Perang Perdagangan Sebenarnya Menguntungkan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia

Perang perdagangan yang berterusan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China telah membuka ruang yang lebih luas kepada syarikat-syarikat tempatan dalam membekalkan produk berasaskan sintetik terutamanya sarung tangan.

Syarikat-syarikat di Amerika Syarikat dijangka akan beralih arah ke negara-negara Asia seperti Malaysia, bagi mendapatkan alternatif produk yang lebih murah sekaligus dapat membuka peluang kepada pengeluar produk sarung tangan getah negara untuk menguasai pasaran AS serta Eropah.

Untuk pengetahuan anda, AS baru-baru ini mengenakan tarif sebanyak 10% ke atas sarung tangan perubatan yang dibuat di China mulai 1 September 2019.

Perang perdagangan yang berlangsung sejak tahun lalu sebenarnya telah mengganggu rantaian bekalan (supply-chain) global. Namun, dalam masa yang sama ianya memberi faedah kepada negara-negara lain khususnya pengeluar dari Malaysia.

Presiden dan Pengarah Urusan Supermax Corporation Bhd (Supermax), Datuk Seri Stanley Thai, berkata pengeluar produk sarung tangan termasuk syarikatnya sendiri mendapat manfaat daripada peningkatan tarif yang dikenakan AS terhadap barangan dari China.

Beliau berkata, produk sarung tangan getah perubatan dari Malaysia bakal menguasai pasaran AS dalam beberapa tahun akan datang.

Malaysia Pembekal Terbesar Ke Amerika Syarikat

Sarung tangan perubatan adalah salah satu produk yang berada dalam senarai tarif baru oleh Amerika Syarikat terhadap China pada 1 September yang lalu. Manakala 25% tarif telah dikenakan kepada sarung tangan bukan-perubatan sejak 1 Mei 2019.

Ramai yang berpendapat perkara ini bakal membuka ruang yang lebih luas kepada pengeluar tempatan kerana status China sebagai antara pengeluar terbesar sarung tangan sintetik di dunia.

11% import keseluruhan sarung tangan sintetik ke Amerika Syarikat datang dari China berdasarkan laporan kaji selidik Maybank Investment. Penganalisis di Maybank Investment berkata impak daripada perang dagang menyebabkan sektor kesihatan AS beralih dari China ke Malaysia, manakala China pula mencari destinasi eksport baru ke Eropah.

Tahun lalu sahaja, 66% dari jumlah keseluruhan import sarung tangan sintetik ke Amerika Syarkat datang dari Malaysia menjadikan negara kita pembekal utama produk ini ke negara itu.

Pembekal Tempatan Dapat Permintaan Lebih Tinggi?

Kajian oleh MIDF menjangka pembuat sarung tangan sintetik negara bakal mendapat faedah dengan permintaan lebih tinggi dari Amerika Syarikat.

Walaupun kita bakal bersaing dengan China di pentas Eropah, tetapi dengan strategi penetapan harga yang lebih kompetitif akan mengekalkan peratusan pegangan pasaran syarikat tempatan di rantau tersebut.

Supermax merupakan salah satu pengeluar terbesar di Malaysia dan menjangkakan nilai eksport akan meningkat 10% pada tahun kewangan 2020, didorong oleh konflik perang perdagangan itu. Eksport Supmermax ke AS ketika ini sekitar 30% daripada jumlah eksport keseluruhan syarikat.

Daripada satu sudut, perang perdagangan banyak menimbulkan ketidaktentuan pasaran tetapi dari sudut yang lain, ia telah mewujudkan peluang bagi pengeluar Malaysia meningkatkan penguasaan pasaran global.

Supermax juga menyasarkan peningkatan pengeluaran kepada 27 bilion tan metrik pada Disember 2020 daripada 21.75 bilion tan metrik ketika ini, dan ia dijangka terus meningkat kepada 44.1 bilion tan metrik menjelang 2024.

Berikut adalah pergerakan semasa saham dua pengeluar sarung tangan utama negara terutamanya selepas tarif baru 10% berkuatkuasa pada 1 September terhadap sarung tangan sintetik perubatan dari China:

Supermax Corporation Berhad

Pergerakan Harga Saham Supermax, Sumber : Tradingview

Carta di atas adalah pergerakan saham Supermax dalam rangka masa empat jam. Lorekan kuning menunjukkan harga saham kaunter berkenaan pada tarikh 1 September dan 11 September.

Jelas dilihat terdapat kenaikan ketara selepas tarif baru oleh AS terhadap China. Harga saham Supermax pada 1 September 2019 berlegar di sekitar harga RM1.47 dan meningkat sebanyak 13% dalam masa sepuluh hari kepada RM1.67.

Hartalega Holdings Berhad

Pergerakan Harga Saham Hartalega, Sumber : Tradingview

Hartalega Holdings Berhad (Hartalega) adalah syarikat pengeluaran sarung tangan nitril yang terbesar di dunia. Sejak tahun 2008, modal pasaran syarikat ini telah meningkat sebanyak 46 kali ganda daripada hanya RM436 juta kepada RM17.9 bilion.

Sama seperti Supermax, Hartalega juga mencatatkan kenaikan harga saham selepas tarif baru berkuatkuasa pada 1 September. Dapat dilihat kenaikan signifikan di antara tarikh 1 September hingga 11 September 2019 dari RM5.08 kepada RM5.38, iaitu kenaikan hampir 6% dalam tempoh kurang daripada dua minggu.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/09/06/local-glove-makers-benefit-from-us-china-trade-war-supermax-says
  2. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/09/11/glove-makers-to-gain-as-us-impose-tariffs-on-china-gloves
  3. https://www.theedgemarkets.com/article/us-tariffs-give-local-glove-sector-temporary-boost
  4. https://www.sinarharian.com.my/article/42747/BISNES/Industri-sarung-tangan-getah-sasar-peroleh-RM20-bilion
  5. https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/09/604237/peluang-pengeluar-sarung-tangan-getah-kuasai-eropah
  6. http://www.majalahlabur.com/saham/ambil-tahu-11-perkara-ini-sebelum-nak-melabur-saham-hartalega/

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tarif Trump Boleh Jejaskan Pertumbuhan Perdagangan Global Sehingga 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.

Profesor di Stern School of Business, New York University (NYU), Steven A. Altman berkata senario itu boleh berlaku jika AS dan negara lain bertindak balas dalam bentuk tarif ke atas eksport AS.

Beliau juga mempertimbangkan kemungkinan kesan terhadap perdagangan global jika Trump meneruskan peningkatan tarif yang dicadangkan semasa kempen pilihan rayanya, termasuk pengenaan tarif 60 peratus ke atas semua import AS dari China, dan 10 peratus bagi import dari negara lain di seluruh dunia.

“Tarif ini berkemungkinan memperlahan pertumbuhan perdagangan global dengan ketara, walaupun tidak akan menjejaskan sepenuhnya,” katanya semasa taklimat media webinar mengenai pelancaran laporan DHL Trade Atlas hari ini.

Edisi 2025 itu menyediakan laporan mendalam mengenai landskap aliran import dan eksport global.

Laporan yang diterbitkan dengan kerjasama Stern School of Business, NYU itu meliputi hampir 200 negara, meneliti trend pertumbuhan perdagangan, peralihan dari segi geografi, campuran produk yang didagangkan dan perubahan menyeluruh dalam persekitaran perniagaan.

Altman berkata tanpa pelaksanaan sepenuhnya tarif yang dicadangkan Trump, perdagangan global dijangka berkembang kira-kira 16 peratus menjelang 2029, berbanding tahap unjuran 2024.

“Walaupun di bawah anggaran paling pesimistik iaitu pengurangan jumlah perdagangan sebanyak 10 peratus menjelang 2029, pertumbuhan perdagangan yang positif masih akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang, walaupun jauh lebih rendah daripada senario asas itu,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.