Adakah Projek Rumah Mampu Milik BMF Sesuai Untuk B40?

Baru – baru ini, industri hartanah tempatan gempar dengan satu pengumuman pelancaran perumahan mampu milik untuk B40 oleh Better Malaysia Foundation (BMF).

Buat pengetahuan pembaca sekalian, BMF merupakan sebuah yayasan yang telah dijenamakan daripada Vincent Tan Foundation yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.

Baca : 2 Cadangan BMF Untuk Membolehkan Golongan B40 Beli Rumah

Dilahirkan pada tahun 1952, ahli perniagaan dan pelabur yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini mempunyai kekayaan dianggarkan bernilai RM3.1 bilion dan tersenarai sebagai orang ke-23 paling kaya di Malaysia pada tahun 2020.

Baca : Kenali 4 Keluarga Malaysia Yang Berjaya Membina Legasi Kekayaan

Beliau memiliki pelbagai jenis perniagaan merangkumi telekomunikasi, kedai runcit, hartanah dan juga kelab bola sepak Eropah!

Dalam masa 24 jam daripada pengumumuman CEO Berjaya Corporation Berhad, Jalil Rasheed, timbul pelbagai reaksi positif dan negatif di kalangan rakyat Malaysia yang prihatin dengan atmosfera terkini industri hartanah.

Isu ini menarik perhatian ramai kerana isu penawaran rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia sebenarnya tidak pernah cukup semenjak tahun 1960-an lagi!

Baca : Sejarah Polisi Rumah Mampu Milik Di Malaysia

Terlalu banyak inisiatif dan projek pembangunan yang dilancarkan Kerajaan dengan kerjasama pemaju hartanah swasta, tetapi isu rumah mampu milik masih tidak mencukupi.

Soalnya, adalah projek perumahan mampu milik untuk B40 oleh Better Malaysia Foundation (BMF) ini benar – benar fokus untuk meningkatkan pemilikan hartanah di kalangan B40?

Jom kita kaji 6 poin utama daripada projek ini.

  • Lokasi
  • Kos Utiliti
  • Pelaburan
  • Pembiayaan
  • Sifat Hartanah
  • Akses Pengangkutan Awam

Jom kita tengok enam poin ini untuk menjawab soalan adakah projek rumah mampu milik BMF sesuai untuk golongan B40.

1. Lokasi

Sebenarnya, agak sukar untuk pemaju hartanah membina rumah mampu milik di lokasi tumpuan atau primer gara – gara tanah di Lembah Klang sejak sekian lama mempunyai isu ‘scarcity’.

Untuk membina kediaman mampu milik di lokasi komersial utama seperti Cyberjaya, Damansara dan Bangsar South juga sebenarnya satu tindakan yang merugikan.

Ini kerana harga tanah di kawasan bandar lebih – lebih dari status pegangan bebas (freehold) adalah jauh lebih mahal berbanding pegangan pajakan (leasehold).

Baca : Antara Freehold & Leasehold (Pegangan Bebas vs Pegangan Pajakan)

Solusinya?

Berkemungkinan besar projek rumah mampu milik dengan harga RM120,000 – RM300,000 ini akan dibina di lokasi pinggir bandar dengan jenis pegangan pajakan (leasehold) kerana harga tanah yang lebih murah.

2. Kos Penyelenggaraan

Bercakap soal kos penyelenggaraan di projek perumahan mampu milik golongan B40 sebenarnya agak menyedihkan.

Hal ini kerana, sebahagian besar penduduk tidak membayar kos penyelenggaraan tepat pada masanya dan ada juga yang langsung tidak membayar.

Ini menyebabkan kebanyakan PPR bukan sahaja di Lembah Klang, bahkan di negeri – negeri lain di Malaysia menghadapi masalah sistem perpaipan, saliran dan lif yang kerap tidak berfungsi.

Masalah ini diselesaikan dengan begitu baik dalam projek perumahan mampu milik BMF apabila kos penyelenggaraan telah dimasukkan sekali selama 10 tahun.

3. Pelaburan

Mungkin agak janggal buat golongan B40 untuk bercakap soal pelaburan hartanah lebih – lebih lagi pada hartanah yang mereka duduki.

Akan tetapi, memandangkan projek ini bukanlah projek subsidi Kerajaan dan merupakan inisiatif swasta, golongan B40 boleh mengambil langkah proaktif dengan membuat pelaburan hartanah.

Strategi ini dibincangkan oleh Radzi Tajuddin, selaku CEO Hi Home yang menyarankan konsep ‘dual-key’ sebagai solusinya.

Baca : Pelaburan Menarik Dengan Rumah Dual-Key?

Konsep dual-key membolehkan pemilik kediaman menghuni kediaman tersebut sambil menyewa separuh dari kediaman tersebut dengan memberikan kunci kepada penyewa.

Sedikit kos renovasi perlu dikeluarkan oleh pemilik kediaman untuk menjadikan konsep dual key ini berjaya.

4. Pembiayaan

Untuk membayar RM899 selama 60 tahun atau 720 bulan untuk sebuah rumah yang pada asalnya hadir dengan tanda harga RM300,000 sebenarnya bukanlah tindakan yang bijak.

Kerana ‘paying principal’ rumah itu secara kumulatif adalah RM347,280 dan bayaran balik rumah berharga RM300,000 itu sebenarnya adalah RM647,280!

Baca : Bagaimana Sistem Pembiayaan Hartanah Berfungsi?

Tempoh pembiayaan adalah terlalu lama dengan kadar faedah yang tinggi boleh menyebabkan 3 generasi anda terikat dengan hutang kerana tiada deposit yang diperlukan untuk membeli unit kediaman ini.

5. Sifat Hartanah

Keluasan kediaman yang ditawarkan adalah :-

  • 450 kps dengan harga RM120,000
  • 600 kps dengan harga RM160,000
  • 750 kps dengan harga RM200,000
  • 900 kps dengan harga RM240,000
  • 900 kps (Kuala Lumpur) dengan harga RM300,000

Baca : Dengan Modal RM300,000, Berapa Luas Rumah Anda Boleh Dapat Di Malaysia?

Apa yang menarik adalah, setiap kediaman didatangkan dengan konsep fully furnished bertujuan mengoptimumkan ruang dalaman kediaman agar sesuai dan selesai didiami.

6. Pengangkutan Awam

Setakat artikel ini ditulis, tiada data berkenaan jejaran pengangkutan awam seperti KTM, LRT dan MRT yang bakal melalui projek rumah mampu milik ini dalam radius 1KM.

Pengangkutan awam merupakan salah satu elemen penting dalam pembangunan hartanah dan merupakan faktor yang mempengaruhi nilai hartanah itu.

Golongan B40 dilihat merupakan golongan yang paling memerlukan akses pengangkutan awam untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Baca : 36 Lokasi Dijangka Alami Kenaikan Harga Hartanah Bermula Julai 2021

Bukan semua individu yang lahir dari golongan B40 mampu memiliki kenderaan peribadi dan dengan adanya pengangkutan awam dalam radius 1KM dari projek ini, mampu mengurangkan bebanan perbelanjaan pengangkutan mereka.

Projek perumahan mampu milik dari BMF ini belum menemui natijahnya dan terlalu banyak fakta yang perlu disalurkan kepada umum.

Seperkara lagi adalah, BMF sebenarnya harus menyemak semula tawaran harga rumah mampu milik mereka kerana saranan Bank Negara Malaysia  meletakkan, harga rumah mampu milik di Malaysia untuk golongan M40 adalah RM282,000.

Jika harga maksimum ‘rumah mampu milik’ untuk golongan B40 yang ditawarkan BMF adalah RM240,000 – RM300,000, itu sudah dikira rumah untuk M40.

Sumber Rujukan:

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 9 Mei 2021, jam 930 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman