Coronavirus: Siapa Pihak Yang Untung?

Seperti yang kita tahu, Coronavirus sedang hebat melanda satu dunia. Virus yang tersebar meluas di China ini mula merebak ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Tetapi, di sebalik semua ini, ada pihak yang untung. Siapakah mereka?

Mereka adalah penjual face mask dan hand sanitizer. Sekarang, sukar untuk mencari face mask dan hand sanitizer di farmasi-farmasi berhampiran. Penjualan sangat laku sehingga kehabisan stok di banyak tempat.

This image has an empty alt attribute; its file name is Coronavirus-Siapa-Pihak-Yang-Berkeuntungan-700x468.jpg

Hal yang sama berlaku kepada salah satu penjual hand sanitizer iaitu Bath & Body Works’. Pemilik Bath & Body Works’, Limited Brands boleh mendapat keuntungan hasil jualan yang banyak untuk produk sabun dan hand sanitizer mereka. Jualan mereka mengalami permintaan yang sangat tinggi kerana semua orang ingin mengelakkan jangkitan virus tersebut.

Sabun dan hand sanitizer dianggarkan mewakili lebih kurang 20% jualan Limited Brands. Permintaan yang naik mendadak ini akan menambahkan dua ke empat peratus kepada jualan keseluruhan.

Penganalisa daripada Evercore telah meletakkan Limited Brands ke senarai “Tactical Outperform”. Ini dibuat memandangkan penjualan sabun dan hand sanitizer ini bakal mengaut keuntungan ketika ini. Dalam masa sebulan, harga saham naik sebanyak 28%.

Sumber: Trading View

Pemilik Bath & Body Works’ juga melihat jualan yang meningkat ketika H1N1 melanda sebelum ini. Tambahan pula, produk yang ditawarkan Bath & Body Works’ sangat berbeza dengan sabun dan hand sanitizer biasa kerana memiliki pelbagai jenis haruman yang menarik.

Malaysia Pun Tak Kurang Hebatnya

Selain daripada itu, industri pembuatan sarung tangan getah Malaysia juga menjana keuntungan. Saham syarikat sarung tangan getah seperti Top Glove Corp Bhd menguasai kedudukan teratas di Bursa Malaysia.

Permintaan sarung tangan getah yang naik mendadak telah membawa Top Glove dan juga beberapa syarikat lain menduduki kedudukan teratas daripada 10 yang tertinggi.

Top Glove melonjak sebanyak 46sen kepada RM6 (8.3%), diikuti Adventa Bhd, Kossan Rubber Industries Bhd, Supermax Corp Bhd dan Hartalega Holdings Bhd. Adventa meningkat sebanyak 28 sen kepada 89 sen (47.11%), Kossan naik sebanyak 26 sen kepada RM5.01 (5.47%), Supermax naik sebanyak 25 sen kepada RM1.86 (15.53%) dan Hartalega pula naik sebanyak 22 sen kepada RM6.25 (3.65%).

Situasi sekarang untuk pembuatan sarung tangan getah sangat positif, tetapi masih begantung kepada kapasiti mereka untuk memenuhi permintaan yang banyak terutamanya dari negara China.

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.