Peristiwa Grey Swan Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Dunia

Sebelum ini, kita ada kongsikan bagaimana peristiwa Black Swan berlaku dan kesannya kepada ekonomi dunia. Nak tahu lebih lanjut, jemput baca Menyingkap Buku The Black Swan, Sangat Relevan Dengan Keadaan Ekonomi Semasa.

Secara ringkasnya, black swan merupakan peristiwa yang berlaku di masa hadapan di mana pada logik akalnya tidak mungkin berlaku, tetapi ia tetap juga berlaku.

Peristiwa black swan ini memerlukan tiga syarat utama iaitu, pertama sekali ianya mestilah peristiwa yang sangat ganjil yang belum pernah berlaku sebelum ini dan berlaku buat pertama kalinya.

Ciri kedua pula adalah apabila peristiwa itu berlaku, ia memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat yang mengaami peristiwa tersebut. Dan yang terakhir sekali, peristiwa tersebut boleh dijangka untuk masa hadapan kerana ia telah pun berlaku.

Kita kemudiannya akan bertanya, mengapa kita tidak bersedia untuk menghadapi peristiwa tersebut sebelum ini?

Adakah Pandemik Covid-19 Sebuah Black Swan?

Hari ini, dunia sedang berdepan dengan ancaman yang luar biasa apabia Covid-19 melanda. Selain daripada menghancurkan ekonomi dunia, krisis ini turut menyebabkan kematian lebih daripada sejuta penduduk di seluruh dunia.

Sekiranya dilihat daripada sudut peristiwa, adakah kita boleh menganggap krisis Covid-19 ini sebagai satu peristiwa black swan?

Jika dilihat daripada sudut kesan bencana yang disebabkan oleh Covid-19 ini, kita boleh mengklasifikasikannya sebagai peristiwa black swan. Tetapi krisis pandemik seperti ini bukanlah yang pertama kali berlaku.

Ini kerana pada tahun 1918, dunia pernah berdepan dengan perkara yang hampir sama iaitu Spanish Flu. Ianya telah mengorbankan seramai 17 juta orang di seluruh dunia.

Oleh yang demikian, peristiwa Covid-19 tidak boleh diklasifikasi sebagai peristiwa black swan kerana ianya tidak memenuhi syarat pertama.

Maka pandemik yang berlaku sekarang ini boleh dikasifikasi sebagai apa?

Ya, di sinilah ianya dikenali sebagai peristiwa grey swan.

Apa Itu Grey Swan?

Kredit Gambar: Shortform

Sekarang kita akan tengok dengan lebih terperinci tentang peristiwa yang dikenali sebagai grey swan ini. Peristiwa grey swan ini adalah hasil daripada black swan yang diperkenalkan oleh Nassim Nicholas Taleb.

Secara asasnya terdapat tiga jenis peristiwa yang melibatkan swan iaitu black, grey dan white.

Peristiwa grey swan ini hampir sama dengan black swan, di mana jika ianya berlaku ia akan memberi impak yang sangat buruk kepada penerimanya.

Apa yang membezakan di antara black swan dan grey swan adalah peristiwa grey swan ini pernah berlaku sebelum ini.

Oleh itu, kita mempunyai pengalaman dan persediaan untuk berdepan dengan krisis yang melibatkan grey swan ini.

Kesan Grey Swan Kepada Supply Chain Di Musim Pandemik

Kredit Gambar: Business Insider

Walaupun kita mempunyai pengalaman untuk berdepan dengan peristiwa grey swan seperti Covid-19, jika peristiwa ini berlarutan untuk tempoh yang panjang, ianya pasti akan menjejaskan ekonomi.

Antara yang menjadi kebimbangan adalah supply chain terhadap barangan pengguna harian.

Seperti mana kita tahu, barangan pengguna harian merupakan perkara yang sangat penting yang diperlukan oleh orang ramai bagi meneruskan kehidupan seharian mereka terutamanyanya makanan dan pakaian.

Antara penyebab utama yang boleh menyebabkan krisis supply chain adalah negara pengeluar seperti China yang lebih mengutamakan barangan tersebut kepada rakyat mereka terlebih dahulu, sebelum dieksport ke luar negara.

Cara terbaik bagi sesuatu syarikat untuk mengelakkan krisis supply chain ini adalah dengan mengetahui secara jelas di mana setiap komponen yang dibekalkan kepada mereka. Nampak memang sukar tetapi sekiranya berjaya, perniagaan yang dilakukan oleh mereka dapat bertahan di musim pandemik ini dan tak akan berdepan dengan masalah terputus bekalan.

