Adakah Overdraf Itu Patuh Syariah Atau Tidak?

Sebelum ini, kami ada bercerita tentang Kemudahan Overdraf – Bagus Atau Tidak? Bagi mereka yang masih blur-blur, secara ringkasnya overdraf adalah ialah lanjutan kredit yang diakses melalui akaun semasa.

Biasanya, pelanggan hanya dapat mengeluarkan wang yang berada di dalam akaunnya tetapi dengan kemudahan overdraf, pelanggan boleh mengeluarkan lebih daripada yang terdapat di dalam akaun semasa, sehingga had kredit yang ditetapkan.

Dalam erti kata lain, kita gunakan duit bank untuk kegunaan sendiri (Teknik OPM)

Untuk mengupas isu overdraf patuh Syariah atau tidak, kita ikuti perkongsian Tuan Ahmad Zairul. Beliau mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam bidang keusahawanan dan pelaburan dan kepakaran beliau adalah di dalam menawarkan perkhidmatan Perunding Kewangan, Penasihat Cukai, Penasihat Pelaburan, Pengurusan Hartanah, Perakaunan & Audit dan Setiausaha Syarikat.

Dalil Berkenaan Gadaian

Hadits Ar Rahn (Gadai)

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْتَرَى طَعَامًا مِنْ يَهُودِيٍّ إِلَى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا مِنْ حَدِيدٍ

“Sesungguhnya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membeli bahan makanan dari seorang yahudi dengan cara berhutang, dan beliau menggadaikan baju besinya.” (Hr. Al-Bukhari no. 2513 dan Muslim no. 1603). 

ﺍﻠﺭﻫﻥﹸﻴﺭﻜﺏﹸﺒﻨﻔﻘﺘﻪﹺﺇﺫﹶﺍﻜﺎﻥﹶﻤﺭﻫﻭﻨﺎﹰﻭﻟﺒﻥﹸﺍﻟﺩﱠﺭﱢﻴﺸﺭﺏﹸﺒﻨﻔﻘﺘﻪﹺﺇﺫﺍﻜﺎﻥﹶﻤﺭﻫﻭﻨﺎﹰﻭﻋﺎﻰﺍﻠﺫﻱ ﻴﺭﻜﺏﹸﻭﻴﺸﺭﺏﹸﺍﻠﻨﻔﻘﺔﹸ

“Binatang tunggangan boleh ditunggangi sebagai imbalan atas nafkahnya (makanannya) bila sedang digadaikan, dan susu binatang yang diperah boleh diminum sebagai imbalan atas makanannya bila sedang digadaikan. Orang yang menunggangi dan meminum susu berkewajiban untuk memberi makanan.”(Hr. Al-Bukhari, no.2512).

Penjelasannya

Hadits di atah jelas menggambarkan fakta sejarah bahawa pada zaman Rasulullah SAW, gadai telah diamalkan secara luas. Hadits pertama menegaskan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan hutang dengan orang Yahudi untuk bahan makanan. Kemudian beliau menggadaikan (menjaminkan) baju besinya sebagai penguat kepercayaan transaksi tersebut.

Hadits kedua pula kita dapat lihat bagaimana Rasulullah SAW telah menegaskan akan hak dan kewajipan bagi pihak-pihak yang terlibat dalam melakukan akad gadai.

Hal-hal tersebut merupakan landasan hadits yang cukup kuat bahwa gadai adalah sesuatu yang dianggap sah.

4 Syarat Gadaian

Untuk menggadaikan sesuatu, ianya perlu mematuhi 4 syarat tersebut:

  1. Ar-rahn atau al-marhun (Barang gadaian)
  2. Al-marhun bih (Hutang)
  3. Aqidain (Dua pihak yang bertransaksi) iaitu Rahin (Orang yang menggadaikan) dan Murtahin (Pemberi hutang)

1. Syarat berkenaan dengan Al-marhun (Barang gadaian)

  • Barang gadaian itu berupa barang berharga yang dapat menutupi hutangnya, sama ada barang atau nilai barang tersebut ketika si peminjam tidak mampu melunaskan hutangnya
  • Barang gadaian tersebut adalah milik orang yang manggadaikannya atau yang diizinkan baginya untuk menjadikannya sebagai jaminan gadai
  • Barang gadai tersebut harus diketahui ukuran, jenis, dan sifatnya, kerana Ar-rahn adalah transaksi atau harta

2. Syarat berkenaan dengan Al-marhun bih (Hutang) adalah hutang yang wajib atau yang akhirnya menjadi wajib

  • Hak yang wajib dikembalikan kepada Pemberi hutang
  • Hutang boleh dilunaskan dengan barang gadaian
  • Hutang itu jelas dan tertentu

3. Akad

Syarat yang terkait dengan ijab qabul; ucapan serah terima disyaratkan; harus ada kesinambungan di antara ucapan penyerahan (ijab) dan ucapan penerimaan. Kalau sekarang, kita akan tandatangan kontrak atau adanya black and white di antara Rahin (Orang yang menggadaikan) dan  Murtahin (Pemberi hutang)

Sumber Rujukan: AhmadZairul.com

Wajib Pilih Overdraf Patuh Syariah

Sekarang kita dah tahu dalil berkenaan adanya overdraf yang patuh Syariah, sebagai orang Islam kita wajib untuk memilih overdraf yang patuh Syariah. Wajib sokong produk Kewangan Islam dan menjauhkan diri daripada najis yang dikenali sebagai Riba.

Eh kejap, dah tahu apa itu overdraf dari sudut Syariah, tapi apa pula kegunaan dan kelebihan overdraf ni?

Itu kena berguru dengan tuan punya badan, iaitu Tuan Ahmad Zairul yang merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat AZ GROUP of Companies. Beliau juga merupakan Pengasas Komuniti Pejuang Usahawan (Nasihat Usahawan) dan Presiden Komuniti International Maqasid Syariah Fighter (Memperjuangkan Ilmu Maqasid Syariah di Peringkat Antarabangsa)

Banyak ilmu berkaitan dikongsi di laman web Pejuang Usahawan dan Ahmad Zairul.com. Sila follow beliau di Facebook.

Dan yang terkini, beliau kongsikan Bagaimana Ushawan Biasa boleh Tingkatkan NILAI DIRI dan SYARIKAT kepada NILAI JUTAAN RINGGIT dengan RAHSIA OVERDRAFT.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA