Mak Ayah, Selamatkan Anak Kita

Kita dulu hidup bukan senang sangat.
Nak makan KFC pun tunggu hujung bulan.
Nak mainan baru, tunggu hari jadi setahun sekali.
Sebab tu bila ada rezeki lebih sekarang, kita tak berkira untuk anak.

Anak minta mainan, kita belikan.
Anak nak kasut mahal, kita usahakan.
Anak merengek nak makan luar, kita ikutkan.

Niat kita baik, sebab nak bagi anak rasa senang yang kita tak pernah rasa dulu.
Tapi di sinilah silapnya.
Tanpa sedar, kita ajar mereka duit itu senang datang, senang hilang.

Tak salah nak gembirakan anak, tapi mungkin ada cara lebih baik iaitu didik mereka kenal erti duit sejak kecil.

1. Nilai Duit ≠ Belanja Duit

Bila anak minta iPad, si ayah tak terus belikan.
“Kalau nak sangat, ayah ajar kamu buat konten pasal hobi kamu. Kalau ada hasil sikit-sikit, simpan sampai cukup nanti beli sendiri. Ingat ya, jangan buat konten sampah atau fitnah orang. Duit halal lebih berkat.”

Dari kecil anak dah faham duit tu datang dengan usaha.

2. Keperluan vs Kehendak

Si anak merengek nak kasut Vans RM300.
Si ayah senyum dan tanya,
“Eh eh…Kasut kamu elok lagi kan? Jadi ni kehendak, bukan keperluan.”

Anak akan belajar beza antara survival dengan nak tunjuk gaya.

3. Berkongsi

Mak ayah akan selalu bawa anak hulur duit ke tabung masjid atau beri pada fakir miskin.
Atau bila lalu pasar malam, “Ambil duit ni, belikan kuih dari makcik tu. Jangan minta baki, kira itu sedekah kita untuk dia.”

Ingatkan juga si anak supaya jangan lupa juga pasal zakat. Zakat membersihkan harta kita dan melindungi rezeki. Bila kita keluarkan zakat, Allah janji rezeki kita akan lebih berkat dan dilipat gandakan.

Anak akan belajar duit bukan milik dia seorang tapi ada bahagian untuk orang lain juga.

4. Simpan

Duit raya, duit hadiah harijadi semua masuk tabung khas.
Kadang-kadang si ayah tunjuk statement simpanan anak,
“Tengok ni, ayah dah bukakan akaun Tabung Haji dan akaun emas atas nama kamu. Duit raya kamu ayah masuk sini. Makin lama makin bertambah sebab ada pulangan.”

Anak akan belajar menangguh keseronokan, bukan joli semuanya sekali gus.

5. Aset vs Liabiliti

Si anak nampak kawan-kawan dapat mainan baru.
Si ayah kata, “Robot ni bila patah tangan, terus tak ada harga. Tapi buku yang kamu beli, makin lama kamu baca makin banyak ilmu… itu yang tambah nilai.

Tengok goldbar ni. Masa ayah beli dulu harganya RM180 saja 1 gram. Sekarang dah dekat 3 kali ganda. Sebab tu emas ni dipanggil aset sebab dia simpan nilai. Maksudnya, barang yang makin lama makin mahal. Lagi lama kita simpan, lagi tinggi nilainya.

Saham pun sama. Contohnya saham G&%#$$. Ayah beli dulu RM2, sekarang dah jadi RM5 lebih. Setiap tahun pula ayah dapat dividen. Itu pun aset, sebab duit kita boleh bertambah.”

Anak akan nampak beza antara barang yang hilang nilai dengan harta yang tambah nilai.

Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

6. Perlindungan

“Ayah, orang bayar takaful tiap bulan tu buat apa? Kan tak dapat barang pun?”

Si ayah senyum dan jawab,
“Itu untuk emergency. Tapi cuba bayang kalau ayah sakit dan tak boleh kerja. Gaji dah tak masuk, tapi bil hospital tetap kena bayar. Masa tu, siapa nak bayar bil hospital? Siapa nak belikan kamu makanan? Jadi kalau ada apa-apa jadi, syarikat takaful tu akan bagi duit untuk bantu kita. Biasanya jauh lebih banyak daripada apa yang ayah dah bayar.”

Tapi ingat, yang bagi rezeki, yang bagi sihat, yang jaga kita setiap masa tetap Allah. Kita cuma berusaha dan ikhtiar. Sama macam payung, kita beli dan simpan. Tapi yang turunkan hujan tetap Allah.”

