Sedang Rugi Dalam Saham? Ini 10 Tips Perlu Ikut

“Adoi, saham aku dia terjun tiruk pulakkk!”

Bawa bertenang, seperti berniaga, harga saham bergerak secara zig zag, ada hari dia turun, ada hari dia naik. Sebab itu kita dinasihatkan untuk menggunakan duit lebihan sahaja supaya tidak serabut kepala.

Ada yang suka dengan long-term investment. Ada yang suka dengan short-term trading.

Yang penting, sejarah membuktikan, pintu peluang sentiasa terbuka untuk kita mencari rezeki di pasaran saham. Dapat pulangan 10% -30% sebulan pun alhamdulillah.

Sudah menjadi adat dalam pelaburan saham, untung itu rezeki, rugi itu pasti. Bila sedang rugi, jangan susah hati. Kami cuma boleh nasihatkan jangan stress-stress dan jangan pula ‘give up’, cuba ikut tips ini terlebih dahulu.

1. BERHENTI SEKEJAP

Berhenti dari lihat skrin monitor. Emosi tidak stabil tidak sesuai untuk berjual beli saham.

2. THROWBACK PROFIT YANG PERTAMA

Ingat semula memori keuntungan pertama anda. Mungkin anda akan ada motivasi untuk bangkit semula.

3. BUAT SESUATU YANG ANDA SUKA

Cuba luangkan sedikit masa untuk melakukan sesuatu yang anda suka (selain tengok skrin saham) untuk mengembalikan mood.

4. PERHATIKAN PASARAN

Tengok sahaja! Jangan buat sebarang transaksi.

5. BACA KISAH INSPIRASI

Nama besar dalam sejarah dunia pelaburan saham juga pernah alami kerugian besar. Bacalah kisah inspirasi bagaimana mereka bangkit semula.

Baca juga 14 Nasihat Jim Rogers, Daripada Seorang Pelabur Tersohor Kepada Anaknya dan Benjamin Graham, The Intelligent Investor Pun Pernah Rugi Besar

6. JADIKAN PERISTIWA ITU SEBAGAI MOTIVASI

Jadikan setiap peristiwa itu sebagai satu pengajaran. Buat ‘trading plan’ yang lebih baik.

7. KAJI KENAPA KERUGIAN BERLAKU

Semak kesilapan daripada jual beli saham lalu untuk elakkan kesilapan yang sama berlaku lagi.

8. INGAT SEMULA ‘BIG WHY’

Jangan berangan kosong. Rancang secara terperinci. Dapatkan keterujaan untuk melabur semula.

Baca juga 5 Sebab Kenapa Kita Perlu Labur Saham

9. PRAKTIS ‘TRADE’ OLOK-OLOK

‘Paper Trade’ ialah proses perdagangan olok-olok di mana pelabur boleh ‘melatih’ melabur tanpa menggunakan wang sebenar.

Baca lagi Dah Beli Saham Olok-Olok Di BursaMarketPlace?

10. MULA BALIK DENGAN UNIT/MODAL KECIL

Mula kembali melabur dengan unit atau modal yang kecil, kerana keyakinan anda mungkin telah goyang.

Sumber : Facebook Tuan Hj Mohd Asri

Previous ArticleNext Article

Verdant Solar Holdings Berhad Bersiap Sedia Untuk Debut Di Pasaran ACE, Lancar Prospektus IPO

KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2025 – Verdant Solar Holdings Berhad (“Verdant” atau “Syarikat”), penyedia perkhidmatan Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (“EPCC”) serta Operasi dan Penyelenggaraan (“O&M”) untuk sistem fotovoltaik (“PV”) solar di Malaysia, hari ini telah melancarkan prospektus Tawaran Awam Permulaan (“IPO”). Acara ini menandakan langkah penting ke arah penyenaraian Syarikat yang dicadangkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) pada 22 Oktober 2025.

Dengan potensi pertumbuhan kukuh di tengah pasaran hartanah kediaman yang sedang rancak, disokong oleh program solar yang dimulakan kerajaan serta rekod pencapaian terbukti lebih daripada sedekad, Verdant menyasarkan untuk mengumpul hasil kasar dianggarkan sebanyak RM44.02 juta melalui terbitan 142,000,000 saham biasa baharu pada harga IPO RM0.31 sesaham. Berdasarkan modal saham terbitan diperbesarkan Syarikat sebanyak 817,618,243 saham dan harga IPO, permodalan pasaran Verdant dianggarkan berjumlah kira-kira RM253.46 juta.

Hasil daripada IPO akan disalurkan bagi menyokong pengembangan perniagaan Verdant. Daripada jumlah tersebut, 31.80% telah diperuntukkan untuk membiayai penubuhan pejabat cawangan bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan; 22.72% akan diperuntukkan untuk pengembangan melalui pelaburan strategik, peluang penggabungan dan pengambilalihan; dan 8.63% akan digunakan untuk meningkatkan infrastruktur digital Syarikat bagi memperkukuh kecemerlangan operasi. Baki selebihnya akan digunakan untuk modal kerja umum dan perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

Sebagai kontraktor EPCC, Verdant terlibat secara utama dalam penyampaian menyeluruh projek solar PV turnkey, meliputi reka bentuk dan kejuruteraan awal, pemerolehan peralatan, pemasangan di tapak, ujian dan pentauliahan, serta perkhidmatan selepas jualan O&M melalui aplikasi Verdant Home App. Syarikat juga menjalankan perdagangan produk solar, termasuk jenama sendiri bagi sistem pengudaraan solar, Verdant Star.

Lim Tzer Haur, Pengarah Urusan Verdant Solar Holdings Berhad berkata, “Penyenaraian kami yang dicadangkan di Pasaran ACE bukan sahaja menandakan satu pencapaian tetapi juga bukti hampir sedekad dedikasi dan kepakaran. Dari permulaan kami pada 2015 hingga menjadi penyedia penyelesaian dan perkhidmatan solar menyeluruh yang dipercayai, IPO ini akan menyediakan platform untuk Verdant Solar mengekalkan dan mempercepatkan pertumbuhan kami. Dipandu oleh tujuan kami untuk ‘Mengubah Cara Orang Mendapatkan Tenaga’, kami kekal komited untuk menjadikan penyelesaian solar dapat diakses oleh semua.”

“Dengan hasil yang diperoleh, kami merancang untuk memperkukuh kehadiran pasaran melalui pejabat cawangan baharu di Melaka, Kuantan, dan Ipoh, berkembang melalui pelaburan strategik serta penggabungan dan pengambilalihan, dan meningkatkan infrastruktur digital kami, termasuk sistem ERP dan CRM serta aplikasi Verdant Home App. Dengan Program Solar ATAP yang bakal memacu permintaan pemasangan solar pada 2026, kami percaya inisiatif ini akan menempatkan kami untuk memanfaatkan peluang ini di Malaysia dan memastikan nilai jangka panjang kepada para pemegang kepentingan,” tambahnya lagi.

Bersempena pelancaran ini, tempoh permohonan untuk IPO Verdant Solar Holdings Berhad akan bermula hari ini (29 September) dan berakhir pada 7 Oktober 2025 jam 5.00 petang. Mercury Securities Sdn Bhd merupakan Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal, dan Ejen Penempatan Tunggal bagi IPO ini.