“Musibah Tak Mungkin Berlaku Dekat Aku…”. Lupakan Takaful Jika Anda Betul Yakin

Selalu sangat dengar pasal Takaful ni, tetapi adakah kita benar-benar tahu apa itu Takaful? Kalau tak faham, mungkin itu sebabnya kita tak melanggan Takaful. Dan untuk rekod, rakyat Malaysia masih kurang kesedaran berkenaan dengan Takaful.

Bila sebut Takaful, pasti yang berlegar di ruang fikiran hanyalah ejen Takaful yang mengejar duit kita. Betul kan?

Dialog sebegini mungkin biasa dikongsikan oleh ejen Takaful.

Ejen: “Kena ada Takaful bro. Nanti bro dah takde, kesian la anak bini bro tu.”

Prospek: “Takpe, Allah kan ada. Kalau dah itu perancangan Dia, kita redha la. Aku tawakkal, insyaAllah Dia jaga anak bini aku.”

Ejen: “Habis tu yang bro pergi kerja tiap-tiap hari tu kenapa?”

Prospek: “Kerja la. Tak kerja, nak makan apa?”

Ejen: “Apesal bro tak duduk tawakkal je kat rumah? Allah jaga la makan minum bro dan anak bini bro nanti.”

Fuh. Sentap juga membacanya.

Jadi nak tahu apakah maksud dan konsep Takaful sebenarnya?

  1. Takaful adalah satu tabung dimana ia mengumpul semua wang yang disumbangkan (didermakan) oleh pemegang polisi.
  2. Duit sumbangan/derma yang dikumpul kemudiannya dilaburkan pula kepada amanah saham yang PATUH SYARIAH (sebab itu ia takaful bukan insurans)
  3. Hasil biakan jumlah wang yang dikumpul selepas dilaburkan itulah digunakan untuk membayar:
  • Bil rawatan hospital
  • Pampasan akibat sakit kritikal
  • Pampasan akibat hilang upaya / cacat kekal
  • Pampasan kematian kepada penama / waris
  • … dan lain-lain pampasan yang dipersetujui bersama.

Ramai juga yang masih keliru di antara Takaful dan Insurans, mari baca Takaful Bukan Sekadar Insurans Yang ‘Diislamkan’. Ini 5 Perbezaannya.

Dah tahu apa itu Takaful, jom kita tengok 4 sebab utama perlu ambil Takaful seperti berikut.

1. Kesihatan

Kesihatan adalah sesuatu yang sangat berharga dan sangat dititik beratkan dalam kehidupan seharian kita. Siapa yang nak sakit kan? Semua orang inginkan kesihatan yang baik. Namun,perlu diingat bahawa bukan sepanjang masa kita akan kekal sihat. Akan ada masanya kita akan mengalami gangguan kesihatan juga, dan memerlukan rawatan di hospital.

Umum tahu kos hospital yang meningkat setiap tahun, sebab itu Takaful berguna dalam kes sebegini. Dengan adanya Kad Perubatan atau Medical Card, biar saja syarikat Takaful yang menanggung bil perubatan tersebut.

2. Perlindungan Harta

Selain daripada kesihatan, Takaful juga boleh melindungi harta. Sebagai contoh, apabila kita membeli rumah – pihak bank akan mewajibkan kita untuk mengambil Takaful rumah samada MRTT atau MLTT.

Bagi mereka yang tak tahu, boleh baca Apa Perbezaan Takaful Rumah MRTT Dengan MLTT? Sekurang-kurangnya kalau apa-apa berlaku kepada anda, syarikat Takaful akan menyelesaikan hutang rumah. Jadi takdelah rumah tersebut kena lelong sebab nak setelkan balance tunggakan.

Sama konsep bila kita setiap tahun renew Takaful kereta, bertujuan untuk melindungi kenderaan anda sekiranya berlaku kemalangan.

3. Hibah Kepada Waris Dan Ahli Keluarga

Hibah merupakan instrumen Takaful yang semakin popular, di mana kita dapat meninggalkan sejumlah wang kepada waris apabila kita sudah tiada lagi di dunia (innalillah…).

Jika selama ini kita merupakan pencari rezeki tunggal atau bread winner untuk keluarga, dengan adanya pampasan ini dapat juga meringankan beban mereka.

Begitu juga halnya apabila anda mengalami kecacatan kekal dan tidak mampu bekerja, dengan adanya Takaful ini – ia boleh membantu menggantikan pendapatan anda selama ini.

4. Tidak Perlu Meminjam Dan Berhutang

Yang terakhir sekali, tak kisah samada Takaful itu untuk melindungi diri anda atau harta; ia dapat mengelakkan anda sekeluarga daripada meminta-minta dan berhutang bagi menangani musibah tersebut.

Sesuai sangatlah pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”.

Tingkatkan Kesedaran Takaful Di Kalangan Rakyat Malaysia

Kita perlu ubah sikap ‘tidak apa‘ dan juga ‘musibah tersebut tak mungkin berlaku kat aku‘ di kalangan masyarakat kita. Semoga kita semua dilindungi Allah sentiasa.

This image has an empty alt attribute; its file name is etiqa-motor-takaful.jpg

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih Takaful Malaysia Susut Kepada RM83.82 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mengecil kepada RM83.82 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM93.10 juta pada suku kedua 2024.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perolehan meningkat kepada RM1.01 bilion daripada RM998.07 juta sebelumnya, disumbangkan terutamanya oleh perniagaan Takaful Keluarga.

Mengenai prospek, Takaful Malaysia menjangkakan permintaan terhadap takaful dan insurans akan kekal kukuh memandangkan masih wujud jurang perlindungan yang berterusan.

“Perniagaan teras kumpulan dalam Bancatakaful, Perbendaharaan, Faedah Pekerja dan Takaful Am merupakan pemacu utama kejayaan kami sebagai peneraju dalam industri Takaful dan kami terus melihat permintaan yang baik dalam segmen-segmen ini,” katanya.

Bagi separuh pertama tahun kewangan 2025, keuntungan bersih syarikat berkurang kepada RM178.36 juta daripada RM195.40 juta dalam separuh pertama 2024 manakala perolehan berkembang kepada RM2.14 bilion daripada RM1.96 bilion sebelumnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nor Azman Zainal berkata dengan perniagaan teras yang diperkukuh, syarikat berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi baki tahun ini dengan penuh ketangkasan.

“Inovasi berteraskan pelanggan, pemerkasaan digital serta integrasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) akan terus menjadi tunjang strategi kami bagi menyampaikan nilai jangka panjang kepada pihak berkepentingan sambil menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi Malaysia dan pemeliharaan alam sekitar,” katanya.

— BERNAMA