
Image by Orna Wachman from Pixabay
Penularan pandemik COVID-19 telah melanda dunia lebih dari setahun dan telah menyebab kerosakan dan kelembapan pada ekonomi dunia. Seluruh dunia terkesan dengan pandemik COVID-19 termasuk negara-negara maju seperti Amerika Syarikat.
Peningkatan kes COVID-19 pada ketika ini berada pada keadaan yang sangat genting dan membimbangkan. Ditambah lagi dengan ‘delta variant’ terbaru yang boleh merebak dengan cepat dan pantas.
Namun, dalam setiap krisis pasti akan wujud peluang. Dalam pasaran saham pula, sektor yang mendapat durian runtuh dari penularan kes COVID-19 adalah sektor penjagaan kesihatan (Healthcare).
Sejak penularan COVID-19 pada Mac 2020, sektor ini telah melonjak lebih daripada 10 kali ganda dan memberikan pulangan yang tak masuk akal kepada para pelabur.

Indeks Healthcare meningkat dengan ketara bermula dari Mac 2020 sehingga Ogos 2020.

Bagi syarikat healthcare SUPERMAX telah mencatatkan keuntungan lebih 1000%.
Selain daripada sektor Healthcare, antara sektor lain yang mendapatkan tempias daripada penularan COVID-19 adalah sektor Logistik dan sektor Wood & Furniture.
Hal ini berikutan daripada kempen bekerja dari rumah (Work From Home) dan juga peningkatan pembelian secara online sepanjang penularan COVID-19.
Sektor Logistik mempunyai potensi berkembang di masa hadapan dengan trend pembelian secara online oleh penduduk dunia semakin meningkat.
Bagi sektor Wood & Furniture ,syarikat-syarikat pengeluar produk kayu perabot di Malaysia merupakan pengeksport yang berjaya di Amerika Syarikat.
Syarikat-syarikat ini mendapat permintaan yang tinggi pada masa penularan COVID-19 dan telah menarik pelabur untuk melabur ke dalam syarikat kayu dan perabot.

Syarikat MIECO merupakan pengeluar produk kayu dan mengeksport ke Amerika Syarikat. Saham syarikat ini telah meningkat 600% sepanjang penularan COVID-19.
Pemahaman mengenai perniagaan yang terlibat di dalam sektor tersebut sangat penting kerana ia akan memberi peluang untuk kita menjana keuntungan yang berganda. Kajian yang terperinci perlu dibuat dan pembacaan yang mendalam perlu dilakukan untuk memahami perniagaan yang bakal kita ceburi.
Pasaran saham mempunyai banyak sektor dan sektor-sektor ini sering berulang dan berputar seperti roda. Kita sebagai pelabur bijak perlu peka untuk memasuki sektor yang betul dan mendapat pulangan yang lebih baik.
Baca juga : 
Pengenalan Kepada Sektor Dan Industri Dalam Saham
Sektor Teknologi Kesukaan Ramai Di Bursa Malaysia

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama korang. Bila faham isi kandungan buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain!
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak ketenangan, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini. Misi kami agar dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat dalam bidang kewangan dan pelaburan.