Begitulah….

Mak ayah sekalian, selamatkan anak kita.
Belum terlambat untuk brainwash mereka dengan ilmu kewangan.

Kita sendiri nak sampai ke tahap senang hari ini ambil masa berbelas malah berpuluh tahun semata-mata nak ubah apa yang kita tak pernah diajar. Kenapa anak kita perlu ulang kesilapan sama?

Terus ajar mereka cara untuk dapat dengan senang melalui ilmu dan pengalaman yang kita sendiri dah lalui. Supaya mereka boleh belajar lebih cepat, lebih mudah, tanpa membazir masa.

Inilah beza pemikiran lama “bersusah-susah dahulu” dengan pemikiran baru “belajar dengan betul sejak awal”.

Kalau kita kekal dengan mindset lama, jangan pelik kita terus lambat dan ketinggalan berbanding orang lain.

Nak tahu cara sebenar untuk ajar anak tentang duit tanpa ulang kesilapan kita? Miliki buku kami yang telah banyak kali diulang cetak: MALAYSIA MELABUR.

Previous ArticleNext Article

Kekayaan Yang Mengubah Dunia: Elon Musk dan Individu Terkaya 2025

Elon Musk baharu sahaja mencatat rekod sejarah apabila menjadi manusia pertama di dunia yang mencapai nilai kekayaan melebihi AS$600 bilion menurut Forbes, sekali gus meletakkannya jauh di hadapan golongan ultra-kaya global yang lain. (Reuters)

Musk kini dilaporkan mempunyai nilai kekayaan sekitar AS$677 bilion, terutamanya disokong oleh penilaian tinggi syarikat angkasanya SpaceX, yang sedang bersiap untuk penyenaraian awam (IPO) dengan nilai potensi sekitar AS$800 bilion. Selain itu, saham Tesla yang meningkat tahun ini turut menyumbang kepada lonjakan kekayaannya.

Bagaimana Elon Musk Mencapai AS$600 Bilion?

Elon Musk bukan sekadar ketua pegawai eksekutif Tesla dan SpaceX. Beliau turut terlibat secara aktif dalam pembangunan kecerdasan buatan melalui xAI, selain beberapa inisiatif teknologi maju lain yang menjadi pertaruhan jangka panjangnya.

Lonjakan terbaharu dalam kekayaan Musk berkait rapat dengan beberapa faktor utama:

  • Peningkatan penilaian SpaceX dalam pasaran swasta, didorong oleh pertumbuhan Starlink serta jangkaan penyenaraian awam (IPO) pada tahun hadapan;
  • Kenaikan harga saham Tesla, sebahagiannya disokong oleh perkembangan teknologi pemanduan tanpa pemandu, ujian robotaxi tanpa pemandu, serta penekanan berterusan syarikat terhadap kecerdasan buatan dan automasi;
  • Struktur pampasan berasaskan ekuiti Tesla yang diluluskan oleh pemegang saham. Elon Musk dibayar melalui saham Tesla dan hanya akan menerima ganjaran jika Tesla benar-benar berjaya capai sasaran jangka panjang.

Gabungan faktor ini menjadikan kekayaan Musk sangat sensitif kepada penilaian pasaran syarikat-syarikat yang diasaskannya, khususnya SpaceX dan Tesla, berbanding pendapatan tunai konvensional.

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, saham Tesla mencatat prestasi yang sangat tidak menentu tetapi menunjukkan trend kenaikan jangka panjang, dengan harga saham meningkat lebih 100%. Walaupun melalui beberapa fasa kejatuhan mendalam, saham Tesla kembali pulih dan mencatat paras harga tertinggi baharu, mencerminkan sentimen pelabur yang kekal kuat terhadap prospek syarikat.

Top 10 Orang Terkaya Dunia Pada 2025 (Kemas Kini)

Berikut adalah ranking terkini 10 individu terkaya dunia setakat Disember 2025, dengan anggaran nilai kekayaan mereka menurut Forbes dan laporan media kewangan terkini:

RankNamaAnggaran Kekayaan (US$)Sumber Utama Kekayaan
1Elon Musk~$677BTesla, SpaceX, xAI & teknologi
2Larry Page~$266BGoogle/Alphabet
3Jeff Bezos~$249BAmazon
4Sergey Brin~$247BGoogle/Alphabet
5Larry Ellison~$243BOracle
6Mark Zuckerberg~$228BMeta
7Bernard Arnault~$202BLVMH (aksesori mewah)
8Steve Ballmer~$167BMicrosoft
9Jensen Huang~$152BNvidia
10Warren Buffett~$150BBerkshire Hathaway

Nota: Angka di atas adalah anggaran dan berubah mengikut pergerakan pasaran saham serta penilaian syarikat secara berkala.

