Kejatuhan Harga Minyak Mentah Sejak Oktober, Tanda Besar Ekonomi Global Semakin Perlahan

Di antara faktor yang menjadi tumpuan utama dalam pasaran global, adalah komoditi hitam atau minyak mentah. Dan kejatuhan harga minyak mentah yang berterusan sejak Oktober yang lalu, telah menimbulkan kebimbangan terhadap ekonomi dunia secara keseluruhan. Kerana di antara petunjuk penting untuk melihat tahap kesihatan ekonomi global, dapat dilihat pada pergerakan harga minyak mentah.

Kenapa Harga Minya Mentah Jadi Petunjuk Kesihatan Ekonomi Global?

Sudah tentu persoalan ini bermain di fikiran bukan?

Logiknya begini, ia berbalik kepada teori asas ekonomi supply and demand’. Di mana apabila banyak permintaan terhadap sesuatu barang, maka meningkatlah juga harga barang tersebut. Begitu juga dengan minyak mentah, apabila aktiviti ekonomi rancak dan meningkat di seluruh dunia, maka permintaan minyak mentah akan meningkat untuk menjalankan aktiviti seperti pengeluaran perkilangan dan logistik.

Apabila permintaan meningkat, harganya juga terpaksa dinaikkan dan menjadikan harga komoditi hitam menjadi lebih tinggi.

Pasaran secara keseluruhan akan terus memberi tumpuan kepada harga minyak mentah yang jatuh menjunam sejak akhir-akhir ini. Untuk pengetahuan anda, harga minyak mentah jatuh dua bulan berturut-turut pada November dan menghampiri paras terendah yang direkodkan pada tahun lalu.

WTI dan Brent, Kedua-duanya Jatuh

Kejatuhan jelas dilihat kepada dua penanda aras utama komoditi hitam iaitu WTI (West Texas Intermediate) dan juga Brent. Kita akan jadikan WTI sebagai fokus dalam artikel kerana pergerakan harga bagi kedua-dua penanda aras ini tidak jauh berbeza.

Harga WTI seperti dalam carta di bawah menunjukkan harga minyak mentah dunia mencapai paras tertinggi pada 5 Oktober 2018 pada harga di sekitar US$76.50 setong dan jatuh ke paras rendah US$51.70 pada 10 Disember 2018 iaitu kira-kira 32% kejatuhan dalam tempoh kurang dari tiga bulan.

Tren kejatuhan Harga Minyak Mentah,WTI. Sumber: Investing.com

Kejatuhan berterusan ini telah memaksa Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah bermula pada Januari tahun 2019 bagi menstabilkan harga.

Dalam mesyuarat yang berlangsung baru-baru ini, ahli-ahli OPEC bersetuju pada Sabtu (8 Disember 2018) untuk mengurangkan bekalan 1.2 juta tong minyak sehari selama enam bulan pertama tahun hadapan.

Sudah tentu usaha ini menjadi respon penting bagi berhadapan dengan pemangkin negatif kepada pasaran minyak mentah sejak beberapa bulan lepas terutamanya krisis geopolitik di Timur Tengah, dan juga peningkatan pengeluaran oleh pengeluar utama dunia.

Banyak Faktor Lain Yang Menyebabkan Harga Minyak Mentah Jatuh

Kita berkemungkinan telah memasuki era volatiliti harga dalam pasaran minyak mentah di mana harga bergerak naik-turun dengan tidak menentu. Ia terutamanya disebabkan ketidaktentuan yang berlaku di Timur Tengah di mana tersimpannya lebih dari separuh rizab petroleum dunia. Sekatan terhadap Iran, kecelaruan yang menghantui Arab Saudi berikutan pembunuhan penulis Washington Post, Jamal Khashoggi dan peperangan proksi di antara Arab Saudi dan Iran di Yaman.

