Rumah Mahal? 5 Teknik Ini Boleh Bantu Kita Beli Rumah Dengan Kos Minima

Siapa yang tak nak ada rumah sendiri. Akan tetapi masih ramai yang belum memiliki rumah dan perkara ini ada kena mengena dengan harga rumah yang seakan tidak relevan.

“Rakyat Malaysia tidak mampu beli rumah baharu kerana harganya di luar kemampuan kewangan.”

Berdasarkan data, harga median rumah di Kuala Lumpur yang ditawarkan di pasaran adalah RM793,000 sedangkan harga maksimum rumah mampu milik di Kuala Lumpur adalah RM454,000.

Di Selangor juga tidak jauh beza dengan harga median yang ditawarkan adalah RM482,000 sedangkan harga maksimum rumah mampu milik adalah RM375,000.

Baca : 9 Bajet Yang Perlu Disediakan Sebelum dan Selepas Membeli Rumah

Untuk itu, dalam artikel ini, kami akan kongsikan teknik yang anda boleh praktikkan untuk membeli rumah dengan kos seminima yang mungkin.

5 Teknik Ini Boleh Bantu Kita Beli Rumah Dengan Kos Minima

1. Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Skim ini merupakan skim pembiayaan hartanah yang dilancarkan pihak Kerajaan pada Bajet 2011 yang lalu dengan fokus membantu rakyat Malaysia memiliki rumah pertama.

Jumlah pembiayaan adalah sehingga 110% untuk rumah jenis undercon mahupun sekunder (subsale).

Anda layak memohon skim ini sekiranya anda seorang warganegara Malaysia yang ingin membeli rumah pertama, bekerja sendiri ataupun bekerja di sektor swasta dan tiada rekod pembiayaan yang terjejas untuk tempoh 1 tahun yang lalu.

Baca : Nak Beli Rumah Pertama? Fahamkan Kos – Kos Yang Kena Bayar

Antara syarat skim ini adalah :-

  • Harta kediaman undercon atau sekunder (subsale) di dalam Malaysia.
  • Nilai maksimum hartanah bawah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (penghuni mesti menghuni pada kediaman tersebut dan bukan untuk pelaburan)

Info Lanjut Skim Rumah Pertamaku

2. Panel Bank Oleh Pemaju

Apabila pemaju hartanah melancarkan projek perumahan terbaru, mereka turut menawarkan panel bank dari pihak mereka untuk memudahkan pihak pembeli memohon pinjaman kewangan.

Anda boleh memohon pinjaman kewangan daripada panel bank pemaju kerana pada kebiasaannya, mereka menawarkan 100% pembiayaan untuk projek tersebut.

Baca : Jauhi Cashback Hartanah Sebelum Terjerat

Akan tetapi, bayaran ansuran bulanan berkemungkinan akan lebih tinggi kerana tiada deposit 10% dan pembeli tidak mempunyai banyak pilihan pakej pinjaman dari pihak bank.

3. Akaun 2 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP)

Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang masih tidak tahu bahawa anda sebenarnya boleh menggunakan wang di dalam Akaun 2 KWSP anda untuk membeli kediaman pertama anda.

Antara kelebihan menggunakan Akaun 2 KWSP adalah anda mampu mengurangkan bayaran ansuran bulanan dan mengurangkan kadar faedah pinjaman.

Anda juga boleh gunakannya untuk membuat bayaran 10% deposit rumah pertama anda dan syarat kelayakannya adalah sangat mudah.

Info Lanjut Akaun 2 KWSP

4. Diskaun Pemaju

Hari ini, terdapat banyak pemaju hartanah yang menawarkan diskaun bermula 10% sehingga 30% daripada harga rumah bagi membantu lebih ramai pembeli memiliki rumah pertama.

Anda jangan terkejut jika anda juga berkemungkinan besar akan menerima tawaran menarik lain seperti percuma kos duti setem dan yuran guaman daripada pihak pemaju.

Baca : Isu Pemilikan Rumah dan 4 Garis Panduan Yang Disyorkan Bank Negara Malaysia (BNM)

Apa yang mereka perlukan daripada anda adalah booking fee yang kosnya sekitar 1% daripada harga rumah. Akan tetapi, booking fee tersebut akan dikembalikan jika pinjaman anda tidak diluluskan.

Kempen Home Ownership Campaign (HOC) yang dilancarkan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan dengan usahasama REHDA adalah platform terbaik yang anda boleh mulakan untuk membeli rumah dengan diskaun dan tawaran menarik daripada pemaju.

Info Lanjut Home Ownership Campaign (HOC)

5. Refinance

Refinance adalah satu proses membiayai semula pinjaman anda dan refinance sesuai dilakukan sekiranya anda mempunyai rumah yang dibeli di bawah harga pasaran.

Misalannya, anda membeli teres 1 tingkat di Gombak di bawah harga pasaran iaitu RM150,000. Sedangkan harga pasarannya adalah RM300,000.

Selepas itu, anda memohon refinance pada harga semasa rumah tersebut iaitu RM300,000 dan anda telah untung RM150,000 hasil daripada refinance.

“Ramai orang buat refinance untuk dapatkan wang segera”.

Akan tetapi, permainan refinance adalah rumit dan memerlukan ilmu untuk mengelakkan anda terjerumus dalam kesilapan kewangan.

Baca : Nak Refinance Atau Jual?

Trend pasaran hartanah di Malaysia yang lembap menyebabkan wujudnya pelbagai skim dan program yang membantu anda sebagai pembeli rumah untuk membeli rumah dengan kos minima.

Semoga semua pembaca mendapat manfaat dan mampu memiliki rumah pertama menerusi teknik di dalam artikel ini.

Ditulis oleh Mehmed Aezhad, beliau merupakan seorang Digital Marketing Specialist yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital hartanah.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman