Rumah Di Malaysia Tak Cukup Atau Terlebih?

Acap kali kita terdengar atau terbaca tentang penawaran rumah yang tidak mencukupi. Dan ada juga kita terdengar atau terbaca tentang lambakan rumah yang tak terjual.

Mana satu yang betul?

Rumah tak cukup atau rumah terlebih di Malaysia ini?

Dan sekiranya penawaran rumah sebenarnya mencukupi, adakah jumlah mencukupi di setiap negeri?

Baca : Stok Hartanah Yang Tak Terjual Di Johor – Perancangan Terancang Supaya Bumiputera Tidak Dapat Beli?

Begitu juga dengan lambakan rumah tidak terjual. Adakah berlaku di negeri – negeri utama seperti Johor, Selangor, Pulau Pinang dan Sabah sahaja?

Bagaimana pula dengan jenis hartanah? Adakah terdapat spesifik jenis hartanah yang tidak terjual di Malaysia?

Apa data sebenar untuk kita bincangkan?

Anda bukan orang pertama yang pelik dengan situasi hartanah di Malaysia. Semalam rumah tidak mencukupi, hari ini rumah terlebih bina sampai dibiarkan kosong tanpa penghuni pula.

Buat pengetahuan anda, berdasarkan data yang dikeluarkan NAPIC menunjukkan data bagi rumah yang tidak cukup adalah rumah jenis mampu milik. Manakala lambakan rumah tidak terjual pula adalah dari jenis servis apartmen.

Baca : Ulasan Hartanah Tidak Terjual Di Malaysia Sepanjang Tahun 2019

Dan isu ini sangat dipengaruhi oleh penawaran dan permintaan hartanah semasa dan mendatang.

“Tahukah anda, jumlah dan nilai urus niaga hartanah masing-masing turun 13.6% dan 22.9% kepada 72,908 unit dan RM28.64 bilion, pada suku pertama 2020 berbanding 84,388 unit dan RM37,16 bilion, masing-masing, pada suku pertama 2019.”

Rumah Di Malaysia Tidak Cukup Atau Terlebih?

Hasil kajian yang dilakukan secara holistik dan komprehensif oleh Dr. Foo Che Hung yang disiarkan di portal Edgeprop pada Jun 2020 yang lalu menunjukkan sememangnya wujud lambakan hartanah yang tidak terjual dan penawaran rumah yang terlebih di Malaysia.

Kajian mendapati kediaman jenis servis apartmen mendominasi lambakan hartanah tidak terjual di Malaysia.

Baca : Krisis Rumah Mampu Milik Di Asia Tenggara Semakin Serius

Isu ini dilihat semakin serius bermula tahun 2016 apabila 20.9% daripada rumah tidak terjual adalah servis apartmen!

Angkanya terus meningkat tahun demi tahun sehingga mencecah 35.9% bersamaan 47,806 unit hartanah tidak terjual di Malaysia.

Sementara itu, unit kediaman tidak terjual telah menurun sebanyak 9.8% kepada 29,698 unit pada suku pertama 2020 berbanding 32,936 unit pada suku pertama 2019.

Apabila dicampurkan jumlah hartanah kediaman dan servis apartmen yang tidak terjual pada tahun 2019, 59.6% daripadanya adalah dari pasaran undercon dan 13.7% lagi belum dibina.

Baca : Transaksi Hartanah Di Malaysia Pada Suku Pertama 2020 Adalah Positif

Manakala untuk suku pertama 2020 pula, jumlah hartanah kediaman dan servis apartmen yang tidak terjual adalah 25.1% dengan 59.3% adalah dari pasaran undercon dan baki 15.5% masih belum dibina.

Setakat suku pertama 2020, negeri dengan angka unit kediaman dan servis apartmen tidak terjual tertinggi adalah Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang, stok hartanah adalah 523,839 unit sedangkan jumlah isi rumah adalah 458,514 orang.

Di Kuala Lumpur pula, stok hartanah sedia ada adalah 558,941 unit dengan jumlah isi rumah 495,204 orang.

Johor pula mempunyai 927,360 unit dengan 877,884 isi rumah.

Dan akhir sekali, Negeri Sembilan menyaksikan stok hartanah adalah pada angka 297,502 unit dengan 268,438 orang isi rumah.

Agak menyedihkan apabila negeri – negeri yang mempunyai masalah kekurangan unit kediaman terletak di luar bandar.

Negeri – negeri tersebut adalah Terengganu, Perak, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Dengan 252,821 isi rumah, hanya terdapat 102,607 stok unit kediaman di Terengganu.

Di Perak, stok hartanah hanyalah 494,041 unit untuk 650,533 isi rumah.

Di Kelantan pula lebih menyedihkan di mana hanya terdapat 84,058 stok unit rumah untuk 348,553 isi rumah.

“Bayangkan 4 keluarga terpaksa berebut untuk mendapatkan sebuah rumah!”

Sumber: NAPIC

Ya, keenam-enam negeri di atas sememangnya tidak menghadapi lambakan hartanah tidak terjual.

Baca : Harga Rumah Naik 313% Sejak 2002. Ini 4 Punca Dan 2 Solusinya

Sebaliknya, rakyat di negeri tersebut menghadapi masalah yang lebih dahsyat lagi!

Tidak perlu kita menuding jari menyalahkan pihak mana yang bersalah.

Apa yang pasti, Melaka, Perlis, Selangor dan Pahang merupakan negeri yang paling hampir mencapai penawaran dan permintaan hartanah mengikut isi rumah dan stok unit rumah.

Kesimpulannya, memang Malaysia mengalami dua masalah yang berbeza mengikut geografi dan pendapatan isi rumah.

Negeri-negeri utama seperti Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang menghadapi penawaran stok kediaman yang terlebih-lebih.

Baca : 5 Trend Yang Mencorakkan Sesebuah Township di Malaysia

Sedangkan negeri – negeri Terengganu, Perak, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak menghadapi masalah kekurangan stok kediaman dalam keadaan isi rumah yang ramai.

Pendapat penulis, hanya Kerajaan sahaja lah yang dapat menyelesaikan masalah ini. Dalam masa itu, ayuhlah kita berdoa supaya pemaju membina lebih banyak rumah yang bersesuaian dengan pendapatan isi rumah mengikut negeri.

Sumber Rujukan:

This image has an empty alt attribute; its file name is faizul-ridzuan-21-feb-2021-700x394.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 7 Mac 2021, jam 830 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman