Saham Syarikat Bas Yang Sedang Rugi Tiba-Tiba Naik Mencanak

Pada minggu lepas (29 Mac 2019), kita telah dikejutkan dengan kenaikan mendadak saham syarikat GETS Global Berhad, yang dulunya dikenali sebagai KBES Berhad (Konsortium Bas Ekspres Semenanjung).

Sumber: Bursa Marketplace

Saham GETS ni telah naik daripada harga RM0.13 untuk ditutup pada harga RM0.34 pada hari Jumaat.

Khamis 28 Mac 2019: RM0.13

Jumaat 29 Mac 2019: RM0.34

Kenaikan: RM0.21 atau 161.54% dalam masa sehari

Pelantikan Mirzan Mahathir Puncanya

Sumber: Bursa Malaysia

Hari Khamis pengumuman bahawa Mirzan Mahathir, anak kepada Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah bukan eksekutif syarikat GETS Global ni, hari Jumaat naik tak agak-agak.

Mirzan juga merupakan pengerusi dan CEO bagi Crescent Capital Sdn Bhd, dan turut menjadi ahli lembaga pengarah syarikat Petron Corporation (syarikat minyak) yang disenaraikan di Pasaran Saham Filipina; dan juga SBI Offshore Ltd yang disenaraikan di Pasaran Saham Singapura.

Siapa GETS Global ni?

Sumber: Laman Web GETS Global

Tak banyak yang boleh diperolehi daripada laman web GETS Global ni, sebab ianya sedang dikemaskini. Siapa yang biasa naik bas mesti pernah dengar atau naik bas yang disediakan oleh KBES (Konsortium Bas Ekspres Semenanjung).

Sumber: Laman Web KBES

Macam familiar kan? Pernah nampak atas jalanraya? Atau pernah naik bas KBES ni?

Prestasi Kewangan GETS Global

Sumber: MalaysiaStockBiz

Kalau dilihat kepada prestasi kewangan syarikat, nampak tidak memberangsangkan. Perolehan kelihatan menurun, kerugian pula boleh tahan banyak. Senang cerita Fundamental memang tak bagus.

Tapi disebabkan ada satu berita atau catalyst yang baik, minat belian meningkat naik sekaligus harga saham pun melonjak naik.

Apa nasibnya selepas ini? Mungkinkah prestasi kewangan syarikat dapat diperbaiki?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.