Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno

Selain daripada pelaburan saham, unit trust, hartanah, emas, robo-advisor dan bermacam-macam lagi, ada lagi satu pelaburan yang baru saja ditentukan sebagai sah dan patuh Syariah di Malaysia – aset digital atau juga dikenali sebagai mata wang kripto (crypto currency).

Eh kejap, betul ke pelaburan aset digital ini patuh Syariah? Jom dengarkan penjelasan Dr. Zaharuddin yang merupakan pakar dalam bidang muamalat dan kewangan Islam.

Baca: Aset Digital Menurut Perspektif Syariah (KEPUTUSAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 31 Disember 2020)

Bila kita dah tahu ianya patuh Syariah, kena juga tahu platform mana yang sah untuk kita beli dan jual aset digital ini pula.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Setakat hari ini, ada 6 platform yang diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:

  • Luno Malaysia
  • MX Global
  • SINEGY Technologies
  • Tokenize Technology Malaysia
  • HATA Digital
  • Torum International

Dah bersedia untuk mulakan perjalanan anda dalam dunia aset digital, jom kita mulakan langkah pertama dengan membuka akaun Luno.

1. Muat turun di Google Play Store atau di Apple App Store: https://apps.apple.com/us/app/luno-bitcoin-cryptocurrency/id927362479

Lepas dah berjaya install, buka aplikasi Luno tersebut

2. Klik ‘Get Started’ untuk buka akaun Luno

3. Klik ‘Sign Up’

4. Boleh sign up guna akaun Google atau Facebook untuk mencepatkan proses

5. Masukkan Pin Number, setiap transaksi beli/jual nanti dia akan minta kita masukkan Pin Number

6. Masukkan nombor telefon yang betul, sebab nanti dia akan hantar SMS atau telefon kita mengikut nombor yang dimasukkan sebagai pengesahan

7. Masukkan kod 4 angka yang diterima melalui SMS

8. Set up profail kita terlebih dahulu

9. Masukkan nama penuh seperti dalam kad pengenalan dan juga nombor MyKad

10. Jawab beberapa soalan ringkas

11. Masukkan tujuan kita menggunakan Luno dan pekerjaan

12. Masukkan punca pendapatan yang akan digunakan untuk kita beli aset digital ini

13. Masukkan alamat penuh

14. Kena sahkan identiti baru boleh beli aset digital

15. Ambil gambar kad pengenalan (depan dan belakang) beserta selfie kita sambil memegang kad pengenalan. Proses akan ambil masa dalam lima hari bekerja

16. Dah siap akaun, boleh login.

Tapi sebelum itu, klik Rewards dan masukkan kod F9S7R8. Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250, nanti dapat RM50 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

You’re invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 50.00 free BTC

https://www.luno.com/invite/F9S7R8

17. Dah masukkan kod F9S7R8, baru buat pembelian pertama. Kalau tak, nanti tak dapat bonus RM50 dalam bentuk Bitcoin.

Sekarang jom klik butang Buy.

18. Top-up dulu wallet

19. Masih ingat lagi syarat untuk dapat RM50 Bitcoin percuma? Lepas masuk kod F9S7R8, minima pembelian adalah RM250 tapi itu tak termasuk kos transaksi beli Luno lagi.

Nak selamat, masukkan RM300.

20. FPX akan caj 70 sen untuk setiap transaksi

21. Guna Maybank2U pun mudah

22. Tahniah kerana berjaya beli aset digital kita yang pertama menggunakan Luno.

Mudah kan? Anggaplah aset digital ini sebagai pelaburan jangka masa panjang. Ianya juga sesuai sebagai tempat untuk kita pelbagaikan portfolio pelaburan. Gunakan sahaja teknik beli, simpan dan peram.

Nak melabur dalam aset digital kripto ini mudah sahaja sebenarnya kerana yang penting anda ada akaun dalam mana-mana platform kripto. Jika anda belum ada akaun Luno, jangan lepaskan peluang dan buka akaun anda di link ini.

Seperti biasa, pastikan hanya guna duit modal yang kita sanggup burnt atau rugi 100%. Perlu ingat untung pasangannya rugi. Pulangan pasangannya risiko.

Tiada pelaburan yang memberi keuntungan tanpa risiko kerugian.

Boleh buka akaun Luno di sini dan claim bonus RM50 dalam bentuk Bitcoin secara percuma. Jika sudah buka akaun, sebelum nak buat pembelian, klik Rewards dan masukkan kod 63B72W. Bila dah deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250, nanti dapat RM50 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Public Gold syarikat Malaysia pertama jadi ahli antarabangsa Shanghai Gold Exchange

KUALA LUMPUR: Syarikat logam berharga bersepadu, Public Gold Group berjaya menjadi ahli antarabangsa dalam Shanghai Gold Exchange (SGE) iaitu satu platform perdagangan emas yang paling berpengaruh di dunia.

Ini menjadikan Public Gold sebagai syarikat Malaysia pertama yang memperoleh pencapaian berkenaan.

Pencapaian bersejarah ini meletakkan kedudukan Public Gold di barisan hadapan dalam industri logam berharga ASEAN sekali gus memberikan akses langsung kepada rangkaian perdagangan global SGE, infrastruktur penghantaran fizikal dan kontrak emas yang dinilai dalam yuan Renminbi.

Syarikat itu berkata, penyertaan ini juga membolehkannya memperoleh serta menghantar emas melalui rangkaian peti simpanan antarabangsa SGE dengan lokasi strategik di Shanghai, Shenzhen dan Hong Kong.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Louis Ng, berkata menyertai SGE bukan sekadar pencapaian perniagaan tetapi ia juga merupakan langkah strategik bagi menghubungkan Malaysia secara langsung dengan pasaran emas terpenting di dunia.

“Dengan kehadiran yang semakin berkembang di Dubai, India, London dan seterusnya, Public Gold bersedia untuk membina rangkaian global yang benar-benar memberi manfaat kepada pelanggan kami serta industri emas Malaysia secara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain daripada keanggotaan SGE, Public Gold kini berada di peringkat akhir untuk memperoleh keahlian dengan India International Bullion Exchange (IIBX) dan akan memasuki pasaran London, seterusnya memperluas jangkauannya ke satu daripada pusat perdagangan emas terbesar dan paling kukuh di dunia.

“Dengan kehadirannya di Dubai iaitu pusat perdagangan emas utama di Asia Barat, Public Gold kini dapat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan rakan kerjasamanya di seluruh Asia, Timur Tengah dan tidak lama lagi, Eropah,” kata Public Gold.

Sebagai ahli Persatuan Emas Malaysia dan Singapore Bullion Market Association, Public Gold berhasrat memperkukuhkan peranan Malaysia dalam perdagangan logam berharga global sebagai sebuah syarikat yang bersepadu sepenuhnya.

Ia juga disasarkan beroperasi merentasi seluruh rantaian nilai emas iaitu daripada perdagangan emas borong hingga produk simpanan runcit, penyelesaian penyimpanan dan tawaran emas yang mematuhi prinsip Syariah.

Syarikat itu berkata, peluasan ke dalam SGE, IIBX, dan London mencerminkan komitmennya untuk meningkatkan kecekapan sumber melalui penyertaan langsung dalam pasaran emas utama dunia sambil memperluas peluang eksport produk emas Malaysia ke China, India, Asia Barat dan Eropah.

-BERNAMA

Baca lagi Perbandingan Simpan Emas dalam MIGA-i dan Public Gold