Pantang Larang Masyarakat Cina Di Malaysia Bila Nak Beli Rumah

Hampir setiap kaum di seluruh dunia mempunyai pantang larangnya yang tersendiri hasil dari perkembangan adat dan tradisi.

Kebanyakan adat dan tradisi sangat berkait rapat dengan faktor geografi dan tamadun sesebuah bangsa itu termasuk pantang larang masyarakat Melayu.

Pantang larang yang diamalkan masyarakat Cina di Malaysia merupakan adat dan tradisi yang diwarisi zaman berzaman.

Baca : Apa Faktor Yang Mempengaruhi Nilai Hartanah?

Antara contoh adat dan tradisi masyarakat Cina di Malaysia yang paling sinonim dalam kehidupan seharian mereka adalah nombor, jenis makanan, warna dan horoskop.

Masyarakat Cina menolak daripada menggunakan nombor 4 dalam urusan kehidupan seharian seperti nombor rumah, nombor telefon dan alamat.

Anak kecil juga dilarang memakan kaki ayam kerana ditakuti tulisan mereka tidak cantik dan mereka akan bergaduh seperti ayam jantan.

Sebenarnya, kebanyakan pantang larang yang diamalkan bukanlah sengaja direka sebaliknya ada yang mempunyai faedahnya yang tersendiri lebih – lebih lagi yang berkaitan dengan hartanah.

Baca : 6 Aplikasi Seorang Pelabur Hartanah Perlu Install

Jangan terkejut pula jika anda mendapati terdapat pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Cina relevan untuk diamalkan orang Muslim di Malaysia asalkan tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Jom kita lihat apa pantang larang masyarakat Cina sebelum beli rumah!

Pantang Larang Masyarakat Cina Sebelum Beli Rumah

Bilik

  1. Kualiti tidur akan terganggu jika cermin digantung berdekatan dengan dinding katil.
  2. Jangan simpan terlalu banyak barang di bawah tilam dan katil.
  3. Menggantung lukisan besar di atas kepala katil harus dielakkan.
  4. Pintu bilik air sebaiknya tidak menghadap katil.
  5. Tiang rumah yang berhadapan dengan bilik memberi kesan negatif kepada rumah tangga dan hubungan peribadi.
  6. Bentuk kamar mandi yang ideal adalah segi empat tepat atau petak. Bentuk selain itu akan menyebabkan masalah kesuburan kepada suami dan isteri.

Ruang Tamu

  1. Pokok – pokok hijau wajar diutamakan untuk diletakkan di kawasan ruang tamu rumah.
  2. Jangan berlebih – lebihan dalam mewarnakan dan menghias dinding bilik tidur.
  3. Jangan gunakan lampu yang mengeluarkan haba yang terlalu tinggi dalam bilik tidur.

Tandas

  1. Tandas yang bersih menjamin kekayaan seluruh ahli keluarga.
  2. Bilik air mesti terletak di tepi koridor. Bukan di kawasan hujung koridor.

Dapur

Elakkan rumah yang dapur dan bilik airnya dapat dilihat terus daripada pintu masuk.

Jangan gunakan ruangan lebihan yang berbentuk ganjil untuk dijadikan dapur. Jadikan ruangan tersebut sebagai ruang untuk menyimpan barang.

  1. Jangan beli rumah yang ruangan dapur dan tandas mampu dilihat terus dari pintu masuk utama.
  2. Jangan gunakan ruangan berlebihan untuk dapur.
  3. Ruang yang kecil dan pelik lebih sesuai digunakan sebagai stor.

Sudut Rumah

  1. Semak orientasi matahari awal pagi dan pastikan cahaya matahari masuk ke kamar utama rumah.
  2. Jangan beli rumah yang mempunyai koridor terlalu jauh dari pintu utama kerana dipercayai menjadi punca penceraian dan curang dalam rumah tangga.

Kalau kita lihat kembali pantang larang masyarakat Cina sebelum beli rumah ini, ada beberapa perkara yang memang terbukti penting dalam aspek keselamatan, privasi dan aurat kaum perempuan di dalam rumah dan juga beberapa elemen yang penting dalam mendatangkan mood dalam rumah.

Baca : Bagaimana Nak Beli Rumah, Kalau Kapitalis Dah Sapu Dulu?

Sekiranya anda melihat terdapat beberapa perkara yang sesuai diguna pakai sebagai rujukan anda dalam membeli rumah kelak, gunakanlah untuk kebaikan anda.

Baca : Rumahku Syurgaku, Tapi Rumah Awak Patuh Syariah Tak?

Apa yang paling penting adalah, sebagai orang Islam kita disarankan untuk membeli rumah yang mempunyai sudut kiblat yang sesuai untuk aktiviti berjemaah dan kiblat tidak menghadap tandas.

