50,000 Pelanggan Bitpoint Japan Hilang ¥3.02 Bilion Yen Akibat Kena Godam

Pengendali tukaran mata wang kripto Bitpoint Japan Co. berkata, hampir separuh daripada 110,000 pelanggannya telah digodam dan sebanyak ¥3.02 bilion Yen (RM114.71 juta) telah dicuri.

Presiden Bitpoint Japan iaitu Genki Oda membuat permohonan maaf terbuka pada sebuah sidang akhbar di Tokyo dan berjanji untuk mendapatkan semula aset-aset yang dicuri.

Kredit Gambar: Japan Times

Daripada jumlah ¥3.02 bilion Yen yang hilang itu, sebanyak ¥2.06 bilion Yen adalah milik pelanggan, manakala ¥960 juta Yen pula disimpan dalam deposit syarikat. Jumlah kecurian adalah sebanyak 13% daripada jumlah wang digital yang diamanahkan kepada Bitpoint.

Presiden Genki Oda tidak akan meletakkan jawatan, sebaliknya akan menyiasat bagaimana aset tersebut dicuri dengan bantuan pakar.

Bitpoint Japan yang ditubuhkan pada tahun 2016, adalah satu daripada enam pengendali tukaran mata wang kripto yang diarah oleh pihak berkuasa untuk memperbaiki kawalan keselamatan, termasuklah pengurusan aset pelanggan.

Sumber Rujukan: Japan Times

Baru saja tahun lepas, Coincheck Jepun kerugian $533 juta US Dolar akibat kena hack. Tahun 2017 pula, NiceHash kerugian $64 juta US Dolar akibat digodam.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Momentum Menaik Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menokok MYR28 untuk ditutup lebih kukuh pada MYR4,207 apabila tekanan jualan mereda. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada MYR4,159 dengan ia jatuh kepada paras terendah sesi tersebut buat seketika sebelum menaik semula kepada paras tertinggi intrahari sebanyak MYR4,268. Ia menutup dagangan pada MYR4,207 dengan corak lilin menaik dengan “bayang lebih tinggi memanjang”. Pemulihan harga semasa ini menandakan rentak menaik kembali muncul, dengan FCPO kini akan menguji paras rintangan overhed. RSI pula semakin meningkat sekali gus mencerminkan momentum menaik yang kembali rancak. Hal ini menunjukkan bahawa pergerakan harga yang menaik dalam jangka dekat mungkin berlarutan.

Walaubagaimanapun, dalam keadaan pasaran menurun sekarang, paras rintangan mungkin terus kukuh pada MYR4,250 dan tekanan jualan dijangka akan menguat pada sekitar paras harga ini. Berdasarkan pemerhatian kami, ‘bayang lebih tinggi memanjang’ merupakan petanda bahawa tekanan jualan berlaku pada saat-saat akhir sesi dagangan dalam pergerakan intrahari yang menaik. Buat masa sekarang, kami akan berpegang pada bias dagangan negatif melainkan paras rintangan MYR4,250 ditembusi.


Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 10 Feb (MYR4,095). Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetapkan pada MYR4,250.


Paras sokongan awal berada pada MYR4,000 dan diikuti oleh paras seterusnya sebanyak MYR3,850. Paras rintangan terdekat pula ialah MYR4,250 yang disusuli oleh MYR4,400.