Projek SKIN Batal, Harga Saham Prestariang Merudum

PUTRAJAYA: Kerajaan membatalkan pelaksanaan projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bernilai RM3.5 bilion bagi membangunkan Sistem Imigresen Bersepadu.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sistem tersebut akan dibangunkan dalam masa dua tahun dan keputusan itu diambil atas faktor keperluan untuk membangunkan sistem baharu yang lebih komprehensif, cekap serta menjimatkan dana kerajaan.

“Sistem itu akan mengantikan sistem MyIMMs dan sistem-sistem ‘pacth-on’ yang masih digunakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika ini sejak lebih 20 tahun lalu.

“Pembangunan sistem baharu ini akan dilaksanakan secara tender terbuka dan ini akan diuruskan oleh KDN dan Kementerian Kewangan yang melalui syarat tertentu yang akan kita tetapkan,” katanya dalam sidang media pada Sambutan Hari Imigresen 2018 pada Isnin.

Ditanya mengenai status kontrak SKIN, Muhyiddin berkata, perkara itu akan dirunding semula bersama syarikat terbabit.

“Keputusan itu sudah dimuktamadkan Kabinet, kita tamatkan atas sebab tertentu dan rundingan akan dilakukan bersama syarikat tersebut untuk membayar apa bentuk ganti rugi, pampasan dan sebagainya,” jelas beliau.

Untuk rekod, Prestariang, melalui anak syarikatnya, Prestariang SKIN Sdn Bhd (PSkin) telah memeterai perjanjian konsesi selama 15 tahun dengan kerajaan diwakili oleh pihak Kementerian Dalam Negeri, bagi pelaksanaan SKIN.

Sumber: Astro Awani

Apa Dia Projek SKIN Ni?

SKIN yang dijangkan akan dilaksanakan pada tahun 2021, adalah sistem yang direka bagi memperkasa sistem kawalan imigresen negara, sekaligus menjaga keselamatan sempadan negara bagi memenuhi keperluan operasi imigresen masa kini dan hadapan.

Ia termasuk meningkatkan koordinasi, menambah baik proses imigresen bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan menangani kegiatan jenayah rentas sempadan.

Sistem berkenaan akan dihubungkan ke semua pintu masuk negara, termasuk lapangan terbang dan sempadan serta pejabat di luar negara.

Pada Julai 2017, Prestariang menerusi anak syarikatnya, Prestariang Skin Sdn Bhd menandatangani perjanjian konsesi selama 15 tahun daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN( yang akan menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).

Tapi Bulan Julai Hari Tu, Katanya Projek On

Sumber: Prestariang / Harian Metro

Baru saja 5 bulan lepas katanya, projek SKIN ini adakan diteruskan, tapi nampaknya kini telah dibatalkan.

Harga Saham Prestariang Untuk Tempoh Setahun

Sumber: ShareInvestor Station

Kalau diikutkan, harga saham Prestariang sedang mengalami downtrend dari awal tahun lagi. Ia semakin ketara sejak baru-baru ini, apabila kerajaan Pakatan Harapan mula mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia pada Mei yang lalu.

Bila Pengumuman Keluar, Harga Saham Prestariang Merudum

Sumber: ShareInvestor Station

Tengok saja bagaimana reaksi pelabur apabila pengumuman mengenai pembatalan projek SKIN ini kepada harga saham Prestariang. Dalam masa 30 minit, harga saham jatuh teruk, iaitu di antara jam 11.30 pagi ke 12.00 tengahari.

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.