Dividen Real Estate Investment Trust (REIT) Tinggi Ke?

Antara kelebihan pelaburan saham di Bursa Malaysia ni, kita boleh buat duit dengan dua cara. Pertama, dengan kenaikan harga saham atau capital gain. Beli harga rendah dan jual pada harga tinggi (Buy low sell high).

Cara kedua adalah berdasarkan dividen yang diberi kepada para pelabur.

Kalau diikutkan, saham-saham Real Estate Investment Trust (REIT) atau Amanah Pelaburan Hartanah memang di antara saham yang paling kerap dan steady bagi dividen kepada pemegang saham.

Bagi mereka yang tak tahu, REIT adalah satu dana yang memiliki dan menguruskan hartanah komersial yang menjana pendapatan seperti kompleks membeli-belah, hospital, peladangan, hotel, pejabat dan kilang.

Pihak pengurusan syarikat untuk REIT dibenarkan menolak dividen yang dibayar kepada pemegang saham daripada pendapatan korporat yang dikenakan cukai. Untuk menikmati status bebas cukai ini, aset dan pendapatan REIT mesti datang daripada aset hartanah dan mengagihkan sekurang-kurangnya 90% daripada jumlah pendapatan kepada pemegang saham setiap tahun.

Persoalannya, adakah dividen REIT tinggi dan adakah ianya berbaloi?

Kadar Dividen REIT Yang Tersenarai Di Bursa Malaysia

Mengikut tapisan Bursa Malaysia, ada 19 saham yang dikategorikan sebagai REIT di Bursa Malaysia seperti di atas.

Namun, hanya lima saham saja yang patuh Syariah dan berikut merupakan perincian kadar dividen dan Capital Gain sepanjang setahun yang lalu.

1. Al-Salam REIT (ALSREIT)

Sumber: TradingView

Dividen Yield:

  • FY23: 2.67%
  • FY22: 5.56%
  • FY21: 5.11%

Kenaikan Harga Saham Setahun (Jan 2023- Dis 2023): RM0.105 atau +28.38%
Harga tutup 29 Dis 2023: RM0.475

Sejarah Pemberian Dividen:

Sumber: MalaysiaStockBiz

2. Al-’Aqar Healthcare REIT (ALAQAR)

Sumber: TradingView

Dividen Yield:

  • FY23: 6.27%
  • FY22: 6.43%
  • FY21: 6.19%

Kenaikan Harga Saham Setahun (Jan 2023- Dis 2023): RM0.09 atau +7.96%.
Harga tutup 29 Dis 2023: RM1.22

Sejarah Pemberian Dividen:

Sumber: Malaysia StockBiz

3. AXIS REIT (AXREIT)

Sumber: TradingView

Dividen Yield:

  • FY23: 4.86%
  • FY22: 5.48%
  • FY21: 5.33%

Kenaikan Harga Saham Setahun (Jan 2023- Dis 2023): RM0.07 atau +4.11%.
Harga tutup 29 Dis 2023: RM1.77

Sejarah Pemberian Dividen:

Sumber: Malaysia StockBiz

4. KLCC Real Estate Investment Trust (KLCC)

Sumber: TradingView

Dividen Yield:

  • FY23: 3.72%
  • FY22: 5.42%
  • FY21: 4.79%

Kenaikan Harga Saham Setahun (Jan 2023- Dis 2023): RM0.77 atau +12.18%.
Harga tutup 29 Dis 2023: RM7.090

Sejarah Pemberian Dividen:

Sumber: Malaysia StockBiz

5. AME Real Estate Investment Trust (AMEREIT)

Dividen Yield:

  • FY23: 3.72%
  • FY22: 5.42%
  • FY21: 4.79%

Kenaikan Harga Saham Setahun (Jan 2023- Dis 2023): RM0.20 atau +18.51%.
Harga tutup 29 Dis 2023: RM1.28

Sejarah Pemberian Dividen:

Keuntungan Dividen + Kenaikan Harga Saham

Ini yang seronok pasal pelaburan saham dalam REIT ni, keuntungan dividen pun kita dapat, kenaikan harga saham pun kita dapat. Dividen yang diperolehi pun konsisten sepanjang tahun, di sekitar 3% ke 6% setahun.

Tapi dengan syarat, kena simpan dan peram. Nak maksimumkan keuntungan dalam pelaburan REIT ini, tak boleh guna cara berdagang biasa seperti beli dan jual dalam masa yang singkat.

Jadi, rasa-rasanya berbaloi tak melabur dalam REIT?

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.