Fakta Individu Terkaya Dunia

1. Elon Musk — ~AS$677 Billion

Kekayaan Elon Musk disokong oleh pegangan strategik dalam beberapa sektor utama seperti automotif (Tesla), aeroangkasa (SpaceX), kecerdasan buatan dan teknologi masa depan. Dalam ekosistem ini, SpaceX memainkan peranan besar sebagai antara penyumbang utama kepada nilai bersih beliau, khususnya melalui pertumbuhan penilaian syarikat tersebut.

2. Larry Page — ~AS$266 Billion

Sebagai pengasas bersama Google, Larry Page kekal sebagai tokoh teknologi berpengaruh dengan kepentingan ekuiti yang besar dalam Alphabet, syarikat induk Google.

3. Jeff Bezos — ~AS$249 Billion

Pengasas Amazon terus memanfaatkan perniagaan e-dagang global serta pelbagai pelaburan strategik dalam teknologi dan angkasa melalui Blue Origin, walaupun beliau lebih aktif sebagai pelabur sekarang.

4. Sergey Brin — ~AS$247 Billion

Rakan kongsi Page di Google/Alphabet, Brin masih menikmati hasil daripada dominasi Google dalam iklan digital dan carian.

5. Larry Ellison — ~AS$243 Billion

Pengasas Oracle, syarikat perisian perniagaan dan pangkalan data terkemuka, mengekalkan kekayaannya walaupun industri teknologi menghadapi cabaran persaingan dalam era awan & AI.

6. Mark Zuckerberg — ~AS$228 Billion

Mark Zuckerberg, pengasas dan CEO Meta Platforms, menyaksikan pemulihan ketara dalam nilai kekayaannya hasil lonjakan prestasi saham Meta, didorong oleh penambahbaikan kecekapan operasi, pertumbuhan perniagaan pengiklanan digital, serta fokus agresif syarikat terhadap kecerdasan buatan dan produk sosial teras.

7. Bernard Arnault — ~AS$202 Billion

Bernard Arnault kekal kukuh di puncak dunia perniagaan, apabila jenama mewah di bawah LVMH terus mendapat sambutan walaupun ekonomi global bergelora.

8. Steve Ballmer — ~AS$167 Billion

Bekas CEO Microsoft ini memegang pegangan besar di syarikat dan terus melihat nilai kekayaannya meningkat melalui perniagaan cloud dan perisian.

9. Jensen Huang — ~AS$152 Billion

Jensen Huang diangkat sebagai FT Person of the Year apabila cip Nvidia muncul sebagai ‘otak’ utama kepada ledakan AI dunia.

10. Warren Buffett — ~AS$150 Billion

Legenda pelaburan dan ketua Berkshire Hathaway ini bertahan sebagai salah seorang tokoh kewangan paling dihormati di dunia, mewakili kekayaan yang dibina melalui strategi pelaburan klasik.

Trend Utama Kekayaan Global 2025

Dominasinya Teknologi: 8 daripada 10 individu terkaya dunia adalah tokoh dalam teknologi – menunjukkan bagaimana inovasi, AI dan platform digital kini menjadi penentu utama kekayaan global.

Sektor Lain Masih Relevan: Walaupun dominasi teknologi kuat, tokoh seperti Bernard Arnault (barang mewah) dan Warren Buffett (pelaburan) masih kekal dalam carta teratas menandakan kepelbagaian sumber kekayaan.

Ketidakseimbangan Kekayaan Global: Laporan ekonomi menunjukkan jurang antara kelompok ultra-kaya dan sebahagian besar isi rumah semakin melebar.

Apa Pengajaran Untuk Pelabur Daripada Fenomena Kekayaan Elon Musk?

Walaupun tidak semua orang boleh menjadi Elon Musk, corak pembinaan kekayaan golongan ultra-kaya memberi isyarat penting kepada pelabur runcit.

Pertama, hampir kesemua individu dalam senarai 10 terkaya dunia bukan kaya kerana gaji, tetapi kerana pemilikan ekuiti dalam perniagaan.

