Cara Mudah Jual Emas Dan Tempat Terbaik Jual Emas?

Nak jual emas tak susah, dapat jumpa pembeli atau cara nak jual pun okey sangat.

Nak jual emas tapi tak tahu cara, jom kami tunjuk cara dan tempat terbaik jual emas.

Apabila terdesak untuk mendapatkan wang, pasti ramai dalam kalangan masyarakat kita yang membuat keputusan untuk menjual emas yang dimiliki. Namun dalam masa yang sama, masih ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu cara untuk menjual emas serta tempat terbaik untuk jual emas. 

Baiklah, dalam entri kali ini, jom kami kongsikan kepada anda mengenai cara mudah jual emas dan tempat terbaik jual emas. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Nak jual emas, kena tahu kat mana tempat boleh jual.

1. Jual Kepada Pengedar Emas

Pengedar emas biasanya akan membeli emas dengan harga yang melebihi harga belian syarikat emas. Namun, sekiranya harga emas tengah menaik, pengedar-pengedar emas ini takut untuk membeli emas kerana risiko mengalami kerugian jika harga emas jatuh. 

Bagi anda yang ingin menggunakan cara ini, dinasihatkan untuk mendapatkan pengedar emas yang diyakini dan dipercayai oleh ramai pihak, agar tidak ditipu oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.

Tempat jual emas seperti pengedar: Cari pengedar emas yang dipercayai di kawasan berhampiran anda atau kenalan anda.

2. Jual Emas Melalui Online

Kini terdapat pelbagai jenis platform untuk menjual emas secara online. Antaranya adalah melalui media sosial dan juga website-website jual beli emas yang diyakini ‘trusted’ oleh pihak kerajaan. Cara jual emas melalui online ini amat pantas dan merupakan pilihan jual emas yang paling popular buat masa ini.

Tempat jual emas secara online:  HelloGold, Public Gold dan sebagainya. 

3. Jual Emas Secara Terus Kepada Rakan Dan Kenalan

Bagi anda yang memiliki rakan atau kenalan yang suka membeli emas, anda boleh menjual terus kepada mereka. Cara ini sememangnya lebih selamat kerana kita mengetahui dengan jelas pihak yang berurusan dengan kita. 

Selain itu, cara ini juga akan mendapat ‘win-win situation’ kerana kedua-dua pihak akan mendapat manfaat dari segi keuntungan dan bebas daripada cukai. Rakan dan kenalan adalah orang yang kita kenal dan rapat berbanding medium lain, ia lebih mudah kerana boleh bersoal jawab dan berterus terang bagi mendapatkan kefahaman antara satu sama lain.

Tempat jual emas: Kenalan dan Kawan-kawan

4. Jual Emas Kepada Syarikat Yang Sama

Selain jual emas dengan cara yang telah dinyatakan, cara mudah untuk menjual emas juga adalah dengan menjualnya kepada syarikat emas yang sama. Dengan menjual kepada syarikat yang sama, ia sangat senang diuruskan dan dapat mengelakkan daripada harga emas tersebut dipotong. 

Sekiranya anda menjual emas kepada syarikat yang berbeza, pasti akan berlaku pemotongan harga kurang daripada 15%. Oleh itu, gunakan syarikat yang sama supaya kita boleh gunakan kelebihan yang diberikan. 

Kesimpulannya, sebelum menjual emas, pastikan anda membandingkan harga emas yang ingin dijual dan pilih nilai belian harga yang paling tinggi. Namun, disarankan agar menjualnya kepada pihak yang dipercayai oleh masyarakat agar tidak terperangkap dengan skim penipuan yang semakin berleluasa saban hari. Oleh itu, semasa dalam menjual emas, jangan tamak dan jadilah pengguna yang bijak.

Menjual emas juga sebaiknya adalah pada tempoh yang tepat iaitu ketika harga emas naik tinggi. Tetapi tiada masalah jika kita terdesak perlukan wang atau ingin menukar kepada wang. Pilihlah tempat terbaik untuk jual emas yang bersesuai dengan situasi kita.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Public Gold syarikat Malaysia pertama jadi ahli antarabangsa Shanghai Gold Exchange

KUALA LUMPUR: Syarikat logam berharga bersepadu, Public Gold Group berjaya menjadi ahli antarabangsa dalam Shanghai Gold Exchange (SGE) iaitu satu platform perdagangan emas yang paling berpengaruh di dunia.

Ini menjadikan Public Gold sebagai syarikat Malaysia pertama yang memperoleh pencapaian berkenaan.

Pencapaian bersejarah ini meletakkan kedudukan Public Gold di barisan hadapan dalam industri logam berharga ASEAN sekali gus memberikan akses langsung kepada rangkaian perdagangan global SGE, infrastruktur penghantaran fizikal dan kontrak emas yang dinilai dalam yuan Renminbi.

Syarikat itu berkata, penyertaan ini juga membolehkannya memperoleh serta menghantar emas melalui rangkaian peti simpanan antarabangsa SGE dengan lokasi strategik di Shanghai, Shenzhen dan Hong Kong.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Louis Ng, berkata menyertai SGE bukan sekadar pencapaian perniagaan tetapi ia juga merupakan langkah strategik bagi menghubungkan Malaysia secara langsung dengan pasaran emas terpenting di dunia.

“Dengan kehadiran yang semakin berkembang di Dubai, India, London dan seterusnya, Public Gold bersedia untuk membina rangkaian global yang benar-benar memberi manfaat kepada pelanggan kami serta industri emas Malaysia secara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain daripada keanggotaan SGE, Public Gold kini berada di peringkat akhir untuk memperoleh keahlian dengan India International Bullion Exchange (IIBX) dan akan memasuki pasaran London, seterusnya memperluas jangkauannya ke satu daripada pusat perdagangan emas terbesar dan paling kukuh di dunia.

“Dengan kehadirannya di Dubai iaitu pusat perdagangan emas utama di Asia Barat, Public Gold kini dapat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan rakan kerjasamanya di seluruh Asia, Timur Tengah dan tidak lama lagi, Eropah,” kata Public Gold.

Sebagai ahli Persatuan Emas Malaysia dan Singapore Bullion Market Association, Public Gold berhasrat memperkukuhkan peranan Malaysia dalam perdagangan logam berharga global sebagai sebuah syarikat yang bersepadu sepenuhnya.

Ia juga disasarkan beroperasi merentasi seluruh rantaian nilai emas iaitu daripada perdagangan emas borong hingga produk simpanan runcit, penyelesaian penyimpanan dan tawaran emas yang mematuhi prinsip Syariah.

Syarikat itu berkata, peluasan ke dalam SGE, IIBX, dan London mencerminkan komitmennya untuk meningkatkan kecekapan sumber melalui penyertaan langsung dalam pasaran emas utama dunia sambil memperluas peluang eksport produk emas Malaysia ke China, India, Asia Barat dan Eropah.

-BERNAMA

Baca lagi Perbandingan Simpan Emas dalam MIGA-i dan Public Gold