5 Perkara Perlu Diperhatikan Jika Nak Melabur Rumah Mewah

Apabila disebut tentang rumah mewah, tentunya kita terbayang rumah idaman yang mempunyai banyak bilik, kolam renang persendirian, bilik air seluas ruang tamu dan ruang dapur yang luas dengan bahagian dapur kering dan basah.

Ini termasuk ruang parkir seluas padang futsal untuk memuatkan kereta-kereta mewah di samping pondok pengawal keselamatan dan kamera litar tertutup sebagai sistem keselamatan tambahan.

Di antara lokasi rumah mewah yang paling ikonik di Malaysia adalah:

  • Country Heights Kajang (RM8 juta)
  • Damansara Heights (Cecah RM20 juta)
  • Pulau Tikus, Pulau Pinang (Cecah RM22 juta)
  • Bukit Tunku (Cecah RM40 juta)
Kredit Gambar: Untourist Singapore

Baca : Senarai Rumah Paling Mahal 2018 di Malaysia (Mengikut Negeri)

Rasanya semua orang daripada pak menteri sehingga pekerja kelas bawahan sedia maklum yang Malaysia sedang menghadapi masalah penawaran rumah yang kritikal.

Di pinggir bandar, masalah ini mungkin kurang kelihatan. Tetapi berbeza situasinya di bandar-bandar utama seperti Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Ya, Malaysia ada terlampau banyak rumah mewah yang tidak terjual dan tidak menampakkan sebarang petanda akan dibeli oleh pelabur hartanah.

Lebih-lebih lagi dengan keadaan krisis ekonomi dan krisis kesihatan yang melanda satu dunia ketika ini.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah pimpinan Pakatan Harapan pada tahun 2019 yang lalu juga ‘terpaksa’ mengambil langkah kurang popular.

Mereka telah melonggarkan syarat pemilikan hartanah warga asing di kawasan bandar kepada hartanah berharga RM600,000 berbanding RM1 juta sebelum ini.

Baca : Belanjawan 2020 : Industri Hartanah Bakal Terima Kesan Yang Positif

Kredit Gambar: Instagram @georgetowncity

Kita bukan bercakap soal 48,585 unit rumah berharga RM300,000 ke bawah di seluruh negara masih belum terjual setakat Oktober 2019 yang lalu, sebaliknya 163,000 unit kediaman tidak terjual yang 73% daripadanya berharga melebihi RM250,000!

Apa yang lebih mengejutkan adalah 34% daripadanya adalah unit kediaman jenis landed dan bakinya 66% adalah dari unit kediaman jenis high-rise.

Baca : Norma Baharu Dalam Beli Rumah? Lihat Apa Yang Rakyat Malaysia Mahu

Jadi, apa masalahnya dengan rumah mewah? Salah ke sekiranya kita ingin melabur di rumah mewah?

Ya, tidak salah dan bagus sama sekali niat itu.

Lebih baik daripada menggunakan proksi dengan membeli unit kediaman kos rendah dan disewakan kepada golongan B40.

Ketahui dahulu 5 poin penting ini jika anda hendak melabur dengan rumah mewah dari pasaran undercon mahu pun subsale dan lelong.

1. Kos Selenggara

Kebanyakan rumah mewah samada high-rise atau landed dibina di atas tapak seluas 2,000 kaki persegi ke atas.

Ini bermaksud, lebih banyak paip, wayar elektrik, tar jalan (rumah landed), simen, jubin, tingkap yang perlu anda renovasi.

Ini berbeza dengan rumah ‘biasa’ subsale yang mungkin hanya menelan kos kurang daripada RM100,000 mengikut kerosakan dan keluasan rumah tersebut.

2. Penyewa

Tidak seperti unit kediaman biasa, kita berkemungkinan menghadapi kesukaran mencari penyewa kerana harga sewaan pasti luar daripada kemampuan golongan kelas pertengahan apatah lagi golongan B40.

Untuk mencari penyewa, kita mungkin perlu menukar strategi daripada menyewakan kepada individu berkeluarga, pelajar dan pekerja kepada syarikat atau sewaan secara harian dan mingguan untuk aktiviti sosial.

3. Kesukaran Menjual

Bila sampai tempoh matang, kita pasti ingin jual rumah tersebut selepas rumah tersebut mencapai kadar kenaikan hartanah yang selesa.

Untuk rumah mewah ini, kita memerlukan pembeli yang mempunyai kuasa beli yang tinggi samada golongan tempatan atau warganegara asing.

Baca : 5 Nasihat Untuk Anda Yang Nak Beli Rumah Waktu Market Tengah Down

Memandangkan rumah tersebut ‘tidak murah’, proses viewing berkemungkinan besar memakan masa lebih panjang dan kekecewaan adalah perkara yang biasa berlaku.

4. Jauh Dari Fasiliti & Kemudahan

Majoriti rumah mewah dibina di kawasan perumahan elit di pinggir ibu kota atau di kawasan yang sedikit terpencil.

Oleh yang demikian, kita perlu bersedia sekiranya terpaksa memandu keluar untuk ke pusat membeli-belah, pasaraya, bank atau pun pengangkutan awam seperti bas dan MRT.

Baca : “Booster” Yang Meningkatkan Nilai Hartanah

Ada orang sukakan suasana privasi yang penuh aman dan harmoni, tetapi terlalu jauh dari fasiliti dan kemudahan juga ada buruknya.

5. Capital Gain

Untuk rumah landed, tidaklah sukar mencapai capital gain yang sedap berdasarkan kadar kenaikan hartanah kerana didatangkan dengan tanah yang luas.

Sebagai contoh, rumah Semi-D di Desa Parkcity pada tahun 2010 adalah pada harga RM3,500,000 dan meningkat kepada RM4,075,000 pada tahun 2019 iaitu kenaikan sebanyak RM575,000 dalam masa 9 tahun.

Ini berbeza dengan kediaman high-rise seperti kondominium Suasana Bangsar dengan keluasan 2,100 kaki persegi yang dijual pada harga RM1,559.000 pada tahun 2010 dan kemudiannya menurun kepada RM1,355,000 yaqni menurun sebanyak RM224,000 dalam tempoh 10 tahun.

Baca : Prosedur Perlu Diambil Kira Sebelum Melabur Dalam Hartanah

Kediaman high-rise hari ini menghadapi persaingan daripada projek sedia ada dan mendatang dari pemaju hartanah.

Tidak terkejut sama sekali sekiranya banyak pemilik kediaman dan pemaju sendiri terpaksa mengunakan strategi kuno dengan menurunkan harga rumah sehingga 6 digit semata-mata ingin melariskan rumah mereka.

Baca : Apa Itu Rental Yield Dalam Pelaburan Hartanah?

Natijahnya, adalah lebih baik sekiranya kita membeli rumah yang tinggi permintaannya tidak kira kediaman atau unit komersial. Asalkan ianya terletak di lokasi yang strategik, wujud permintaan semasa dan mendatang serta terdapat booster hartanah dalam radius 1KM – 3KM.

Dan kita juga boleh berkira-kira untuk melihat dengan lebih dalam rumah dari pasaran subsale dan lelong yang kini semakin giat diiklankan oleh ramai pemilik rumah.

Untung nasib, dapatlah rumah yang dijual di bawah harga pasaran yang baik dan terletak di kawasan matang.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.