Perbezaan Takaful Dengan Insuran Konvensional

Anda masih keliru untuk membezakan apa itu takaful dan apa itu insurans konvensional? Masih tak tahu apa perbezaan di antara takaful dengan insurans?

Jangan risau, dulu kami juga tak tahu seperti anda. Tapi dengan adanya ilmu yang ditimba daripada beberapa orang tokoh, berikut disenaraikan beberapa perbezaan ringkas antara takaful dan insurans.

No.TakafulInsurans
1Sumbangan TakafulPremium Insurans
2Sertai TakafulBeli Insurans
3Sijil TakafulPolisi Insurans
4Takaful KeluargaInsurans Hayat
5Patuh SyariahTidak Patuh Syariah
6Tiada Unsur Riba & GhararAda Unsur Syubhah
7Konsep Tolong-MenolongKonsep Menanggung Risiko
8Kontrak Tabarruq (Derma Ikhlas)Kontrak Insurans Konvensional (Jual Beli)
9Takaful Wajib Untuk Orang IslamTakaful Merupakan Alternatif Kepada Orang Bukan Islam
10Bila bersumbang dengan takaful, maka anda dapat perlindungan dan dapat menfaat pelaburan yang halal tanpa najis riba yang diharamkan Allah.Bila membayar premium insurans, maka anda dapat perlindungan dan dapat manfaat pelaburan yg tercalit najis riba yang diharamkan Allah.
 Anda akan terus menerus mendapat pahala, setiap kali bila ada peserta ahli takaful lain membuat tuntutan atau claim dari takaful bila mereka ditimpa musibah. 
 Sebab sumbangan anda kepada takaful tersebut akan membantu dan digunapakai oleh peserta yang ditimpa musibah. 

Bersama-samalah kita berhijrah daripada insurans yang haram kepada takaful yang patuh syariah. Diharapkan anda sudah boleh mengenalpasti perbezaan takaful dengan insurans konvensional selepas ini.

Sudah-sudahlah kita menanggung dosa, sesungguhnya Allah akan perangi mereka yang terlibat di dalam riba, sepertimana yang dilakukan oleh syarikat insurans sekarang ini.

 

Hijrah Itu Indah

Semoga kita sama-sama dapat manfaat daripada perkongsian kali ini, sebarkanlah supaya lebih ramai lagi tahu mengenai perbezaan takaful dan insurans.

Sumber: Facebook Haji Razli Ramli

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih Takaful Malaysia Susut Kepada RM83.82 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mengecil kepada RM83.82 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM93.10 juta pada suku kedua 2024.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perolehan meningkat kepada RM1.01 bilion daripada RM998.07 juta sebelumnya, disumbangkan terutamanya oleh perniagaan Takaful Keluarga.

Mengenai prospek, Takaful Malaysia menjangkakan permintaan terhadap takaful dan insurans akan kekal kukuh memandangkan masih wujud jurang perlindungan yang berterusan.

“Perniagaan teras kumpulan dalam Bancatakaful, Perbendaharaan, Faedah Pekerja dan Takaful Am merupakan pemacu utama kejayaan kami sebagai peneraju dalam industri Takaful dan kami terus melihat permintaan yang baik dalam segmen-segmen ini,” katanya.

Bagi separuh pertama tahun kewangan 2025, keuntungan bersih syarikat berkurang kepada RM178.36 juta daripada RM195.40 juta dalam separuh pertama 2024 manakala perolehan berkembang kepada RM2.14 bilion daripada RM1.96 bilion sebelumnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nor Azman Zainal berkata dengan perniagaan teras yang diperkukuh, syarikat berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi baki tahun ini dengan penuh ketangkasan.

“Inovasi berteraskan pelanggan, pemerkasaan digital serta integrasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) akan terus menjadi tunjang strategi kami bagi menyampaikan nilai jangka panjang kepada pihak berkepentingan sambil menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi Malaysia dan pemeliharaan alam sekitar,” katanya.

— BERNAMA