5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pelan Takaful

Pastinya anda mengharapkan kepada perlindungan dan juga manfaat daripada pelan takaful yang telah anda ambil. Saya percaya, sebelum anda mempersetujui pelan takaful yang diambil, anda mahukan pelan takaful tersebut sangat berbaloi mengikut kepada jumlah caruman yang dibuat sepanjang tempoh perlindungan tersebut.  

Oleh yang demikian, amat penting untuk anda ketahui 5 perkara utama ini sebelum anda mengambil sebarang pelan takaful berkaitan dengan perubatan ataupun yang bersangkut paut dengan simpanan dan pelaburan.

5 perkara ini dapat anda tanyakan kepada perunding takaful anda supaya anda mendapat manfaat yang diingini.

1. Jenis Pelan Yang Diambil

Sebaiknya, dapatkan kepastian dan juga penjelasan terperinci daripada perunding takaful yang anda berurusan. Ini bagi memastikan anda mendapat manfaat daripada pelan yang telah anda ambil.

Boleh jadi, anda mungkin tidak faham tentang pelan takaful yang anda ambil. Pastikan anda fahamkan betul-betul segala terma dan syarat yang telah ditetapkan supaya anda dapat menikmati segala manfaatnya.

2. Umur

Caruman bulanan takaful adalah bergantung kepada umur anda. Caruman akan menjadi semakin mahal untuk dibayar apabila umur semakin meningkat dimana risikonya juga adalah tinggi.

Bagi mengelakkan anda daripada membayar jumlah caruman yang tinggi dan mahal, sebaiknya elakkan daripada melengahkan masa daripada mengambil pelan takaful. Bagi seorang kanak-kanak, pelan takaful ini sudah boleh diambil ketika berumur 30 hari.

3. Jantina

Secara umumnya, caruman bagi wanita adalah lebih rendah berbanding dengan lelaki. Oleh yang demikian, golongan wanita perlu mengambil manfaat tambahan lain khusus untuk penyakit berkaitan wanita.

Contohnya seperti kanser ovari, payudara dan juga rahim.

4. Pekerjaan

Faktor ini memainkan peranan penting di mana ianya juga akan menentukan jenis perlindungan dan jumlah caruman yang bersesuaian untuk anda.

Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran yang berisiko lebih tinggi memerlukan pembayaran caruman yang lebih tinggi berbanding mereka yang bekerja dalam persekitaran berisiko rendah.

5. Tempoh Menunggu

Pada kebiasaannya, ada tempoh menunggu untuk menggunakan manfaat kemasukan ke hospital dan rawatan perubatan selama 120 hari selepas tarikh polisi takaful anda berkuatkuasa. Ia berbeza sekiranya berlakunya kemalangan kepada diri anda.

Sekiranya anda sakit dalam tempoh masa 120 hari tersebut yang memerlukan anda untuk masuk ke dalam wad, pihak takaful berhak untuk tidak menanggung sebarang kos perubatan anda.

Kesimpulannya, ambillah takaful seawal yang mungkin dan ketika badan masih lagi sihat. Kosnya lebih murah dan juga dapat berikan perlindungan yang sewajarnya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih Takaful Malaysia Susut Kepada RM83.82 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mengecil kepada RM83.82 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM93.10 juta pada suku kedua 2024.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perolehan meningkat kepada RM1.01 bilion daripada RM998.07 juta sebelumnya, disumbangkan terutamanya oleh perniagaan Takaful Keluarga.

Mengenai prospek, Takaful Malaysia menjangkakan permintaan terhadap takaful dan insurans akan kekal kukuh memandangkan masih wujud jurang perlindungan yang berterusan.

“Perniagaan teras kumpulan dalam Bancatakaful, Perbendaharaan, Faedah Pekerja dan Takaful Am merupakan pemacu utama kejayaan kami sebagai peneraju dalam industri Takaful dan kami terus melihat permintaan yang baik dalam segmen-segmen ini,” katanya.

Bagi separuh pertama tahun kewangan 2025, keuntungan bersih syarikat berkurang kepada RM178.36 juta daripada RM195.40 juta dalam separuh pertama 2024 manakala perolehan berkembang kepada RM2.14 bilion daripada RM1.96 bilion sebelumnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nor Azman Zainal berkata dengan perniagaan teras yang diperkukuh, syarikat berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi baki tahun ini dengan penuh ketangkasan.

“Inovasi berteraskan pelanggan, pemerkasaan digital serta integrasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) akan terus menjadi tunjang strategi kami bagi menyampaikan nilai jangka panjang kepada pihak berkepentingan sambil menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi Malaysia dan pemeliharaan alam sekitar,” katanya.

— BERNAMA