FCPO: Lantunan Harga Berpanjangan, Namun Sentimen Terus Menurun

FCPO meneruskan lantunan untuk sesi dagangan kedua berturut-turut Jumaat lalu apabila menaik
RM13 untuk ditutup pada RM3,814. Ia dibuka pada RM3,801, jatuh kepada RM3,745, dan kemudiannya mencecah paras tertinggi intrahari RM3,857 sebelum ditutup hampir paras tertinggi hari tersebut.

Trend berterusan menaik, selain corak Menaik Menyelubungi (Bullish Engulfing) yang terbentuk semasa sesi hari Khamis, menunjukkan bahawa paras sokongan kukuh terjadi pada RM3,700. RSI juga meningkat dan hal ini menandakan kenaikan momentum sederhana yang berpunca daripada pergerakan lantunan harga yang melawan arus trend. Sungguhpun begitu, trend harga secara amnya masih menurun kerana FCPO diniagakan di bawah kedua-dua garisan SMA 50 hari dan 200 hari dengan paras rintangan RM4,100 masih belum ditembusi.

Berdasarkan momentum positif baharu ini, komoditi ini mungkin berhadapan dengan paras rintangan pertama pada RM4,000. Buat waktu sekarang, kami berpegang dengan bias dagangan negatif kami sehingga FCPO bergerak melepasi paras rintangan RM4,100. Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada harga RM4,328 atau penutupan 4 Apr.

  • Paras henti rugi ditetapkan pada RM4,100 demi mengawal risiko-risiko dagangan yang ada.
  • Paras sokongan segera ditetapkan pada RM3,700 diikuti oleh paras MYR3,500
  • Jika harga meningkat, rintangan dijangka berada pada RM4,000 dengan rintangan lebih tinggi mencecah paras ambang yang dinyatakan di atas, iaitu sebanyak MYR4,100

Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Sesi PERCUMA kini dibuka!!
⏳ Tempat TERHAD Kepada 50 Peserta Sahaja!
Daftar Sekarang Sebelum Penuh!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO

Previous ArticleNext Article

Pengeluaran MSM Malaysia Naik 2.35 Peratus Pada Ogos, Eksport Minyak Sawit Turun 0.29 Peratus

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) — Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia meningkat sebanyak 2.35 peratus bulan ke bulan kepada 1.86 juta tan pada Ogos daripada 1.81 juta tan pada Julai, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Namun, eksport minyak sawit negara mencatatkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 0.29 peratus kepada 1.32 juta tan pada bulan lepas daripada 1.33 juta tan pada bulan sebelumnya.


Kata MPOB dalam Laporan Prestasi Industri Minyak Sawit Malaysia Ogos 2025, pengeluaran isirung sawit meningkat sebanyak 2.66 peratus bulan ke bulan kepada 443,077 tan daripada 431,615 tan pada Julai.

Sementara itu, pengeluaran minyak isirung sawit mentah menurun sebanyak 4.39 peratus bulan ke bulan kepada 208,655 tan daripada 218,239 tan sebelumnya manakala dedak isirung sawit susut sebanyak 4.63 peratus bulan ke bulan kepada 227,473 tan daripada 238,511 tan.


Mengenai inventori, MPOB berkata stok MSM naik sebanyak 5.45 peratus kepada 1.08 juta tan pada Ogos daripada 1.02 juta tan pada bulan sebelumnya manakala stok minyak sawit terproses menokok sebanyak 3.00 peratus bulan ke bulan kepada 1.12 juta tan daripada 1.09 juta tan sebelumnya.


“Ini menyebabkan jumlah inventori minyak sawit meningkat sebanyak 4.18 peratus kepada 2.20 juta tan pada Ogos daripada 2.11 juta tan pada Julai,” katanya.

Sementara itu, eksport minyak isirung sawit melonjak sebanyak 22.91 peratus kepada 110,656 tan daripada 90,028 tan sebelumnya manakala eksport dedak isirung sawit merosot sebanyak 30.82 peratus bulan ke bulan kepada 175,874 tan daripada 254,239 tan.


Eksport oleokimia turun sebanyak 7.28 peratus bulan ke bulan kepada 230,988 tan daripada 249,128 tan manakala eksport biodiesel menguncup sebanyak 37.32 peratus kepada 30,833 tan bulan ke bulan daripada 49,195 tan.


“Import MSM pada Ogos sifar daripada 7,816 tan pada Julai manakala jumlah import minyak isirung sawit menurun sebanyak 42.56 peratus bulan ke bulan kepada 14,082 tan daripada 24,516 tan pada Jun,” tambah MPOB.


— BERNAMA