TNB Pun Dah Tawarkan Perkhidmatan Jalur Lebar, Selamat Tinggal TM?

Berita baik untuk rakyat Malaysia, kini kita ada satu lagi pilihan bagi perkhidmatan jalur lebar – City Broadband. Ianya ditawarkan oleh anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), iaitu Setia Haruman Technology.

TNB yang sinonim dengan pembekalan tenaga elektrik di Malaysia, telah membeli syarikat Setia Haruman Technology pada tahun lepas dengan harga RM28 juta. Maka bermulalah perjalanan TNB dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar ini pula.

Memperkenalkan Pelan City Broadband

Sumber: City Broadband

Teramatlah murah pelan 50Mbps pada harga RM79 sebulan. Datang dengan data tanpa had pula tu.

Tapi ada caj RM300 pula untuk kontrak 12 bulan. Jika kita buat kira-kira ke atas caj ini, ini bermakna sebulan kita bayar lebih RM25 (RM300 bahagi 12 bulan). Maka jumlah sebenar yang perlu dibayar adalah RM104 sebulan untuk tahun pertama. Tahun kedua baru RM79 sebulan berjalan.

Saham TNB Akan Naik?

Sumber: Bursa Marketplace

Produk baru dan perkhidmatan baru bakal mendatangkan punca pendapatan yang baru. Ada pendapatan baru, ada pula keuntungan baru.

Adakah kita bakal menyaksikan kenaikan saham TNB lepas ni?

TM Sudah Jatuh Ditimpa Tangga?

Sebelum ini pun, kita sudah membincangkan perihal Telekom Malaysia (TM) dalam artikel Bertabahlah Wahai Pemegang-Pemegang Saham Telekom Malaysia Berhad (TM).

TM dan syarikat-syarikat lain yang menawarkan perkhihdmatan jalur lebar, diminta menurunkan harga masing-masing. Ini kerana pihak kerajaan melihat bahawa harga yang ditawarkan adalah tidak kompetitif jika dibandingkan dengan negara-negara serantau yang lain.

Disebabkan permintaan menurun akibat daripada persaingan hebat, kini keuntungan juga menurun kerana terpaksa menurunkan harga.

Kesannya? Harga saham pun jatuh teruk.

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau setahun yang lalu, saham TM berharga RM6 seunit, kini hanya RM2 lebih sahaja. Jatuh sebanyak 60% dalam masa setahun.

Yang lagi kesian, disebabkan harga saham yang jatuh banyak, TM tidak lagi disenaraikan dalam senarai elit FBMKLCI. Mereka bukan lagi berada dalam Top 30 syarikat yang hebat dalam Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.