Menurut Pakar, 4 Cara Ini Mampu Selesaikan Isu Rumah Mampu Milik

Benua Asia benar-benar mula membangun pada era 1970-an dan kita dapat lihat banyak projek yang membangunkan pelabuhan, kawasan perindustrian, projek komersial dan kediaman tumbuh bak cendawan di negara-negara seperti Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Sayangnya, apabila berlakunya pembangunan melampau tanpa perancangan jangka panjang, maka banyak masalah lain pula yang muncul.

Baca : Home Ownership Campaign (HOC 2.0): Rahmat Untuk Pemaju Atau Pembeli?

Di bandar-bandar utama seperti Hong Kong, Kowloon, Shanghai, Singapura, Bangkok, Jakarta bahkan Kuala Lumpur sendiri mengalami satu masalah yang sama.

Iaitu isu rumah mampu milik!

Masalah ini terjadi kerana pemaju hartanah secara sengaja atau tidak sengaja membina lebih banyak projek hartanah mewah dan tidak mampu dimiliki oleh warga tempatan untuk didiami bagi pasaran pelaburan oleh pelabur domestik dan antarabangsa.

Masalah kedua adalah apabila bank tanah di bandar-bandar utama ini tidak mencukupi. Jika ada pun, harganya adalah sangat mahal dan tidak menguntungkan pemaju hartanah sekiranya mereka membina rumah mampu milik.

Baca : Transaksi Hartanah Di Malaysia Pada Suku Pertama 2020 Adalah Positif

Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan secepat mungkin, jumlah setinggan di bandar-bandar utama akan meningkat naik dan menjelang tahun 2050, separuh daripada populasi bandar-bandar besar di Asia akan menetap di setinggan!

Hari ini, perkara itu sudah boleh dilihat sedikit demi sedikit di bandar-bandar utama seperti Pnom Penh City, Kemboja dan Bangkok, Thailand.

This image has an empty alt attribute; its file name is Menurut-Pakar-4-Cara-Ini-Mampu-Selesaikan-Isu-Rumah-Mampu-Milik2.jpg

Di hujung jalan kondominium mewah, akan terdapat setinggan atau rumah yang diperbuat daripada kotak yang dihuni insan-insan yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan.

Bahkan di sesetengah tempat, memiliki rumah sendiri hanyalah angan-angan semata-mata.

Misalannya di Hong Kong, harga median sebuah rumah adalah HK$ 5.7 juta atau RM2.9 juta saat artikel ini ditulis.

Baca : Harga Median Rumah Teres Di 8 Kawasan Lembah Klang Sepanjang Tahun 2019

Di Shanghai pula, harganya adalah sekitar RMB103,000 untuk satu kaki persegi atau RM62,795.00!

Sebenarnya telah banyak kertas kerja, sesi dialog dan forum yang dijalankan di Malaysia mahu pun di luar negara tentang solusi untuk menangani masalah ini.

Dan menurut kepada pakar, berikut merupakan 4 cara untuk menyelesaikan isu rumah mampu milik.

1. Data Pusat

Fungsi data pusat ini adalah supaya Kerajaan dan pemaju mendapat gambaran sebenar berdasarkan data dan analisis akan permintaan semasa hartanah mengikut kurungan isi pendapatan rumah dengan lebih tepat.

This image has an empty alt attribute; its file name is Menurut-Pakar-4-Cara-Ini-Mampu-Selesaikan-Isu-Rumah-Mampu-Milik3.jpg

Untuk rekod, Malaysia dan Filipina telah pun memulakan langkah popular ini untuk memahami penawaran dan permintaan hartanah jenis kediaman dengan kemampuan kewangan isi rumah.

Dengan data yang tepat, pemaju hartanah tidak mempunyai alasan lagi sekiranya berlaku kekurangan yang mendadak dalam penawaran hartanah mampu milik.

Baca : Harga Rumah Naik 313% Sejak 2002. Ini 4 Punca Dan 2 Solusinya

2.  Banyakkan Penawaran Rumah Mampu Milik

Penawaran rumah mampu milik ini tidak terbatas kepada golongan berpendapatan di bawah RM4,850 atau B40 sahaja, bahkan termasuk sekali golongan kelas pertengahan M40 dengan had pendapatan RM10,970 juga.

Ini penting supaya golongan M40 tidak sewenang-wenangnya membeli hartanah untuk golongan B40 atas kapasiti pelaburan dan B40 pula ‘terbeli’ hartanah untuk golongan M40 dengan alasan rumah mampu milik untuk B40 berkurangan di dalam pasaran.

This image has an empty alt attribute; its file name is Menurut-Pakar-4-Cara-Ini-Mampu-Selesaikan-Isu-Rumah-Mampu-Milik4.jpg

Dalam soal ini, Kerajaan boleh mengambil bahagian yang proaktif dengan memudahkan perundangan dalam hal jual beli hartanah dengan mengurangkan lagi kadar duti setem dan sebagainya.

Tanah adalah segalanya. Tanpa tanah yang cukup, adalah mustahil artikel ini mampu dijayakan.

Oleh yang demikian, Kerajaan perlu menyediakan tanah samada dijual atau dipajak kepada pemaju hartanah dan mewajibkan mereka untuk membina rumah mampu milik untuk dua golongan ini.

Baca : Berapa Kos Perlu Bayar Untuk Hartanah Berharga RM300,000 – RM700,000?

3. Transit Oriented Development (TOD)

Alasan untuk membina rumah dengan sistem TOD ini adalah supaya pemilik rumah mendapat akses infrastuktur yang mapan seperti lebuhraya dan pengangkutan awam.

This image has an empty alt attribute; its file name is Menurut-Pakar-4-Cara-Ini-Mampu-Selesaikan-Isu-Rumah-Mampu-Milik5-700x466.jpg

Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan, rumah yang dijual dengan infrastruktur pengangkutan awam lebih mendapat sambutan berbanding rumah tanpa infrastruktur pengangkutan awam.

Ini juga penting bagi menggalakkan rakyat supaya tidak menggunakan pengangkutan peribadi dan lebih kerap menggunakan pengangkutan awam. Ini bagi mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas di waktu puncak sekaligus mencegah risiko penyakit kemurungan, serangan jantung dan darah tinggi mereka.

Baca : 5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia

4. Program Rent-To-Own (RTO)

This image has an empty alt attribute; its file name is Menurut-Pakar-4-Cara-Ini-Mampu-Selesaikan-Isu-Rumah-Mampu-Milik6-700x452.jpg

Program sewa untuk beli kediaman selepas satu tempoh yang ditetapkan sebenarnya adalah satu inisiatif yang baik dan bagus untuk meningkatkan pemilikan hartanah di sesebuah negara.

Di Malaysia, program FundMyHome yang dianjurkan portal hartanah online Edgeprop.my pada November 2018 yang lalu telah membantu ramai peserta untuk menyewa dan akhirnya membeli unit kediaman tersebut selepas tempoh 5 tahun.

Bezanya, bayaran sewaan bulanan tersebut dikira secara kumulatif sebagai 20% deposit daripada harga rumah.

Baca : Adakah Skim FundMyHome Penyelesaian Bagi Mereka Yang Belum Beli Rumah?

Asas Supply & Demand

Hari ini, jumlah rakyat Malaysia telah meningkat kepada 32.6 juta orang dan permintaan hartanah akan meningkat tahun demi tahun.

Pemaju hartanah perlu terlibat secara langsung dan tidak boleh mengharapkan Kerajaan semata-mata. Pembangunan tanpa perancangan jangka panjang hanya akan memburukkan lagi masalah ini.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.