7 Manfaat Takaful

Isu insurans berbanding takaful seperti tiada penghujungnya. Ada yang kata insurans dan takaful sama saja, ada yang kata takaful hanyalah insurans yang diberi nama dan terma Islam saja.

Kalau nak tahu, dalam insurans konvensional terdapat unsur Gharar (Ketidakpastian), Maisir (Perjudian) & Riba’ (Bunga). Berbeza dengan insurans konvensional, sistem kewangan dalam takaful adalah bebas daripada tiga elemen ini.

Dalam bahasa lain, takaful adalah insurans patuh Shariah. Dalam bahasa teknikal, takaful adalah kaedah kewangan Islam untuk mengurus risiko.

Risiko ada banyak jenis. Lain orang, lain risikonya.

Orang yang berniaga, risikonya tidak sama dengan orang yang bekerja di padang golf. Orang yang bekerja pembinaan di syarikat swasta, tidak sama risiko dengan mereka yang bekerja di dalam bangunan.

Orang yang kerjanya jatuh dalam kategori “high-risk” tidak sama dengan mereka yang bekerja di dalam pejabat. Risiko paling utama yang kita perlu urus ialah duit simpanan dan aset pelaburan kita.

Segalanya akan habis digunakan apabila musibah menimpa kita.

Memandangkan takaful boleh diwariskan, maka takaful adalah satu perniagaan yang boleh dihibahkan. Sebagai contoh, sekiranya pemegang sijil takaful meninggal dunia, maka segala manfaat takaful boleh diberikan kepada waris.

Dalam pelan takaful, ada 7 manfaat utama yang boleh kita pilih untuk perancangan masa depan kita.

1. Kad Perubatan (Medical Card)

Kad perubatan adalah elemen asas dalam pelan takaful. Kad perubatan amat berguna saat kita dimasukkan ke dalam wad. Analogi mudahnya, jika kita gunakan kad kredit semasa membeli-belah di pasar raya, maka konsep yang sama kita gunakan untuk kad perubatan.

Bezanya kita gunakan kad ini hanya ketika dimasukkan ke dalam wad kerana sakit.

Antara kelebihan kad perubatan ini ialah, ada pakej yang beri elaun khas setiap hari kita tinggal di dalam wad. Sebagai contoh, sekiranya kita memilih untuk mendapat elaun harian sebanyak RM100 sehari, maka kita akan mendapat elaun sebanyak RM500 sekiranya kita dimasukkan ke dalam wad selama 5 hari.

Walaupun begitu, bayaran elaun ini mempunyai had maksimum selama 180 hari sahaja untuk tahun yang sama.

Selain elaun harian, kad perubatan juga menawarkan elaun bilik. Setiap hospital mempunyai kadar harga bilik yang berbeza, bergantung kepada keselesaan & penyakit kita.

Sebagai contoh, sekiranya kita memilih pakej yang menawarkan elaun bilik sebanyak RM200 sehari, maka tidak menjadi masalah untuk kita memilih wad yang kadarnya RM200 sehari. Namun begitu, sekiranya kita ingin menukar bilik yang lebih selesa, kita perlu menambah baki bayaran bilik.

2. Kematian & Hilang Upaya Kekal (Death/TPD)

Selepas kita mati, apa yang kita tinggalkan untuk waris kita? Adakah kita meninggalkan hutang yang besar, atau satu pampasan yang digelar sebagai hibah, bagi menampung kehidupan waris kita?

Antara fungsi takaful ialah perlindungan hayat (Life protection) jika berlakunya kematian ataupun hilang upaya kekal. Perlindungan ini ialah satu jumlah wang pampasan yang akan diberikan kepada waris untuk meneruskan kehidupan mereka, ataupun kos menanggung pesakit jika berlakunya hilang upaya kekal.

Hilang upaya kekal, atau Total Permanent Disability (TPD) merujuk kepada hilang upaya untuk bekerja atau mencari nafkah. Mereka yang tergolong dalam kategori TPD ini wajib mempunyai ciri berikut :

  1. Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata.
  2. Putus kedua-dua belah tangan pada atau di atas pergelangan tangan.
  3. Putus kedua-dua belah kaki pada atau di atas pergelangan buku lali.
  4. Kehilangan penglihatan pada sebelah mata dan putus sebelah tangan atau kaki pada atau di atas pergelangan tangan dan buku lali.
  5. Putus sebelah tangan dan sebelah kaki pada atau di atas pergelangan tangan dan buku lali.

3. Pembatalan Hutang (Mortgage Cancellation)

Selain melindungi aspek kesihatan, fungsi lain takaful adalah membantu mereka melunaskan/mengurangkan hutang jika berlakunya musibah pada mereka. Sebagai contoh, Encik Ahmad (Peserta takaful) ada membeli rumah sebanyak RM400,000 dengan pinjaman bank XYZ selama 20 tahun.

Namun setelah 2 tahun membeli rumah, berlaku kemalangan kepada Encik Ahmad yang menyebabkan beliau hilang upaya kekal. Memandangkan beliau ada mengambil pelan takaful ABC sebanyak RM500,000 untuk perlindungan hayat, maka baki pinjaman rumah dapat diselesaikan.

Sekiranya ketika itu baki pinjaman rumah hanya tinggal RM200,000 sahaja, maka Encik Ahmad akan mendapat lebihan sebanyak RM300,000 wang pampasan dari jumlah pampasan RM500,000 (kerana RM200,000 telah ditolak dari baki hutang rumah), serta rumah.

Maka waris Encik Ahmad tidak perlu menanggung baki hutang pinjaman rumah, malah turut mendapat sebuah rumah selama Encik Ahmad tidak boleh bekerja.

4. Penggantian Pendapatan (Income Replacement)

Untuk pekerjaan yang dikategorikan sebagai “High-risk”, risiko ditimpa kemalangan semasa bekerja lebih tinggi berbanding mereka yang bekerja di dalam pejabat. Sebagai contoh, seorang yang bekerja di bahagian penyeliaan padang golf, melibatkan jentera berat & bahan kimia, akan berhadapan dengan risiko kemalangan di tempat kerja.

Sekiranya berlaku kemalangan kepada kita, adakah pampasan yang syarikat beri itu mencukupi untuk menyara hidup kita berbulan lamanya? Sekiranya kita sudah tidak mampu bekerja, adakah syarikat akan terus membayar gaji kepada kita?

Sekiranya kita sudah sakit, adakah syarikat masih menerima kita sebagai pekerja? Sekiranya kita sudah tidak bekerja, bagaimana kita mahu cari nafkah untuk membayar segala tanggungan & bil bulanan?

Syarikat bukanlah satu badan kebajikan untuk menyara orang sakit. Setakat ini tiada lagi syarikat yang mampu menanggung pekerja yang sakit, melainkan diberhentikan dengan pampasan ataupun tanpa pampasan.

Penggantian pendapatan dalam pakej takaful ini adalah satu sumber alternatif untuk peserta meringankan beban saat ditimpa musibah.

Walaupun peserta sudah tidak mampu bekerja, namun peserta masih menerima bayaran dari syarikat takaful selama beberapa bulan untuk menampung kos rawatan & sara hidup. Kadar bayaran bergantung kepada caruman bulanan peserta.

Jika makin tinggi caruman bulanan diambil, maka makin tinggi kadar bayaran bulanan untuk peserta saat ditimpa musibah.

Dengan memberi contoh pampasan sebanyak RM500,000, di sini ada 3 konsep mudah :

  • Pampasan RM500,000 dilaburkan ke dalam ASB. Anggaran dividen tahunan sebanyak 6% adalah RM30,000. Maka pendapatan sebulan adalah RM2,500.
  • Pampasan RM500,000 digunakan untuk meneruskan kehidupan selama mangsa atau waris tiada sumber pendapatan. Dengan memberi contoh kegunaan bulanan adalah RM1,000, maka mangsa atau waris boleh meneruskan hidup selama 42 tahun tanpa perlu susah-payah mencari sumber pendapatan.
  • Pampasan RM500,000 dilaburkan RM250,000 ke dalam ASB manakala lebihan RM250,000 pula untuk kegunaan harian. Maka kiraannya begini,

Untuk pelaburan ASB, anggaran dividen tahunan sebanyak 6% adalah RM15,000. Maka pendapatan bulanan adalah RM1,250.

Untuk lebihan RM250,000 pula, wang itu boleh digunakan untuk menampung kos rawatan ataupun kegunaan harian. Dengan memberi contoh kegunaan harian selama satu bulan sekitar RM1,000, maka perbelanjaan tahunan adalah RM12,000. Dengan baki RM250,000 di tangan, maka mangsa atau waris boleh meneruskan hidup selama 21 tahun tanpa bekerja. Kiraan ini belum termasuk dividen tahunan dari pelaburan ASB sebanyak RM1,250 sebulan.

Maka, untuk ketiga-tiga situasi, pemilik polisi atau waris boleh membuat pilihan menggunakan wang pampasan atas keperluan masing-masing saat dilanda musibah.

Bergantung atas keperluan & tanggungan masing-masing, ada polisi takaful menyediakan khidmat tambah polisi (policy upgrade). Seorang pemilik polisi boleh menambah polisi sekiranya dia mampu atau mempunyai lebihan tanggungan.

Sebagai contoh, jika polisi awalnya hanya mendapat perlindungan sebanyak RM100,000, namun dia boleh menambah nilai pampasan itu dari masa ke semasa, malah boleh mencecah hingga RM3 juta nilai polisi.

5. Simpanan Persaraan/Pendidikan (Savings Retirement/Education)

Ada pelan takaful yang menawarkan tabung simpanan untuk persaraan atau pendidikan anak-anak. Tapi berbeza dengan tabung ASB, tabung pelan takaful turut menawarkan perlindungan kesihatan seperti kad perubatan.

Sebagai contoh, seorang yang mempunyai anak kecil, mereka boleh memberi pelan perlindungan kepada anak sehingga umur 25 tahun. Melalui tabung ini, selain tabung pelaburan untuk pendidikan anak di masa hadapan, si anak turut mendapat perlindungan dalam aspek kesihatan dan kematian selama pelan ini berkuatkuasa sehingga maksimum umur 25 tahun.

Anda boleh rujuk agen anda untuk mengetahui lebih maklumat tentang simpanan takaful pendidikan anak.

6. Pampasan Perniagaan (Business Compensation)

Sebagai peniaga, risiko mengalami kerugian adalah lumrah berniaga. Tapi dalam mengurangkan risiko perniagaan, apa yang takaful boleh bantu?

Insurans am (General Insurance) melindungi harta peniaga seperti premis makanan, kenderaan & jentera mesin. Berbeza dengan takaful, perlindungan takaful menyediakan perlindungan perniagaan kepada pemilik perniagaan.

Untuk kes ini, saya berikan dua situasi untuk lebih faham dengan lebih jelas.

Situasi A: Encik Abu menjalankan perniagaan restoran dengan modal sebanyak RM200,000. Selama 3 tahun beroperasi, perniagaan Encik Abu makin berkembang. Apabila masuk tahun ke-4, Encik Abu mengalami kemalangan yang menyebabkan Encik Abu tidak boleh menjalankan perniagaan.

Memandangkan kesemua anak Encik Abu tidak mahu meneruskan perniagaan Encik Abu, maka Encik Abu perlu menutup perniagaannya atau pun menjualnya kepada orang lain.

Dalam situasi ini, sekiranya Encik Abu ada mengambil pelan takaful dalam bentuk simpanan sebanyak RM500,000 untuk tempoh 20 tahun, maka tidak menjadi masalah untuk Encik Abu menutup perniagaannya.

Memandangkan modal permulaan hanya RM200,000, maka Encik Abu boleh menutup perniagaannya dengan pampasan takaful sebanyak RM500,000 untuk memulakan hidup baru.

Namun sekiranya Encik Abu mahu menjual perniagaannya kepada orang lain sekalipun, Encik Abu tidak mengalami kerugian kerana takaful sudah membayar pampasan kepada Encik Abu lebih dari modal permulaan perniagaan.

Situasi B: Encik Bakar bersama empat rakan kongsi telah membuka farmasi dengan modal sebanyak RM100,000 seorang, di mana keseluruhan modal adalah sebanyak RM500,000. Pada tahun kedua perniagaan beroperasi, Encik Bakar ditimpa kemalangan yang menyebabkan Encik Bakar tidak boleh meneruskan perniagaan bersama empat rakan kongsinya.

Encik Bakar tidak boleh tarik diri dari perniagaan kerana farmasi baru 2 tahun beroperasi, kewangan masih belum mampu untuk pulangkan modal. Tapi dalam masa yang sama, Encik Bakar sudah tidak boleh meneruskan perniagaan bersama rakan kongsinya.

Jadi Encik Bakar perlu tarik diri dari perniagaan tanpa dapat menuntut semula modal permulaan sebanyak RM100,000.

Dalam kes seperti ini, sekiranya Encik Bakar ada mengambil pelan takaful dengan pampasan sebanyak RM200,000, maka situasi ini tidak menjadi masalah. Setelah Encik Bakar mengalami lumpuh & tidak dapat meneruskan perniagaan, takaful akan membayar pampasan sebanyak RM200,000 kepada Encik Bakar di mana pampasan itu sudah cukup untuk menggantikan modal memulakan perniagaan Encik Bakar.

Dalam kes ini, Encik Bakar boleh tarik diri dari perniagaan dengan rela hati tanpa menanggung kerugian, malah modal perniagaan turut dikembalikan. Malah jika Encik Bakar masih mahu meneruskan perniagaan, Encik Bakar juga boleh menggantikan penama lain dengan menambah modal atau hanya menerima pampasan tanpa menambah modal.

Ada orang berpendapat bahawa melindungi pemilik perniagaan tidak termasuk dalam melindungi perniagaan. Tapi jika difikir secara logik akal, jika musibah menimpa pemilik perniagaan, adakah perniagaan akan terus berjalan lancar?

Kebanyakannya tidak. Berbanding dengan premis terbakar atau jentera rosak, walaupun pemilik mengalami kerugian namun selagi pemilik masih sihat & mampu menjalankan perniagaan, dia akan terus ikhtiar & usaha pelbagai cara bagi menampung kerugian yang dia terima.

Jadi, antara harta perniagaan atau pemilik perniagaan, mana yang lebih bernilai bagi meneruskan sesebuah perniagaan?

7. Hadiah (Gift)

Lupakan hadiah yang mahal-mahal, polisi takaful adalah merupakan di antara hadiah terbaik buat insan tersayang. Sekiranya anda mengambil polisi takaful, maka anda telah menghadiahkan masa depan kepada mereka sekiranya anda dilanda musibah.

Selain daripada itu, sekiranya mereka yang diberi perlindungan takaful, masa depan mereka turut terjamin sekiranya berlaku musibah kepada mereka.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.