Kedua, sektor yang melahirkan kekayaan terbesar hari ini ialah sektor yang:

  • mempunyai leverage teknologi,
  • mampu berkembang secara eksponen, dan
  • mendominasi ekosistem (monopoly-like advantage).

Pelabur runcit sering terperangkap dengan pemikiran jangka pendek iaitu mengejar saham yang “naik cepat” sedangkan kekayaan sebenar dibina melalui pemilikan aset berkualiti dalam tempoh panjang, walaupun pergerakannya perlahan pada peringkat awal.

Namun, penting untuk difahami:
Pulangan besar datang bersama risiko besar.
Ramai hanya melihat kejayaan akhir Elon Musk, tetapi mengabaikan dekad ketidaktentuan, kerugian, dan risiko kegagalan yang sangat tinggi di belakangnya.

Apa Maksud Semua Ini Untuk Pelabur Malaysia?

Fenomena ini memberi beberapa isyarat penting kepada pelabur tempatan:

1. Malaysia Tidak Ada Elon Musk — Tapi Ada Tema Yang Sama

Pasaran Malaysia mungkin tidak berupaya melahirkan individu dengan kekayaan ratusan bilion dolar seperti Elon Musk. Namun begitu, tema pertumbuhan global yang membentuk kekayaan tokoh-tokoh teknologi dunia tetap boleh dimanfaatkan oleh pelabur tempatan.

Antara sektor yang menunjukkan persamaan tema ialah:

  • Pusat data dan infrastruktur digital, selari dengan lonjakan permintaan pengkomputeran dan AI;
  • Teknologi berkaitan AI dan automasi, yang meningkatkan kecekapan operasi merentas industri;
  • Perniagaan berasaskan platform dan perkhidmatan digital, yang mendapat manfaat daripada skala dan rangkaian pengguna.

Pelabur tidak perlu mencari “Tesla versi Malaysia”. Sebaliknya, fokus yang lebih realistik ialah mengenal pasti syarikat tempatan yang berpotensi menerima tempias pertumbuhan daripada tema-tema global ini, walaupun pada skala yang lebih kecil.

2. Fahami Model Perniagaan

Ramai pelabur tertarik dengan nama besar global, tetapi gagal menilai sama ada:

  • model perniagaan mampan,
  • aliran tunai sihat,
  • dan keupayaan bertahan ketika kitaran ekonomi melemah.

Pelaburan yang bijak bukan meniru portfolio Elon Musk, tetapi meniru cara berfikir jangka panjang terhadap pemilikan aset.

3. Realiti Penting: Bukan Semua Orang Perlu Ambil Risiko Ekstrem

Elon Musk membina kekayaan melalui risiko luar biasa yang mungkin tidak sesuai untuk semua orang.

Bagi pelabur runcit, matlamat lebih realistik ialah:

  • pertumbuhan konsisten
  • perlindungan modal dan kestabilan kewangan jangka panjang.

Nak Trade Saham Global? Ini Cara Mudah Untuk Buka Akaun Dengan CGS International (CGS-CIMB)

Nak beli saham global seperti Facebook, Tesla, Microsoft, NVIDIA tapi tak tahu nak guna platform apa?

Terdapat banyak broker luar negara yang menyediakan platform untuk membeli saham global. Namun, broker tempatan tidak kurang hebatnya. Nak buka akaun CGSI juga amat mudah. Percuma* dan semuanya secara online! Tak perlu keluar rumah dah boleh buka akaun pelaburan saham global.

Jom ikut langkah-langkah di bawah.

  1. Klik Buka Akaun CDS CGS-CIMB dan masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference
  2. Muat naik fail kad pengenalan anda dalam format JPEG, JPG dan PNG sahaja
  3. Pada ruang Type of Broking > pilih Equities – Share Trading > iCash Trading > Cross Border
  4. Isi dengan lengkap semua maklumat yang diperlukan
  5. Setelah siap Register, semak emel untuk sahkan maklumat anda
  6. Siap! Permohonan anda akan diproses dalam masa 5-10 hari bekerja
  7. Setelah akaun anda berjaya dibuka, anda akan menerima emel dari pihak CGS-CIMB

Mudah bukan?

Kalau perlukan bantuan untuk buka akaun pelaburan boleh juga klik: https://t.me/+1Az11JVK4XAzZDdl

Jom mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!