Mattel, Syarikat Permainan Popular Yang Penuh Dengan Kontroversi

Sebut sahaja Barbie, pastinya ramai yang mengenali patung permainan tersebut terutamanya kanak-kanak perempuan. Ianya begitu popular terkenal dengan dijual ke hampir 140 buah negara.

Syarikat yang bertanggungjawab dalam menghasilkan patung permainan kanak-kanak ini adalah Mattel, yang telah diasaskan oleh tiga orang iaitu Harold Matson, Elliot Handler dan Ruth Handler pada pertengahan tahun 1945.

Kredit Gambar: Daily Breeze

Harold Matson kemudiannya telah menjual sahamnya kepada Elliot Handler dan Ruth Handler yang merupakan pasangan suami isteri. Permainan pertama mereka adalah alat muzik ukulele yang diletakkan dalam kotak muzik.

Sambutan yang diterima sangat baik di dalam pasaran dan Mattel semakin berkembang pada dekad 1950-an.

Antara pendekatan pemasaran yang dilakukan adalah melalui kerjasama dengan syarikat gergasi hiburan, Walt Disney yang telah membayar wang besar untuk menjadikan permainan yang dikeluarkan oleh mereka  digunakan oleh watak kartun keluaran Walt Disney.

Syarikat ini mula terkenal apabila mereka memperkenalkan anak Patung Barbie pada tahun 1959. Ruth Handler mendapat ilham untuk mencipta anak patung tersebut ketika memerhatikan anak perempuannya bermain dengan patung kertas berbentuk dua dimensi.

Beliau kemudiannya mendapat idea untuk menghasilkan patung berbentuk tiga dimensi yang dikenali sebagai Barbie sempena mengambil nama anak perempuannya yang bernama Barbara. Ciptaannya itu telah dipelbagaikan lagi dengan memperkenalkan baju berbeza-beza untuk patung tersebut.

Kredit Gambar: LA Times

Patung Barbie merupakan patung  pertama yang memperkenalkan fesyen dalam permainan kanak-kanak.

Sambutan yang diterima oleh Mattel amat luar biasa dan dalam tempoh yang singkat, mereka telah berjaya mendapat jualan yang sangat menakjubkan.

Syarikat ini kemudiannya telah mengapungkan saham mereka ke pasaran saham Amerika Syarikat pada tahun 1960 dan menjadikan pengasas pasangan suami isteri ini kaya-raya.

Kredit Gambar: Buy Motorious

Dari tahun ke tahun, syarikat ini memperkenalkan permainan yang baru dan salah satu permainan yang popular yang menjadi kegilaan pada akhir tahun 1960-an adalah permaian Hot Wheels.

Permainan ini menjadi kegilaan kepada pengumpul kenderaan mini yang kebanyakannya adalah golongan dewasa yang menjadikan koleksi kenderaan sebagai perhiasan.

Kontroversi Yang Melanda Mattel

Antara kontroversi yang terawal melanda syarikat in adalah pada tahun 1971, apabila telah menipu pemegang saham mereka dengan mengubah financial statement syarikat.

Perkara ini terjadi apabila kilang permainan yang menghasilkan produk mereka terbakar dan mereka telah kekurangan bekalan permainan tetapi mereka tetap meletak pesanan pelanggan mereka sebagai unit jualan untuk syarikat tersebut.

Pihak SEC (Securities and Exchange Commission) mendapati syarikat ini telah menipu mengenai jumlah jualan mereka dan akhirnya syarikat ini telah didenda. Ruth Handler kemudiannya menyalahkan Seymour Rosenberg yang merupakan Executive Vice President syarikat pada ketika itu di dalam skandal tersebut.

Para pelabur telah mendesak supaya Elliot Handler dan Ruth Handler meletakkan jawatan dan akhirnya mereka akur dan bersetuju untuk meninggalkan syarikat tersebut.

Pada tahun 2007 pula, syarikat ini telah memanggil sebanyak 9 juta permainan di pasaran disebabkan produk tersebut telah dicemari dengan bahan merbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak yang bermain dengannya.

Dalam kes ini ,Mattel menyalahkan syarikat dari China yang menjadi pembuat barangan permainan mereka kerana tidak mematuhi standard yang ditetapkan oleh syarikat mereka.

Yang terbaru pada tahun lepas, pihak SEC turut menyiasat kedudukan kewangan syarikat ini kerana ada whistleblower yang memberi maklumat tentang kepincangan akaun syarikat.

Setakat ini, kes masih lagi di dalam siasatan dan tindakan tegas bakal dikenakan sekiranya Mattel didapati bersalah dalam memalsukan financial statement syarikat.

Sumber Rujukan:

Tahukah anda bahawa saham syarikat Mattel boleh dibeli di pasaran saham Nasdaq?

Sumber: Trading View

Boleh tahan juga harga saham Mattel yang telah meningkat sebanyak 26% sepanjang tahun ini.

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti FacebookGoogleTesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
 Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.