempat Mendaftar i-Akaun KWSP? Boleh Guna Cara Ini Di Rumah.

Tahun lepas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menubuhkan pasukan khas bagi memburu 16,575 majikan yang gagal melunaskan caruman kepada 144,225 pekerja melebihi tiga bulan ke atas bernilai RM774 juta.

Jika ada majikan yang gagal mencarum, mohon pihak pekerja membuat aduan di kaunter KWSP berdekatan agar tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap majikan.

Mohon bawa bersama dokumen berikut untuk berurusan:

  • Borang KWSP 1879 yang telah dilengkapkan
  • Surat tawaran kerja
  • Slip-slip gaji yang menunjukkan potongan caruman KWSP
  • Salinan MyKad

Pekerja juga boleh failkan aduan secara online di laman web KWSP.

Baca juga Daftar Akaun KWSP Anak Anda Berumur 14 Tahun Dan Ke Atas, Terima Insentif Kerajaan RM250 Setahun

Previous ArticleNext Article

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA