10 Senarai Semak Sebelum Nak Sewa Rumah

Bagi golongan muda, menyewa rumah merupakan salah satu langkah yang besar untuk berdikari. Ia juga boleh dikatakan sebagai salah satu latihan persediaan untuk memiliki rumah sendiri.

Yalah, waktu inilah nak berlatih simpan duit, macam mana nak bajet duit setiap bulan untuk bayar segala bil utiliti, tambang, duit minyak untuk ke tempat kerja dan sebagainya.

Sebab itulah, sebelum menyewa mana-mana unit, anda perlu membuat semakan terhadap 10 perkara di bawah bagi mengelakkan sebarang masalah dimasa hadapan.

1. Lokasi

Lokasi memang merupakan salah satu perkara yang paling penting yang perlu dipertimbangkan sebelum menyewa. Kena pastikan yang rumah sewa yang bakal anda diami itu tidak jauh dari tempat kerja dan juga kampus bagi pelajar.

Ini untuk memudahkan anda berulang-alik ke tempat kerja atau kampus setiap hari. Sekaligus dapat menimatkan tambang dan juga duit minyak.

Bagi yang tidak mempunyai pengankutan sendiri, pastikan rumah sewa anda terletak berhampiran dengan kemudahan asas seperti stesen MRT/LRT, stesen bus, pasar raya dan sebagainya. Ini bagi memudahkan urusan seharian anda.

Buat apa sewa murah tapi nak ke mana-mana pun susah?

2. Buat Kunjungan Ke Rumah Sewa

Jangan lupa untuk membuat tinjauan ke unit yang ingin anda sewa itu. Ini penting bagi memastikan keselesaan dan juga keselamatan anda sepanjang tempoh anda menyewa unit tersebut.

Periksa sama ada unit tersebut mempunyai sistem pengudaraan yang baik untuk mengelakkan anda berasa bahang di waktu tengah hari.

Bagi yang tinggal di unit kediaman tinggi, periksa sama ada unit yang anda ingin sewa itu berhampiran dengan lif, tangga dan sebagainya. Jika anda berkereta, pastikan sama ada anda perlu membayar untuk lot parking ataupun tidak.

3. Periksa Kawasan Kejiranan

Pastikan kawasan kejiranan ditempat anda menyewa itu selamat. Bukan apa, kalau-kalau anda terpaksa berjalan pulang seorang diri tak adalah rasa takut sangat.

Kalau boleh pergi juga ke kawasan ini pada waktu hujung minggu untuk melihat adakah kawasan ini terlalu sesak dan sebagainya.

4. Bandingkan Tawaran

Buat perbandingan kadar sewa di kawasan yang berhampiran. Ini membolehkan anda untuk melihat adakah tuan rumah memberikan tawaran harga yang wajar ataupun tidak.

5. Duti Setem Dan Yuran Lain

Bila anda dah buat keputusan untuk menyewa unit tersebut, jangan lupa untuk tanya soalan penting seperti bil air dan elekrik, dan juga sewa bulanan parking.

Adakah anda perlu membayar secara berasingan atau ianya sudah termasuk sekali dalam sewa bulanan unit tersebut?

Tanyakan juga tentang duti setem yang perlu anda bayar untuk menandatangani perjanjian sewa.

6. Deposit Jaminan

Deposit jaminan merupakan sejumlah wang yang perlu anda bayar kepada tuang rumah sebagai perlindungan untuk tuan rumah. Sekiranya anda melanggar perjanjian sewa seperti merosakkan hartanah tersebut atau mengosongkan unit lebih awal dari yang sepatutnya.

Bila ini berlaku, duit deposit ini akan menjadi milik tuan rumah.    

Tapi kalau anda tidak melanggar apa-apa Perjanjian Sewa, wang deposit ini akan dikembalikan kepada anda setelah perjanjian sewa tamat. Biasanya jumlah deposit yang akan dikenakan adalah sekitar 2.5 bulan sewa bulanan iaitu merangkumi 2 bulan sewa dan setengah bulan deposit utiliti.

Jika anda inginkan kadar deposit yang lebih murah, anda boleh berunding dengan tuan rumah untuk menyewa unit tersebut lebih lama seperti 2 tahun.

7. Periksa Peralatan

Sebelum atau sewaktu anda ingin berpindah masuk ke rumah sewa tersebut, jangan lupa untuk check satu persatu peralatan elektrik atau perabot yang telah disediakan oleh tuan rumah.

Kalau boleh check sewaktu tuan rumah ada bersama. Lihat jika ada sebarang kerosakan pada barang-barang tersebut.

Bukan apa, kalau barang itu memang telah mempunyai kerosakkan atau kecacatan sebelum anda masuk, tuan rumah tak bolehlah nak tuduh anda pulak yang merosakkan barangan tersebut dan meminta ganti rugi di kemudian hari.

8. Pembaikan Rumah

Pastikan anda bertanya dengan owner adakah mereka akan menanggung sebarang kerosakan barangan elektrik atau paip air sekiranya berlaku sebarang kerosakan.

Minta mereka senaraikan pembaikan yang akan mereka tanggung. Nak lagi mudah, senaraikan dengan jelas kewajipan owner di dalam Perjanjian Sewa.

9. Tandatangani Perjanjian Sewa

Buat masa sekarang belum ada akta ada undang-undang sewa yang melindungi penyewa. Sebab itu, penting untuk membuat Perjanjian Sewa.

Sebelum menandatangani Perjanjian Sewa tersebut, pastikan anda membaca dan faham dengan setiap yang tertera di dalam perjanjian tersebut.

Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau perkara yang anda tidak faham, dapatkan nasihat dan pandangan daripada peguam.

10. Apa Yang Patut Dan Tak Patut Dilakukan Penyewa

Ini pun penting juga. Kebanyakan pemilik unit mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh penyewa.

Sebagai contoh, larangan untuk membela bintang peliharaan, larangan membawa masuk rakan yang berlainan jantina, tidak dibenarkan membuat bising sehingga menganggu jiran dan sebagainya.

Dapatkan pencerahan daripada tuan rumah supaya anda tidak melakukan perkara-perkara yang mereka tidak suka.

Kalau anda dapat lakukan semua perkara di atas, kami pasti anda akan mendapatkan rumah sewa yang selesa dan sesuai dengan anda.

Sumber Rujukan: iProperty

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM24.85 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM 19.50 RM 15.60.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Sime Darby Property Perkenal Logo Baharu, Mengukuhkan Legasi 50 Tahun Dalam Hartanah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Sime Darby Property Bhd hari ini telah memperkenalkan logo baharu, mengesahkan peranannya sebagai peneraju dan pembina negara dengan rangkuman legasi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah.

Pengerusi, Datuk Rizal Rickman Ramli berkata pembaharuan jenamanya merupakan evolusi strategik untuk memastikan kumpulan terus memberikan nilai yang mampan kepada semua pihak berkepentingan.

Setiap langkah kumpulan dipandu dengan pertimbangan yang teliti agar kekal relevan, untuk mewujudkan impak yang bermakna dan menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia dengan kaedah, dari kemampanan serta biodiversiti kepada perkongsian dan pengalaman pelanggan.

“Sebagai sebuah syarikat di bawah Permodalan Nasional Bhd (PNB), mandat kami sentiasa melangkaui prestasi perniagaan. Kami berkongsi visi PNB untuk pembangunan negara dan kemajuan sosial.

“Pembaharuan jenama ini mengasah tumpuan kami terhadap tanggungjawab itu, memperkuat peranan kami dalam membangunkan komuniti yang mampan, menyokong perniagaan tempatan serta mewujudkan peluang yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya semasa majlis pelancaran pembaharuan jenama itu di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Azmir Merican berkata jenama Sime Darby Property adalah janji yang dibina melalui penyampaian yang sudah sedekad sambil menonjolkan evolusi ini akan memantapkan bertapa relevannya penawaran kumpulan itu.

Beliau berkata dari Sime UEP Properties Bhd ke Sime Darby Property hari ini, legasi kumpulan itu sentiasa tertumpu kepada mewujudkan perbandaran yang berdaya tahan dan komuniti yang berkembang maju.

“Kami tidak cuba melupakan sejarah lampau kami dan kami tidak pinggirkan apa yang telah membawa kami sejauh ini.

“Pembaharuan jenama ini datang pada masa yang penting dalam perjalanan kami. Ia mencerminkan bukan hanya siapa kami pada hari ini tetapi arah strategik yang dicarta untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.

Pembangunan perindustrian dan logistik kumpulan seperti Bandar Elmina dan Bandar Bukit Raja, bukan sekadar bangunan sahaja memandangkan perkembangan ini juga membentuk koridor ekonomi dan menarik perniagaan global melalui perkongsian strategik.

“Seiringan itu, platform pengurusan pelaburan aset dan pelaburan kami sedang berkembang, dengan aset runcit, komersial termasuk perindustrian yang menyediakan pendapatan berulang serta kestabilan jangka panjang bagi melengkapkan perniagaan teras kami dan menyediakan kestabilan masa depan,” katanya.

Menurut Sime Darby Property, pembaharuan jenama itu juga mencerminkan keutamaan strategik kumpulan di bawah strategi SHIFT25, yang telah memasuki fasa terakhirnya.

“Ini termasuk mengukuhkan aliran pendapatan berulang dan meletakkan dirinya sebagai penyedia penyelesaian perbandaran. Hala tuju ini ini sudah dapat dilihat dalam portfolio perindustrian dan logistik serta kemasukannya ke segmen pusat data di Elmina Business Park,” katanya.

Dengan legasi yang merangkumi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah serta lebih daripada 200 tahun melalui warisan Guthrie, Golden Hope dan Sime Darby, kumpulan itu telah lama memainkan peranan penentu dalam membentuk perbandaran dan komuniti Malaysia.

Bermula dengan projek perintis seperti Taman Melawati dan Subang Jaya ke perbandaran yang memenangi anugerah seperti Bukit Jelutong dan Bandar Elmina, Sime Darby Property telah menyampaikan lebih daripada 100,000 kediaman di 26 perbandaran aktif, hari ini berkhidmat kepada lebih dari 300,000 rakyat Malaysia.
— BERNAMA