Google vs Facebook – Apakah Nasib Facebook Pada Masa Akan Datang?

Persaingan  perniagaan di antara syarikat gergasi dalam dunia merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakan lagi pada era moden ini. Banyak syarikat gergasi dunia yang berlumba-lumba untuk mendominasi pasaran. Umumnya, syarikat yang mencecah nilai trillion dollar mempunyai model perniagaan yang boleh dikatakan memonopoli pasaran tertentu.

Kebanyakan syarikat teknologi yang berpengkalan di Silicon Valley mempunyai model perniagaan yang memonopoli pasaran.Pada awal tahun lepas, kita telah melihat tindakan syarikat gergasi di Silicon Valley iaitu Apple telah mengubah polisi privasi pelangan mereka. Yang mana, mereka telah menyebabkan syarikat media sosial terkenal dunia iaitu Facebook mengalami kerugian.

Dalam masa yang sama ia telah menjatuhkan nilai saham syarikat itu dalam tempoh yang sangat singkat dan megakibatkan Facebook mengalami kerugian dalam perniagaan mereka.

Sumber: CNBC

Facebook yang terkenal sebagai syarikat media sosial yang paling digemari di dunia boleh dikatakan telah memonopoli pasaran media sosial dunia. Apple dan Facebook tidak terlibat dalam persaingan secara langsung kerana mengamalkan model perniagaan yang berbeza, tetapi tindakan Apple yang menaiktaraf polisi privasi pengguna mereka telah menjadikan syarikat Facebook tidak keruan.Ini kerana Facebook merupakan sebuah syarikat yang menjalanakan pengiklanan.

Apple telah membuat iklan berbayar dan telah mendatangkan pelbagai masalah kepada pengguna Facebook. Tindakan yang dilakukan oleh Apple itu memberi kesan yang besar terhadap pendapatan syarikat Facebook.

Apple tidak menghiraukan bantahan yang dilakukan oleh Facebook di mana Facebook telah mendakwa tindakan yang dilakukan oleh Apple dalam isu privasi pengguna IOS akan menjejaskan pengguna Facebook. Terutamanya peniaga kecil-kecilan yang menggunakan platform tersebut.

Tindakan yang dilakukan oleh Apple itu telah menyebabkan para pengguna yang menggunakan platform tersebut sukar untuk menghantar iklan yang tepat kepada sasaran. Ini disebabkan oleh kos pengiklanan menjadi semakin mahal kepada pengguna Facebook yang menggunakan perkhidmatan iklan berbayar.

Tindakan Apple ini benar benar memberi kesan yang buruk kepada perniagaan Facebook. Selain Apple, Google bakal memperkenalkan satu lagi polisi yang mana hampir menyamai Apple iaitu bakal mengetatkan maklumat peribadi pengguna mereka.

Seperti yang kita maklum, Google telah memegang carian internet dunia melalui aplikasi Chrome. Ramai pengguna dunia menggunakan ejen carian tersebut untuk mencari maklumat di internet. Selain itu, dominasi penggunaan telefon berasakan Android merupakan satu faktor yang sangat besar bagi Google. Syarikat tersebut telah memegang dominasi telefon pintar dunia kerana sebanyak 2.5 bilion pengguna menggunakan perisian berasakan Android. Secara logiknya, ramai pengguna aplikasi Facebook menggunakan platform Android untuk berinteraksi sesama mereka.

Facebook yang menumpang di atas platform Google bakal berdepan dengan masalah yang besar jika Google  menjayakan ranacangan untuk menaiktaraf privasi pengguna mereka.

Facebook dan Google boleh dikategorikan sebagai syarikat yang mendapat keuntungan dari perkhidmatan pengikalan yang ditawarkan kepada pengguna. Tindakan Google ini dilihat bersaing secara rapat dengan Facebook dalam pasaran yang sama.

Google akan mendapat kelebihan yang mana akan mengurangkan penguasaan Facebook dalam pengiklanan digital. Disebabkan perkara tersebut, kita boleh lihat syarikat Facebook ini telah melabur dalam pembagunan metaverse yang mana teknologi ini tidak membuat Facebook bergantung kepada pihak luar untuk model perniagaan mereka. Banyak syarikat teknologi kini turut berlumba-lumba bagi membangunkan teknologi.

Kini Facebook bakal merubah polisi syarikatnya untuk bertahan dalam dunia teknologi selain dari persaingan baru mereka iaitu TikTok. Generasi muda lebih suka menggunakan media sosial TikTok berbanding Facebook bakal memberi  pengaruh yang negatif kepada Facebook.

Facebook kini terpaksa meniru segala benda yang dilakukan oleh pesaing mereka bagi mengekalkan kedudukannya dalam dunia media sosial selain menjaga  nilai pasaran syarikat dan pelabur yang melabur di dalam syarikat tersebut.

Baca juga:

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan. Betul tak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Kami juga menggunakan formula yang sama semasa nak pilih saham. Tapi kena fahamkan dulu. Lepas tu insha-Allah senang. Dalam ebook CANSLIM ini kami detailkan lagi ceritanya -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Previous ArticleNext Article

Kad Visa Touch ‘n Go: Berbaloikah Guna?

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet kini antara kad prabayar di Malaysia yang boleh digunakan di mana-mana terminal Visa seluruh dunia. Ia bukan sekadar kad untuk beli barang, tapi juga boleh keluarkan tunai di mesin ATM bila perlu. Menurut sumber rasmi, Touch ‘n Go Visa Prepaid Card dilancarkan secara rasmi kepada pengguna umum pada 18 Januari 2023.