Sumber Rujukan:

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Myra Terus Mempertingkatkan Pengalaman Pemilikan Rumah di Myra Senja Melalui Kerjasama Bersama Unity Kitchen

Shah Alam, Jun 22: Myra, segmen residensi Oriental Interest Berhad (OIB), telah berganding dengan Unity Kitchen untuk menawarkan pakej kabinet dapur yang direka khas untuk setiap unit pasaran terbuka di Myra Senja di Subang 2. Ini mencerminkan usaha pihak pemaju untuk mengurangkan keperluan pengubahsuaian selepas pembelian serta memudahkan proses peralihan ke rumah baharu dengan lebih lancar.

Terdahulu, Myra telah bekerjasama dengan Panasonic Malaysia untuk melengkapkan setiap unit Myra Senja yang layak dengan pakej peralatan asas cekap tenaga yang dipilih dengan teliti, sekali gus memperluaskan ciri-ciri standard yang ditawarkan bersama pembangunan tersebut.

Inisiatif terkini ini mencerminkan arah aliran di mana pembeli rumah semakin memberi perhatian kepada kos keseluruhan pemilikan rumah serta kemudahan untuk berpindah ke rumah baharu, di mana pengubahan ruang dapur masih menjadi satu komponen yang diutamakan oleh ramai pemilik.

Menurut Akil Hassan, Ketua Bahagian Pembangunan dan Sumber Manusia Myra, pemaju mempercaya bahawa falsafah yang mengutamakan pemilik rumah perlu melangkaui proses pembelian semata-mata, dengan pemaju memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu pembeli menyesuaikan diri dengan kediaman
baharu mereka.

Menerima kunci rumah sepatutnya menjadi permulaan untuk menikmati kediaman baharu. Namun bagi ramai pemilik rumah, ruang penting seperti dapur masih memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian yang memakan masa dan kos sebelum benar-benar sedia digunakan.

“Dengan mengintegrasikan ciri-ciri praktikal siap dengan rumah, kami berharap ini boleh meringankan beban yang sepatutnya ditanggung sendiri oleh pemilik rumah, membolehkan keluarga berpindah masuk dengan lebih cepat. Selaras dengan ini, kami akan terus mempertimbangkan kolaborasi dengan jenama-jenama tersohor agar dapat memberikan tambahnilai yang bermakna kepada pemilik rumah,” ujarnya. Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM400 juta, Myra Senja terdiri daripad tiga menara kediaman dengan konfigurasi tiga atau empat bilik bersaiz dari 1,101kps ke 1,409kps, dengan harga dari RM658,000 hingga RM988,200. Dengan 12 unit kediaman di setiap tingkat, pembangunan berkepadatan rendah ini dibangunkan dengan susun atur yang lebih luas dan mesra keluarga bagi memberikan fleksibiliti serta ruang yang mencukupi apabila keperluan isi rumah berubah mengikut peredaran masa

Dibawah kolaborasi ini, setiap unit pasaran terbuka akan menerima pakej kabinet dapur yang terdiri dari kabinet atas dan bawah dari Unity Kitchen, permukaan kaunter batu kuartza, hud dapur, laci dengan system penutupan perlahan (soft close), manakala unit kediaman jenis T2B dipasang dengan kaunter dapur jenis “pulau” (island). Kabinet dapur di Myra Senja juga menampilkan lampu UNS LED khas dari Unity Kitchen dan juga teknologi papan anti-lipas proprietari Unity Kitchen yang disokong oleh program Care Plus yang menawarkan jaminan sehingga 10 tahun.

Menurut Erny Looi Chee En, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Unity Kitchen Sdn Bhd, kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama dalam menghasilkan kediaman yang memenuhi keperluan praktikal pemilik rumah.

“Pemilik rumah inginkan dapur yang menggabungkan ciri mudah digunakan, tahan lasak, serta mudah diselenggarakan. Dengan mengintegrasikan bahan berkualiti dan reka bentuk yang praktikal dari titik permulaan, kami harap boleh mencorakkan suasana dapur yang akan memberikan kepuasan berlanjutan kepada pemilik,” ujar beliau.

Sambutan pasaran terhadap Myra Senja amat menggalakkan, dengan kira-kira 60% unit di Blok B, Fasa 1 telah terjual setakat ini. Dalam pada ini, Myra sedang membuat persiapan pelancaran Blok A pada suku tahun
tiga 2026.

Pembangunan ini turut dilengkapi dengan podium berlandskap, kolam renang 25 meter, kawasan riadah bercirikan air, gelanggang badminton, bilik bacaan, dan ruang senaman terbuka untuk kemudahan harian.
Myra Senja juga menawarkan ruang perniagaan di tingkat bawah dan hotel butik untuk sekali gus mewujudkan pembangunan bercampur yang lebih dinamik bagi meningkatkan kemudahan harian untuk penghuni serta komuniti sekeliling.

Dengan kedudukan strategik di kawasan Subang 2 yang kian berkembang dan dikelilingi kawasan matang seperti Kota Damansara, Ara Damansara, Kwasa Damansara dan Elmina, selain daripada kemudahan pendidikan, peruncitan, dan kesihatan, Myra Senja mudah diakses melalui Lebuhraya DASH. Pendaftaran minat bagi Myra Senja kini dibuka, dan maklumat lanjut boleh didapati di www.myra.com.my atau @myrahomes and @_askmyra di Instagram dan Facebook