Kisah ‘Archegos Capital Margin Call’, Jerung Pun Boleh Rugi USD35 Bilion

Pada minggu lalu, berlaku kekecohan di pasaran saham Nasdaq apabila beberapa syarikat yang tersenarai telah berlaku penjualan secara besar-besaran dalam masa yang singkat.

Dua syarikat media iaitu Discovery Inc dan juga ViacomCBS (sebuah syarikat media gabungan antara CBS Corporation dan Viacom Inc) yang jatuh lebih daripada 25% dalam masa satu hari, adalah merupakan antara syarikat yang terkesan akibat daripada penjualan tersebut.

Siapa Archegos Capital?

Archegos Capital adalah sebuah syarikat pengurusan kewangan yang mengurus dana keluarga dan individu berpendapatan tinggi. Archegos diuruskan oleh Bill Hwang yang merupakan bekas fund manager di Tiger Management dan kemudiannya menubuhkan syarikat pengurusan kewangannya sendiri dengan nama Tiger Asia.

Syarikat berkenaan terlibat dalam satu kes insider trading dan market manipulation pada tahun 2012 dan diarah untuk membayar denda sebanyak USD44 juta kepada Securities Exchange Commission.

Bill Hwang kemudiannya menukar nama syarikat kepada Archegos Capital pada tahun 2013 dan memilih untuk menguruskan hanya dana keluarga dan individu tertentu.

Archegos membuat pelaburan menggunakan margin yang membolehkan mereka untuk membuat pelaburan dalam total return swap melebihi jumlah aset yang mereka perolehi.

Sebagai cagaran, Archegos meletakkan saham beberapa syarikat kepada bank yang telah  memberikan pinjaman.

Namun, pada minggu lalu, harga bagi aset yang dicagarkan telah jatuh dan mereka diminta untuk menambah aset cagaran. Jika tidak, forced selling bakal dilakukan.

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Archegos gagal memenuhi keperluan bagi menambah aset dan akhirnya bank-bank terpaksa menjual saham yang dicagarkan. Ini menyebabkan penjualan besar-besaran atau dikenali sebagai block selling berlaku pada minggu lepas.

Situasi yang berlaku ini sama seperti kejadian menimpa Melvin Capital dalam isu Gamestop yang mengalami kerugian akibat pelaburan yang terlalu besar.

Baca: GameStop, Peperangan Di Antara Wall Street Guy dan Reddit Community

Impak bagi kerugian Archegos bukan sahaja hanya terkesan pada syarikat tersebut. Malah, ianya turut memberi kerugian kepada bank-bank yang memberi pinjaman kepada mereka untuk membuat pelaburan.

Goldman Sachs, Deutsche Bank dan Morgan Stanley merupakan bank-bank yang terawal mencairkan aset Archegos manakala Nomura dan Credit Suisse pula merupakan bank-bank yang paling terkesan akibat margin call ini.

Situasi ini turut mengakibatkan kejatuhan harga saham bagi bank-bank yang terlibat akibat dari kerugian besar yang mereka alami.

Katanya Archegos Capitalterpaksa menanggung kerugian USD35 bilion, manakala Nomura pula rugi USD2 bilion. Yang lain belum lagi mengeluarkan laporan kerugian mereka.

Sebab itulah kita disarankan untuk melabur guna duit lebihan, berapa saja duit yang kita sanggup rugi.

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti FacebookGoogleTesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
 Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Dagangan Sekuriti Ireka Akan Digantung Pada 3 Okt, Berdepan Risiko Dinyahsenarai

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd akan menggantung dagangan sekuriti Ireka Corporation Bhd (ICB) berkuat kuasa 3 Okt 2025.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata bursa telah menolak permohonan ICB untuk melanjutkan masa bagi mengemukakan pelan penyusunan semulanya.

Melainkan rayuan dikemukakan pada atau sebelum 2 Okt, sekuriti syarikat itu akan dinyahsenarai daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia pada 7 Okt.

Menurut Bursa Malaysia, sebarang rayuan yang dikemukakan selepas tempoh masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Sekiranya rayuan dibuat dalam tempoh masa itu, penyahsenaraian akan ditangguhkan sementara menunggu keputusan.

“Bagaimanapun, Bursa Securities akan meneruskan untuk menggantung dagangan sekuriti syarikat pada 3 Okt, walaupun keputusan rayuan syarikat masih belum selesai,” kata ICB.

Sebaik sahaja dinyahsenarai, sekuriti ICB akan ditarik balik daripada Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, dengan syarikat itu terus mengekalkan maklumat pemegang sahamnya dalam daftarnya.

ICB berkata syarikat itu akan menjadi entiti tidak tersenarai dan kekal dapat beroperasi serta meneruskan penstrukturan semula korporat.

Hak pemegang saham akan kekal dilindungi di bawah Akta Syarikat 2016, walaupun saham mereka tidak lagi disebut harga atau didagangkan di Bursa Malaysia.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat itu melaporkan bahawa ia telah gagal membayar balik pinjaman berjumlah RM1.04 juta kepada Hong Leong Bank Bhd (HLBB) dan AmBank (M) Bhd.

ICB berkata kemungkiran bayaran itu berkaitan dengan kemudahan pembiayaan yang asalnya diberikan kepada bekas anak syarikat milik penuhnya, Ireka Engineering & Construction Sdn Bhd (IECSB), yang telah menamatkan operasi.
— BERNAMA