Disebabkan terjadinya peristiwa grey swan ini, maka data-data maklumat yang sebelum ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang kritikal terhadap supply chain.

Hari ini, teknologi AI sangat berguna dalam menyelesaikan masalah apabila mempunyai data yang lengkap, Segala masalah berkenaan kekurangan stok dapat diselesaikan apabila ada data ini.

Selain daripada bergantung kepada teknologi AI, campur tangan kerajaan dalam menyelamatkan ekonomi negara masing-masing adalah kritikal. Ini termasuklah memastikan program vaksin berjalan lancar di samping memberikan rangsangan ekonomi dan bantuan kepada mereka yang terjejas.

Sumber Rujukan: Business Insider

Previous ArticleNext Article

Banyak Keistimewaan Jadi Miskin di Malaysia?

Jangan salah faham. Menjadi miskin bukanlah satu keistimewaan. Tetapi di Malaysia, golongan berpendapatan rendah dan keluarga yang benar-benar memerlukan memang mempunyai akses kepada pelbagai bentuk bantuan kerajaan.

Antaranya:

1. STR – Sumbangan Tunai Rahmah
Bantuan tunai kepada golongan yang memenuhi syarat pendapatan dan kategori ditetapkan.

2. SARA – Sumbangan Asas Rahmah
Bantuan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad.

Penerima STR 2026 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2026 berjumlah RM200 / RM150 / RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026).

3. Bantuan perumahan
Ada skim seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR), selain skim sewaan atau subsidi tertentu untuk keluarga berpendapatan rendah.

Keluarga berpendapatan kasar isi rumah sehingga RM3,000, belum memiliki rumah dan memenuhi syarat boleh memohon PPR.

4. Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Ini berbeza dengan PPR.

Contoh:
Keluarga berpendapatan rendah mempunyai tanah sendiri tetapi belum mempunyai rumah yang sesuai boleh melihat kelayakan RMR.

Antara syarat yang dinyatakan SPNB ialah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 dan pemohon/pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna. Tanah yang sesuai juga diperlukan.

Cara mohon:
Permohonan dibuat melalui SPNB dan dokumen berkaitan tanah, pendapatan serta maklumat keluarga perlu disediakan.

5. Bantuan JKM
Ini antara yang ramai tak tahu sebab bantuan JKM bukan satu jenis sahaja.

Contohnya terdapat bantuan berkaitan kanak-kanak, warga emas, OKU, penjagaan dan keadaan keluarga tertentu.

Cara mohon:
Permohonan boleh dibuat melalui sistem eBantuan JKM bagi negeri yang menyokong permohonan dalam talian, kemudian pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah bersama dokumen sokongan.

Terdapat pelbagai skim mengikut keadaan penerima, termasuk bantuan kanak-kanak, warga emas dan bantuan am.

6. Bantuan Kesihatan – mySalam

Skim Perlindungan B40 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Bagi penerima yang layak pada 2026, mySalam menyediakan manfaat seperti hospitalisasi sehingga RM700 setahun dan RM8,000 untuk penyakit kritikal yang dilindungi, tertakluk kepada syarat skim.

Cara mohon:
Semak kelayakan di Portal mySalam. Jika layak dan berlaku kejadian yang dilindungi, tuntutan dibuat secara dalam talian dengan memuat naik dokumen seperti nota discaj atau borang doktor.

7. Bantuan pendidikan
Bantuan yuran, tuisyen, biasiswa dan pelbagai bentuk sokongan pendidikan disediakan secara bersasar untuk keluarga yang memerlukan.

  • BAP (Bantuan Awal Persekolahan) → bantuan tunai RM150 seorang murid untuk murid yang layak.
  • RMT (Rancangan Makanan Tambahan) → murid yang layak mendapat makanan pada setiap hari persekolahan; KPM menetapkan sehingga 190 hari setahun.
  • KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) → bantuan khusus untuk membantu murid miskin supaya tidak tercicir daripada persekolahan.
  • BKP (Biasiswa Kecil Persekutuan) → antara bantuan kewangan pendidikan yang disenaraikan KPM untuk murid yang memenuhi syarat.
  • Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK) → bantuan khusus untuk murid yang memenuhi syarat berkaitan pendidikan khas.

8. Bantuan zakat
Bagi orang Islam yang layak, boleh memohon bantuan daripada institusi zakat negeri masing-masing.

Contohnya bantuan boleh melibatkan:

  • sara hidup
  • pendidikan
  • perubatan
  • sewa/rumah
  • bantuan kecemasan
  • modal perniagaan

Cara mohon:
Bergantung kepada negeri. Contohnya di Selangor, permohonan dibuat melalui saluran rasmi institusi zakat negeri dan biasanya memerlukan dokumen pendapatan, tanggungan, tempat tinggal dan dokumen sokongan berkaitan.

9. Bantuan pekerjaan & latihan
Kerajaan juga menyediakan program pekerjaan dan latihan kemahiran untuk membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan.

MYFutureJobs
Portal pekerjaan nasional yang dikendalikan PERKESO. Boleh cari kekosongan kerja, daftar sebagai pencari kerja dan dapatkan khidmat padanan pekerjaan.

TVET
Kalau nak belajar kemahiran seperti automotif, elektrik, kimpalan, penyelenggaraan, teknologi dan sebagainya, boleh semak institusi TVET kerajaan dan permohonan melalui UP_TVET.

HRD Corp
Terdapat pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan pekerjaan, bergantung kepada program serta kelayakan peserta.

Program penempatan pekerjaan PERKESO
PERKESO juga menjalankan program padanan pekerjaan, karnival kerjaya dan penempatan pencari kerja dengan majikan.

10. Bantuan membaiki atau membina rumah
Program bantuan perumahan turut merangkumi pembinaan baharu dan baik pulih rumah, khususnya bagi isi rumah miskin tegar.

Contoh 1 : Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar

KPKT ada Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar untuk isi rumah yang memenuhi syarat kemiskinan, termasuk yang disahkan dalam eKasih.

Contohnya rumah mengalami:

  • bumbung rosak
  • kerosakan akibat banjir/ribut/kebakaran
  • kerosakan kecil kerana faktor usia
  • keadaan rumah yang tidak lagi selesa tetapi masih ekonomik untuk dibaiki

Kadar bantuan maksimum yang dinyatakan KPKT ialah RM13,000 di Semenanjung dan RM15,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

11. Bantuan / inisiatif sewa rumah mengikut negeri

  • Selangor → Skim Smart Sewa – sewa pada kadar berpatutan + 30% bayaran sewa boleh dikumpulkan untuk membantu pemilikan rumah.
  • Johor → Bantuan Sewa Rumah Perumahan Kasih Johor – bantuan RM2,500 kepada penerima yang layak. Antara penambahbaikan yang diperluaskan bagi Bantuan Sewa Rumah ialah syarat kelayakan dengan membuka peluang kepada pelajar IPTA/IPTS di Negeri Johor untuk memohon.
  • Sarawak → Skim Bantuan Sewa Rumah (SRAS) – bantuan sewa untuk isi rumah yang memenuhi syarat.
  • Perak → Skim Bantuan Sewa Rumah MAIPk – bantuan sewa sehingga RM500 sebulan untuk asnaf yang layak.

12. Nak berniaga tetapi perlukan bantuan

Contohnya di Selangor:

  • Dana Usahawan Madani Selangor menyediakan bantuan dalam bentuk mesin dan peralatan perniagaan sehingga RM30,000, tertakluk kepada syarat kelayakan. Ini geran bukan pinjaman. Tetapi setiap program ada syarat, kategori penerima dan tempoh permohonan tersendiri.
  • Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor menyediakan bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil bernilai sehingga RM10,000. Program ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi peniaga kecil melalui pemberian bantuan peralatan atau mesin berdasarkan perniagaan yang sedang dijalankan.

Jadi, betul ke “banyak keistimewaan jadi miskin”?

Banyak bantuan disediakan untuk mereka yang berada dalam keadaan miskin atau berpendapatan rendah. Dan bantuan ini bukan bermaksud hidup mereka lebih mudah.

Sebab di sebalik setiap bantuan itu ada satu perkara yang kita selalu terlupa:

Miskin tetap bermaksud mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Bantuan kerajaan mungkin meringankan beban, tetapi tidak semestinya mengubah kehidupan seseorang menjadi senang.

Bantuan ialah jaring keselamatan. Bukan tiket untuk hidup mewah.

Bantuan ini diwujudkan untuk membantu mereka yang layak. Gunakan bantuan sebagai ruang untuk meringankan beban, bukan untuk mengambil kesempatan.

Dan jangan lupa, Islam juga mengajar kita untuk berusaha mencari rezeki.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seseorang makan makanan yang lebih baik daripada hasil kerja tangannya sendiri.”
— Riwayat al-Bukhari