Kenapa Harga Median Rumah Penting?

Dalam bahasa mudah, harga median rumah adalah harga titik tengah rumah atau unit kediaman yang dijual dengan harga pasaran semasa dalam satu tempoh masa seperti bulanan, tahunan, suku tahun dan sebagainya.

Sekiranya ada 10 biji buah rumah apartmen yang dijual pada tahun 2019, maka kita dikehendaki mengambil harga rumah yang di tengah.

Baca : Harga Rumah Turun Kerana Covid-19? Realiti Atau Spekulasi?

Jika rumah tersebut dijual pada harga RM200,000, RM250,000, RM190,000, RM215,000, RM300,000, RM280,000, RM225,000, RM295,000, RM240,000 dan RM210,000 anda hanya perlu menambah keseluruhan jumlah harga jualan dan dibahagikan dengan 10.

Maka, harga mean bagi 10 biji rumah apartment tersebut adalah RM240,500.

Harga Mean = Jumlah semua rumah dijual (Nilai semua 10 biji rumah ditambah) / bilangan biji rumah (10 biji)

Harga mean rumah juga boleh digunakan sebagai indikator harga pasaran semasa sebuah unit kediaman mengikut kawasan dan negeri.

“Kita hanya untung apabila berjaya beli rumah di bawah harga median rumah di kawasan tersebut!”

Dengan mengetahui harga mean rumah, kita tidak mungkin boleh tertipu dengan tawaran yang kedengaran menarik dan murah yang pada hakikatnya hanya indah khabar dari rupa sahaja.

Baca : Harga Median Rumah Teres Di 8 Kawasan Lembah Klang Sepanjang Tahun 2019

Selepas kita tahu jumlah sebenar mean sebuah rumah, kita boleh menjangkakan margin keuntungan pelaburan yang lebih realistik.

Beza Above Market Value, Median Price dan Below Market Value

  • Above Market Value (AMV) : Harga lebih mahal berbanding harga pasaran.
  • Medn Price : Merujuk kepada harga siling di pasaran semasa.
  • Below Market Value (BMV) : Harga yang lebih murah berbanding pasaran semasa.

Baca : 5 Cara Untuk Dapatkan Rumah ‘Below Market Value

Jika kita membeli rumah pada harga above market value, kita sebenarnya rugi kerana membayar lebih banyak berbanding orang lain kerana harga jualannya adalah lebih mahal berbanding harga pasaran semasa.

Jika kita membeli rumah pada median price, anda tidak rugi dan tidak untung kerana membeli rumah mengikut harga pasaran semasa.

Dan jika kita membeli rumah pada harga below market value, kita untung kerana membeli rumah pada harga yang lebih murah berbanding orang lain yang membeli pada harga above market value atau harga median.

Baca : Nak Beli Rumah Dengan Pembiayaan Islam atau Pinjaman Konvensional? Jom Kita Review

Kepentingan Harga Median Rumah

Kebanyakan pembeli rumah hari ini seringkali tersilap pada peringkat awal dengan membuat andaian yang harga rumah yang dibeli adalah murah atau sesuai dengan harga semasa di kawasan tersebut.

Hakikatnya, mereka terbeli rumah pertama pada harga yang lebih mahal berbanding harga median di kawasan dan ada juga di negeri tersebut!

Baca : Fahami 4 Kitaran Hartanah Ini Dulu Sebelum Melabur

Sebagai contoh, sebuah rumah apartmen dari pasaran subsale di Puncak Alam dijual pada harga RM180,000 walaupun di bawah harga RM200,000 sebenarnya dijual pada harga above market value kerana harga median apartmen di Puncak Alam adalah RM169,000 sahaja untuk tahun 2020.

Sumber: Brickz.my

Begitu juga dengan rumah Semi-Detached (Semi-D) dari pasaran subsale yang dijual di Cyberjaya pada harga RM1 juta sebenarnya dijual pada harga below market value kerana harga median Semi D di kawasan itu adalah RM1.3 juta.

Sebagai pemula, kita boleh membuat semakan secara online harga median rumah yang anda ingin beli mengikut negeri dan kawasan menerusi portal online JPPH dan Brickz.my.

Sekiranya pelaburan adalah objektif kita, untung yang sebenar hanyalah sekiranya kita membeli rumah sekurang-kurangnya 20%-30% lebih murah daripada harga median semasa.

Sekarang kita telah pun memahami konsep dan kepentingan mengetahui harga median sesebuah rumah, pastikan kita gunakan ilmu ini sebelum membuat pembelian rumah.

Baca : Malaysia Keenam Tertinggi Bagi ‘Rental Yield’ Hartanah Asia Pada Tahun 2019

Untuk pelaburan hartanah pula, sentiasa semak harga median rumah di kawasan tersebut dan semak juga harga median berdasarkan 5 tahun kebelakang untuk membuat kira-kira capital appreceiation yang bakal kita perolehi untuk 5, 10, 15 atau 30 tahun mendatang.

Dan yang paling penting, lihat perbezaan semasa harga median bagi unit subsale dan undercon. Hari ini, persaingan harga dari pasaran subsale dan undercon adalah sangat sengit.

Jika harganya adalah sama dan anda buntu untuk membeli pasaran subsale atau undercon, nasihat penulis untuk pembaca adalah beli rumah undercon.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman