Berapa Pampasan Kematian Yang Perlu Ditinggalkan Suami Kepada Keluarga?

Penting ke pampasan kematian? Adakah ianya merupakan salah satu faktor utama yang perlu diambil kira ketika berurusan untuk menentukan berapa perlindungan takaful yang diperlukan?

Jawapannya adalah pampasan kematian adalah sangat penting dan ianya merupakan salah satu faktor yang memainkan peranan utama ketika kita ingin mengambil perlindungan takaful daripada mana-mana ejen takaful.

Ejen yang baik akan menerangkan berapakah jumlah pampasan kematian yang anda tinggalkan kepada waris anda kelak. Ianya sangat penting lebih-lebih lagi bafi seorang lelaki yang bergelar suami.

Memilki tanggungan isteri dan anak-anak bukanlah satu perkara yang boleh dipandang mudah. Tanggungjawab terhadap mereka bukan sahaja ketika kita masih hidup, namun biarlah ianya berterusan sehingga kita telah pergi meninggalkan mereka.

Sebagai seorang suami yang sayangkan keluarganya, pernah terfikir tak berapakah jumlah wang yang perlu ditinggalkan kepada anak isteri?

Adakah RM50,000 sudah cukup? Atau RM100,00 sudah memadai?

Apa kata kita dapatkan maklumat berikut bagi membantu kita untuk menentukan jumlah pampasan kematian yang diperlukan untuk menampung kehidupan waris kita nanti.

1. Hutang

Senaraikan semua jumlah hutang yang anda ada, seperti hutang rumah, hutang kereta, hutang pinjaman peribadi, hutang kad kredit dan sebagainya.

Bila dah dapat jumlahnya, kira pula berapa banyak hutang tersebut yang mempunyai perlindungan takaful. Biasanya apabila kita membeli rumah, ianya datang sekali dengan MLTT atau MRTT. Sekiranya apa-apa terjadi kepada kita, sebahagian atau semua hutang tersebut akan dibayar oleh takaful.

Ada juga hutang kereta yang dilindungi takaful sekiranya berlaku kematian.

Setelah menolah jumlah hutang dengan jumlah perlindungan takaful yang ada, itulah pampasan kematian yang kita perlu ada. Dengan adanya pampasan ini, dapat juga kita setelkan semua hutang yang ada.

Tak perlu nak jual rumah atau jual kereta kerana tak mampu nak meneruskan instalment bulanan seperti biasa. Lebih baik kita tinggalkan mereka dengan harta, daripada meninggalkan mereka dalam keadaan yang meminta-minta.

2. Gaji

Andaikata gaji sebulan anda sebanyak RM3,000, pampasan kematian yang sesuai adalah dengan kali sebanyak 10 tahun daripada gaji tersebut.

RM3,000 sebulan x 12 bulan x 10 tahun = RM360,000

Tempoh 10 tahun adalah satu tempoh yang pastinya dapat membantu anak isteri anda untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan yang stabil. Mereka tak perlu risau tentang persekolahan atau makan minum kerana cukup untuk mereka bertahan sambil menyesuaikan keadaan setelah pemergian anda.

Hutang Wajib Dibayar

Kita kena ingat bahawa hutang itu wajib dibayar. Sekiranya kita telah tiada, ianya perlu dilunaskan oleh waris-waris kita.

Namun, janganlah jadikan pampasan kematian ini sesuatu yang membebankan pula. Tapi apa yang penting, sekarang dah ada kesedaran – maka mulakanlah dengan berapa yang anda mampu terlebih dahulu.

Nanti bila pendapatan meningkat di masa hadapan, boleh tambah lagi dan lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih Takaful Malaysia Susut Kepada RM83.82 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mengecil kepada RM83.82 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM93.10 juta pada suku kedua 2024.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perolehan meningkat kepada RM1.01 bilion daripada RM998.07 juta sebelumnya, disumbangkan terutamanya oleh perniagaan Takaful Keluarga.

Mengenai prospek, Takaful Malaysia menjangkakan permintaan terhadap takaful dan insurans akan kekal kukuh memandangkan masih wujud jurang perlindungan yang berterusan.

“Perniagaan teras kumpulan dalam Bancatakaful, Perbendaharaan, Faedah Pekerja dan Takaful Am merupakan pemacu utama kejayaan kami sebagai peneraju dalam industri Takaful dan kami terus melihat permintaan yang baik dalam segmen-segmen ini,” katanya.

Bagi separuh pertama tahun kewangan 2025, keuntungan bersih syarikat berkurang kepada RM178.36 juta daripada RM195.40 juta dalam separuh pertama 2024 manakala perolehan berkembang kepada RM2.14 bilion daripada RM1.96 bilion sebelumnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nor Azman Zainal berkata dengan perniagaan teras yang diperkukuh, syarikat berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi baki tahun ini dengan penuh ketangkasan.

“Inovasi berteraskan pelanggan, pemerkasaan digital serta integrasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) akan terus menjadi tunjang strategi kami bagi menyampaikan nilai jangka panjang kepada pihak berkepentingan sambil menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi Malaysia dan pemeliharaan alam sekitar,” katanya.

— BERNAMA