Apa Itu Kad Visa Touch ‘n Go?
Kad ini ialah kad prabayar (prepaid card) yang menggunakan baki sedia ada dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Ia berfungsi sama seperti kad debit tapi dana datang terus dari eWallet, bukan akaun bank. Maknanya, kalau baki eWallet anda ada RM800, maka itulah had sebenar anda untuk berbelanja atau keluarkan tunai.

Kegunaan Kad Visa Touch ‘n Go

Pembelian di kedai & restoran : boleh digunakan di mana-mana terminal dengan logo Visa, sama seperti kad debit biasa.

Transaksi luar talian (offline) : boleh “tap” menggunakan fungsi PayWave di kedai yang menyokong Visa contactless.

Pengeluaran tunai di ATM : guna mana-mana ATM yang ada logo Visa dengan caj RM1.40 (dalam Malaysia) atau RM10 (luar negara).

Tol & parking : hanya berfungsi di lokasi tertentu yang menyokong integrasi eWallet, bukan semua tol. Untuk laluan tol yang masih menggunakan kad fizikal, pengguna perlu kekal guna kad Touch ‘n Go biasa.

Transaksi rentas sempadan — boleh digunakan untuk pembelian di luar negara (Visa global acceptance) dan caj rentas sempadan buat masa ini dikecualikan oleh TNG Digital.

Caj & Yuran Terkini

Berdasarkan Product Disclosure Sheet (Julai 2025) oleh TNG Digital:

  • Yuran permohonan kad: RM15 (termasuk pos)
  • Yuran tahunan: RM8 (percuma tahun pertama)
  • Caj ganti kad: RM15
  • Pengeluaran ATM tempatan: RM1.40
  • Pengeluaran ATM luar negara: RM10
  • Transaksi rentas sempadan: Dikecualikan (buat masa ini)

Had Pengeluaran & Transaksi

  • Maksimum 5 transaksi pengeluaran sehari
  • Had pengeluaran: RM5,000 sehari
  • Transaksi PayWave: maksimum RM1,250 sehari
  • Transaksi PIN: maksimum RM5,000 sehari

Ingat, semua had ini bergantung kepada baki eWallet Touch ‘n Go anda dan bukan baki akaun bank.

Jadi… Berbaloikah caj RM1.40 tu?
Kalau nak dibanding dengan kad bank, memang ada bank yang kenakan caj RM1.00 atau percuma bila guna ATM dari bank sendiri. Tapi konteks kad prabayar eWallet berbeza.

1. Boleh guna di mana-mana ATM Visa selagi ATM ada logo Visa, boleh guna termasuk luar negara.
2. Mudah kawal bajet debab boleh hadkan baki eWallet.
3. Sangat berguna dalam kecemasan bila dompet hilang atau kad debit bank tak boleh guna.
4. Alternatif kad bank untuk pelajar sekolah (layak dari umur 12 tahun + perlu eKYC dalam app), pelajar universiti dan freelancer — mudah daftar dan kawal melalui aplikasi.

Untuk makluman baki ewallet tidak dilindungi PIDM. PIDM hanya melindungi deposit bank (hingga RM250,000 per pendeposit, per bank) bukan e-wallet.

Bila Tak Sesuai Guna?

  • Kalau selalu keluarkan tunai, caj RM1.40 boleh jadi membebankan.
  • Kalau dah ada kad debit bank dengan ATM percuma, fungsi kad ni mungkin sekadar “backup”.

Untuk Kaki Travel: Kenapa Kad Ini Padu?

1) Kad “basic” menawarkan pulangan tunai sehingga 1% untuk transaksi luar negara, manakala kad “travel” terbaharu memberi ganjaran lebih tinggi, sehingga 3% apabila digunakan di luar negara.

2)Boleh diguna meluas di mana-mana terminal Visa. Ini memudahkan bayaran di kedai, restoran, hotel dan lain-lain. Ramai tanya boleh ke guna kad Visa ini di MRT Singapura? Bila baca dekat laman web operator MRT Singapore, mereka terima kad Visa contactless.
Namun, pihak Touch ’n Go belum mengesahkan sokongan rasmi untuk kad ini, jadi penggunaan di MRT/Transit Singapura tidak dijamin berfungsi 100%. Sebaiknya bawa EZ-Link atau kad Visa bank lain sebagai sandaran semasa travel.

3) Caj pengeluaran ATM luar negara yang jelas: RM10 per transaksi — praktikal untuk ‘emergency cash’.

4) Transaksi rentas sempadan kini dikecualikan caj (buat masa ini) — membantu kawal kos ketika swipe di luar negara.

5) Bajet terkawal sebab ia kad prabayar — anda hanya belanja setakat baki eWallet, sesuai untuk elak overspend semasa travel.

Tips Guna Kad Visa Touch ‘n Go Dengan Bijak

  • Aktifkan fungsi Lock Card bila tak digunakan.
  • Jangan guna WiFi awam bila log masuk aplikasi.
  • Simpan hotline TNG: +603-5022 3888 untuk sekat kad segera jika hilang.
  • Pastikan baki eWallet mencukupi sebelum guna kad visa ini di luar negara.

Kalau guna kad visa ini sebagai pelengkap eWallet dan penyelamat masa kecemasan, maka memang berbaloi. Namun kalau setiap minggu nak keluarkan duit tunai, lebih baik guna kad debit bank biasa.