Pemangkin negatif pasaran khususnya krisis geopolitik di Timur Tengah dan tidak lupa juga kebimbangan pasaran kepada perang dagang AS-China telah menyebabkan kejatuhan berterusan minyak mentah sejak dua bulan lalu. Ia sekaligus telah mempengaruhi permintaan dan penawaran dalam pasaran di mana berlakunya lambakan bekalan minyak mentah disebabkan jangkaan aktiviti ekonomi yang perlahan di masa hadapan.

Walaubagaimanapun, usaha untuk mengurangkan bekalan minyak mentah dunia sebanyak 1.2 juta tong sehari pada Sabtu lepas (8 Disember 2018) dijangka dapat mengimbangi bekalan dalam pasaran ini walaupun jumlah itu meleset daripada jaangkaan dan harapan pasaran. Pasaran pada mulanya mengharapkan pemotongan yang lebih besar dari jumlah itu sekitar 1.5 juta tong sekaligus telah menyebabkan harga komoditi hitam kekal tertekan pada Isnin (12 Disember 2018) disebabkan jangkaan yang meleset. Walaupun begitu, majoriti penganalisis berpendapat jumlah pemotongan yang diumumkan sudah mencukupi untuk mengimbangi lebihan bekalan dalam pasaran dan menghalang kejatuhan berterusan apabila kita memasuki tahun hadapan.

Sudah tentu, harga minyak mentah akan mengambil sedikit masa untuk menerima impak positif pengurangan bekalan oleh OPEC sebelum bergerak kepada harga yang lebih optimum di sekitar $65 setong bagi WTI atau lebih daripada itu. Jika tiada pemangkin negatif yang baru wujud dalam pasaran minyak mentah ditambah dengan proses rundingan perdagangan AS-China yang positif, tidak mustahil harga komoditi hitam akan kembali pulih ke paras yang lebih tinggi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Syarikat Semikonduktor, E&E Berdepan Tekanan Tarif Dikenakan AS – MSIA


KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) — Syarikat semikonduktor serta elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia tidak akan dapat menyerap implikasi daripada tarif Amerika Syarikat (AS) atau mengekalkan harga untuk pelanggan di AS, menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA).

Dapatan daripada Kaji Selidik Suku Tahunan E&E dan Semikonduktor MSIA pada suku pertama 2025 menunjukkan sebanyak 74 peratus daripada responden bersetuju dasar dan tarif AS akan menjejaskan pelaburan dan tarikan Malaysia manakala 65 peratus menyatakan ia akan memberi impak negatif kepada industri E&E Malaysia dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Kaji selidik suku tahunan itu dijalankan melibatkan lebih 300 ahli, menilai sentimen, trend, cabaran dan peluang dalam industri E&E dan semikonduktor Malaysia.

Ia tertumpu kepada implikasi tarif AS, dasar perdagangan dan tindak balas antarabangsa, terutamanya siasatan yang sedang dijalankan di bawah Seksyen 232 Akta Pengembangan Perdagangan 1962 AS.

Dalam kenyataan, Presiden MSIA Datuk Seri Wong Siew Hai berkata perubahan tarif yang kerap dan kawalan eksport telah mengganggu rantaian bekalan, meningkatkan kos dan memperlahankan ekonomi global.

“Gangguan ini dijangka menjejaskan permintaan global, memberi impak kepada Malaysia dan negara perdagangan utama lain.

“MSIA berharap kerajaan dapat berunding dengan AS untuk terma tarif yang lebih baik terutamanya berdasarkan sumbangan Malaysia selama lima dekad terhadap kebangkitan syarikat gergasi semikonduktor AS,” katanya.

Katanya MSIA mengiktiraf dan memuji usaha kerajaan untuk melindungi kepentingan negara dan giat berbincang dengan kementerian dan agensi berkaitan untuk memastikan kebimbangan dan cadangan industri disampaikan dengan baik dalam rundingan dengan AS.

— BERNAMA

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee