Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) – Peluang Melabur Dalam Hartanah

Tidak dinafikan, kekurangan deposit merupakan satu penghalang kepada anda yang ingin melibatkan diri dalam pelaburan hartanah.

Tapi mesti anda pernah dengar tentang AHB kan? Yang iklan Neelofa berlakon tu. Dan tahukah anda, AHB dapat membantu anda untuk melabur dalam hartanah dengan modal yang sangat rendah.

Apa itu AHB?

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) merupakan dana unit trust yang patuh syariah yang melabur dalam hartanah komersil yang kebanyakannya terletak di Lembah Klang.

Konsep AHB adalah sama seperti pelaburan ASB, di mana harga seunit adalah tetap pada harga RM1. Apa yang membezakannya adalah, AHB ini merupakan sepenuhnya pelaburan hartanah.

AHB ini pula ditubuhkan oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan diuruskan oleh Maybank Asset Management Sdn Bhd. Manakala Pemegang Amanah bagi AHB adalah AmanahRaya Trustees Berhad.

Dekat Mana AHB Melabur Dalam Hartanah?

Setakat ini, PHB mempunyai aset lebih daripada RM5.8 bilion dan keluasan hampir 7.6 juta kaki persegi.

Sumber: Laman Web PHB

Boleh rujuk kepada gambar di atas, memang kebanyakan daripada hartanah yang dimiliki adalah panas-panas belaka.

Prestasi Dividen AHB 2011 – 2017

Nama pun unit trust, sudah pastinya kita nak tengok track record pemberian dividen AHB ni kan?

Sumber: Maybank Asset Management

Prestasi Dividen AHB 2017 – 2022

Dan yang lebih menariknya, hasil keuntungan yang anda dapat melalui dividen ini adalah dikecualikan daripada cukai. Malah, zakat juga sudah dibayar AHB siap-siap, maka yang dapat adalah keuntungan bersih.

Minimum Pelaburan?

Jumlah pelaburan minima adalah hanya RM100. Anda juga boleh melabur menggunakan akaun KWSP anda, tetapi minimum pelaburan melalui cara ini adalah RM1,000.

Cara Nak Buka Akaun?

Buat masa sekarang, ejen bagi dana AHB yang dilantik hanyalah Maybank dan AmBank sahaja.

Justeru itu, bagi anda yang berminat nak melabur dalam dana AHB perlu pergi ke mana-mana cawangan Maybank atau pun AmBank yang berdekatan untuk membuka akaun AHB ini di sana. Atau sekarang boleh pilih untuk memohon secara online menggunakan Maybank2U.

Syarat kelayakan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Pastikan anda ketahui dulu syarat -syarat pelaburan AHB. Berikut merupakan syarat minimum kelayakan permohonan pelaburan dana AHB:

  • Pemohon adalah bumiputera di Malaysia
  • Pemohon mestilah mempunyai akaun dewasa
  • Pemohon berumur 18 tahun ke atas
  • Bagi Akaun Remaja (bagi pemohon bawah umur atau kanak-kanak berumur tiga (3) bulan tetapi di bawah usia 18 tahun dibawah nama penjaga yang sah. Kedua-dua penjaga yang sah dan kanak-kanak tersebut mestilah Bumiputera Malaysia.

Kelebihan Melabur Di AHB

1. Pelaburan patuh syariah

2. Modal permulaan serendah RM100 / maksimum pelaburan RM500,000.

3. Pulangan yang konsisten untuk tempoh pelaburan jangka masa panjang

4. Pengurusan yang professional dan juga berpengalaman dalam pelaburan

5. Dividen dikecualikan cukai dan telah dibayarkan zakat

Risiko Pelaburan AHB

1. Fokus kepada pelaburan hartanah semata-mata, sekiranya pasaran hartanah merudum, prestasi pelaburan juga akan terkesan.

2. Hartanah milik PHB berisiko tidak dapat disewakan, ia juga bakal menganggu prestasi dalam pelaburan.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.